How I wish KLIA lama ada hotel sebegini. Selesai segala masalah setiap kali standby seat. Takdelah duduk mencangkung kat depan kaunter mengenang nasib. Lol!
Hotel macam ni lah yang kita nak kat airport. Murah, ada pilihan masa dan the best thing environment dia best. Walaupun hanya duduk di kontena, tapi perasaan dia lebih menyeronokkan berbanding stay sorang-sorang kat 5 stars hotel. Sungguh, aku tak tipu!
Lebih-lebih lagi kalau datang ramai-ramai. Bestnya. I love Capsule by Container Hotel a lot!
Capsule by Container Hotel
Balik dari Cebu beberapa hari lepas, memang badan aku flat gila. Kat sana memang time tidur terganggu. Tidur jam 1 pagi, jam 3 dah kena bangun untuk ke tempat lain. Memang macam tu rutin kat sana. Aku yang susah gila nak tidur dalam flight pun boleh tertonggeng terbalik tidur. Haha.
Tak cukup dalam flight, sampai je KLIA .. Menguap tak henti-henti. Alang-alang Encik H pun takde kat rumah .. Argh, check in je lah kat Capsule by Container Hotel ni. Harga walk in atau book online lebih kurang sama je. Cuma kalau walk in ni risiko sikit sebab selalu fully booked.
Nampak Je Kecil Kat Luar ... Tapi Sebenarnya ...
Concierge
Capsule Bar
Harga Yang Ditawarkan
Bukan setakat penginapan, kot-kot ada yang nak sewa locker kat KLIA 2, bolehlah sewa kat sini je dengan harga berpatutan. Nak tumpang mandi pun boleh. Tapi aku rasa, alang-alang tu duduk jelah kat sini. Takdelah mahal sangat price dia.
Dan korang boleh pilih nak female only, male only or mix. Aku? Opcoslah aku pilih female. Kot datang berdua, bolehlah sewa Queen Size Bed. Semua terpulang kat korang.
HARGA SEWA CAPSULE ROOM DI CONTAINER HOTEL KLIA 2
3 Jam - RM55/pax
6 Jam - RM80/pax
12 Jam - RM100/pax
7 Pengalaman
Locker (Saiz Hand Luggage)
Lengkap dengan ciri-ciri keselamatan. Korang wajib bawa kad access tu ke mana-mana. Kalau tak, tak boleh masuk. Pintu utama macam kat bawah ni ditutup pada waktu malam. Nak masuk, kenalah pakai card. Bila masuk pintu utama ni, ada juga pintu lagi satu seperti kat bawah tu. Kalau korang laki, pergila ke bahagian laki. Kalau korang perempuan, pergilah bahagian perempuan.
Pintu Utama
Bahagian Lelaki
Bahagian Perempuan
Sentuh Kad Anda Di Sini Untuk Masuk
Memula aku ingatkan nak tidur 6 jam jelah. But pikir-pikir balik beza 20 hengget je, terus amek 12 jam. Hahaha. Boleh tidur lebih sikit. Oh ya, bilik aku kat tingkat atas.
Tingkat Atas Katil Sebelah-Sebelah Je
Tingkat Bawah, Double Decker Beds
Suasana Tingkat Atas Dan Bawah
BILIK TIDUR DI CAPSULE BY CONTAINER HOTEL
My Room - 214
Kecil? Cukuplah.. Selesa Tau!!
Check In Sini Diorang Bagi Locker, Tower & Free Wifi.
Mungkin bagi traveller ala 'diva', korang maybe tak suka hotel macam ni. Tak selesa katanya. Tapi aku rasa sini lagi best sebenarnya. Sunyi and privasi walaupun bilik hanya ditutup pakai tirai je. Alah, bila tutup lampu dah tak nampak ape dah.
Tempat Letak Kasut
1 Plug, 1 Phone and Boleh Buat Wake Up Call
Cermin & Meja Kecil
Tempat Simpan Barang Tepi Katil (Saiz Kecil)
BILIK MANDI/TANDAS DI CAPSULE BY CONTAINER HOTEL
Toilet pun asing-asing. Laki dan perempuan. Cuma aku rasa, pihak hotel patut lebih peka dengan kebersihan tandas. Pelancong kengkadang ada yang pembersih dan ada yang pengotor. Yang pengotor tu la kengkadang mengotorkan tandas. Tapi so far, bilik mandi selesa, tandas selesa. Cuma pihak hotel kena sentiasa pantau. Hewhewhew.
TEMPAT LEPAK DI CAPSULE BY CONTAINER HOTEL
Menginap selama 12 jam kat sini adalah satu pengalaman baru untuk aku. Inilah kali pertama aku stay di hotel berkonsepkan kontena. At least kontena hotel ni mempunyai selimut tebal jika dibandingkan dengan hotel 3 bintang aku duduk kat Cebu tempoh hari hanya berselimutkan kain je (3 hotel semua kain je). Hahaha.
Sesuai bagi mereka yang transit lama atau nak naik flight pepagi buta atau standby ticket. Hotel ni selesa dan privasi. Kalau boring pergilah shopping atau makan kat KLIA2. Ada restoran buka 24 jam macam KFC dan bahagian shopping pun boleh tahan menarik.
Makanan tidak boleh bawa masuk dalam bilik.
Lokasi Capsule by Container Hotel
1) Keluar arrival hall, straight ke arah pintu keluar
2) Cari kedai Giordano, di tepinya ada escalator turun ke bawah
3) Lagi senang ke arah bahagian teksi/bas
4) Turun ke bawah dan korang akan jumpa hotel ni
LEVEL 1
(sama level dengan bas/teksi)