Kata orang, kalau pergi sesuatu tempat seperti hutan, gunung atau gua, kita haruslah berjaga-jaga especially bab mulut. Jangan main lepas cakap, jaga bahasa dan tutur kata. Kononnya nanti ada kecelakaan bakal berlaku kelak. Benarkah?
Kata orang lagi, kat sesuatu tempat seperti gua dan hutan, ada penghuninya yang kita tidak boleh lihat dengan mata kasar. Sebab tu kena jaga tutur kata dan bahasa takut nanti si penghuni ni marah dan merasuk ke dalam diri pengunjung yang datang ke sana.
Banyak teori dan cerita mistik yang menyelubungi sesuatu tempat itu sehinggakan ada yang takut untuk ke sana dek kerana terpengaruh dengan kisah misteri di sebalik sesuatu tempat itu. Tapi apa pula kaitannya dengan Gunung Senyum, Pahang? Benarkah gunung ini mempunyai 1001 misteri?

Gunung Senyum
Semasa Program Kembara Berakit Sungai Pahang anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Pahang dengan kerjasama Tourism Pahang baru-baru ini, aku berkesempatan untuk menerokai sendiri keistimewaan yang terdapat di Gunung Senyum ini. Kata orang, jangan mudah percaya selagi belum lihat. Jadi, ayuh .. kita merungkai misteri di sebalik Gunung Senyum ini.
Gunung Senyum ni terletak di Jengka Pahang dan setinggi 486 meter, lebih kurang 1594 kaki dari paras laut. Hutan Lipur Gunung Senyum Pahang ini dikomersialkan sebagai tempat rekreasi bagi sesiapa yang gemarkan alam semulajadi dan aktiviti lasak.

Rombongan kami kecil sahaja, 5 orang peserta dan seorang tourist guide dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Jadi bolehlah memahami dengan lebih jelas cerita dan misteri di Gunung Senyum ni. Bolehlah nak tanya pasal itu, pasal ini walaupun pakcik tu agak ragu-ragu nak cerita pasal kisah-kisah hantu kat Gunung Senyum ni.. erkkk, takut!
Di sebalik Gunung Senyum ni ada 25 Guayang mengelilinginya, seperti Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Mayat, Gua Sisik, Gua Ular, Gua Kelam, Gua Jebak Puyuh dan banyak lagi. Tapi sayangnya kami tak sempat nak meneroka kesemua gua-gua ini disebabkan cuaca yang tidak seberapa baik.
Menurut sebahagian dari apa yang kami dengar, memang banyak misteri di sebalik Gunung Senyum ni. Mengikut kajian kat sini terdapat kehidupan zaman Mesolitik suatu ketika dahulu. Maka tak hairanlah ada kubur lama yang dianggarkan berusia ratusan tahun, yang dipercayai milik Tok Long.
Menurut sebahagian dari apa yang kami dengar, memang banyak misteri di sebalik Gunung Senyum ni. Mengikut kajian kat sini terdapat kehidupan zaman Mesolitik suatu ketika dahulu. Maka tak hairanlah ada kubur lama yang dianggarkan berusia ratusan tahun, yang dipercayai milik Tok Long.

Siapa Tok Long ni? Tok Long ni dipercayai telah mengahwini gadis bunian kat Gunung Senyum ini. Seperti biasa hidup dengan bunian ni banyak pantang larang dan Tok Long ni telah langgar pantang larang dan janji tersebut. Maka, mereka telah berpisah dan Tok Long cuba mencari isterinya tetapi gagal, akhirnya dia bertafakur kat gunung ini sehingga meninggal dunia.
Ada juga kisah di mana suatu ketika dahulu Gunung Senyum ini dijadikan tempat untuk belajar silat dan sehingga kini, masih ada orang terdengar orang tengah belajar silat tetapi tidak dapat lihat dari mata kasar. Sekadar mendengar bunyi semata-mata. Seramkan?



tenangnya

jambatan gantung

taman rekreasi

Jalan Ke Gua

Kalau takut digigit nyamuk, usah datang ke sini
Gunung Senyum ini merupakan jenis Hutan Dipterokarp Pamah dan kaya dengan tumbuhan herba yang menjalar di sebalik gua ini. Herba-herba ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Gunung Senyum ini dijaga sepenuhnya oleh Jabatan Perhilitan.



Tangga yang curam

Muka excited .. haha

Dalam Gua

Stalagtait dan Stalagmait Gua Senyum

Sangat mencabar

Keadaan dalam Gua

Ada juga orang buat kerja ni kat sini

Kepenatan

Jom turun

Curam lagi

Gua seterusnya adalah ....

Nasiblah tangga tak curam seperti tadi



Sangat-sangat besar sampai aku tak jumpa seekor kelawar pun

Gua Taman Dua


Cak

Patung!! Hahaha

Kami tak sempat nak menerokai kawasan ini

Tangga tu untuk ke Makam Tok Long

Hutan Kebanggaan Negara

group photo sebelum balik

Bersyukur kerana diberi kaki yang sihat
Kat sini juga terdapat beberapa kemudahan yang disediakan untuk pengunjung. Mana tahu lepas ni korang nak datang sini ke.. Kan? Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti chalet, asrama dan lain-lain lagi. Kat sini juga korang boleh berkhemah, merentasi hutan, berjogging dan lain-lain lagi.
Aku memang totally out. Maklumlah usia dah semakin tua. Baru jalan separuh jalan, dah penat. Nasib ada monopod, bolehlah dijadikan kayu tongkat. Hahaha. Bagi sesiapa yang nak datang ke sini, aku nasihatkan pakai seluar panjang dan baju lengan panjang. Nyamuk banyak!! Jangan lupa makan mosquito repellent. Hehehe.
P/s : Jangan lupa senyum apabila ke sini. =P