Latest Posts

Showing posts with label GENTING HIGHLANDS. Show all posts
Showing posts with label GENTING HIGHLANDS. Show all posts
Aku paling benci bila disuruh beratur lama. Jenuh kaki ni wei. Nak pulak time tu tengah high peak season. Mak aih, penat!! T_T

Korang bukan tak tahu First World Hotel Genting. Sentiasa ramai orang. Tengah dinaiktaraf besar-besaran pun masih ramai tourist datang. Tak putus-putuslah dikunjungi pelancong luar. Yang beratur, yang duduk menunggu ... argh, setiap sudutlah. 

Tapi nak buat camana, ini salah satu tempat best untuk dikunjungi kat Malaysia. Sebab tu sentiasa ramai pelancong. Lebih-lebih lagi bila semuanya siap, 20th Century Fox. Homai, tak sabarnya!! First in the world. Negara ko hado? *jeling*.

Tak sanggup nak beratur

Maka, banyaknya benda yang dinaiktaraf kat Genting ni. Termasuklah hotel, cable car dan macam-macam lagi. Bakal ada premium outlet (jangan tak tahu JPO Johor tu under Genting jugak okay), shopping mall yang besar gila dan macam-macam lagi. 

Tak kurangnya First World Genting. Diorang pun naiktaraf jugak. Dari 2 tower, kini ada 3 tower. Ini pun masih tak cukup lagi. Orang sentiasa ramai.

Kalau dah ada 3 tower ni, mesti dalam otak pun rasa ... "Mak aih, mesti beratur lagi panjang".


Salah sama sekali. Kini korang boleh check in kat kiok di lobi First World Genting. Sangat mudah dan jimat masa. Cuma kat sini harganya takdelah semurah beli kat Agoda dan lain-lain tu. Dah kata walk-in, haruslah sama macam bayar kat kaunter.


Self Check-in Kiosk ni sangat membantu especially time peak season. Sistem ni baru je diperkenalkan kat Genting. Korang boleh book sendiri bilik dalam masa yang sangat singkat. Terdapat 29 mesin di kat First World Genting ni. 


Cara nak guna mesin ni pun senang. Siap ada manual kat situ lagi dari step 1 sampailah step 9. Kalau tak faham, berdekatan mesin tu ada staff hotel yang sedia membantu.

Oh ya, jangan lupa bawa mykad atau passport tau. Ini wajib.

 
 


Dan, nak keluar pun ada self check-out juga.. Haa, senanglah kalau nak pergi Genting lepas ni. Tak perlu beratur panjang. Jimat masa, jimat tenaga. Yahoooooo!!!


Hari ni nak share pengalaman aku berbuka puasa di Rajawali Bazaar Ramadan, Awana Hotel Genting Highlands. Haa, jauh tak?? Kat luar negeri juga tu, Pahang ... Hahaha. =P


Inilah tempat yang paling jauh untuk buka puasa dalam tahun ni. Boleh katakan Ramadan tahun ni, aku tak kemana-mana sangat. Busy kat rumah.

Awana Hotel Genting Highlands

First time aku buka puasa kat Genting Highlands. Makanan yang disediakan di Awana Hotel Genting Highlands ni sangat tidak menghampakan. Banyak gila pilihan makanan kat sini.


Berbuka di satu tempat setinggi 3000 above sea level ni adalah satu pengalaman yang sangat berbeza dari sebelum ni. Memang terbaik makanan kat sini sampai penuh sepenuhnya perut ni la melantak makanan-makanan yang dihidangkan kat sini. Haha.

Aku cuba mencari kelainan yang ada di Awana Genting ni. Eh, ada.. Jumpa pun!! Kat sini menyediakan pelbagai jenis sup. Ayam dan daging. Kalau daging tu semua part ada. Tapi paling cepat licin, sup urat tunjang (keting lembu). Psst, si Mawardi tu siap tambah menambah lagi.


 

By the way, jangan ingat takde orang nak travel jejauh untuk buka puasa ye. Masa kitorang pergi tu, Rajawali ni full house. Ramai gila. Wow!!

Dan bagi yang particular pasal status Halal, restoran kat Awana Genting ni dah dapat sijil Halal dah pun. Don't worry and enjoy your food. Ngeee.

 

Habislah diet aku kalau hari-hari makan sedap. Hahaha. Oh ya, mesti nak tahu berapa harga buffet sekepala di Awana Hotel ni kan?

Harga Buffet Ramadan di Awana Genting

RM88 (dewasa)
RM60 (warga emas)
RM48 (kanak-kanak)

Waktu Buffet Berbuka 
6 pm - 9.30 pm


Rajawali ni bertemakan bazaar jalanan yang menghimpunkan pelbagai jenis makanan mengikut booth seperti Arab Street, Cold Kitchen, Abe Kelate Corner, Kebabs Pak Arab, Anne Gopal Sappede, Gerai Satay Osman Jelani, Ayam Percik Mat Zin, Hot Soup Pot dan banyak lagi.


Kat sini juga turut menyediakan juadah sahur untuk pengunjung. Manalah tahu ada yang merancang nak pulang ke kampung (khususnya orang Pantai Timur), bolehlah singgah sahur kejap kat Awana Genting ni alang-alang on the way tu. Hehe.

Waktu Sahur 
3 am - 5.30 am


Untuk booking, bolehlah layari :

American Airliner Plane