Aku percaya, bunga mampu menaikkan mood seseorang dari tengah down ke level yang ceria. Disebabkan itu juga, musim bunga adalah musim favourite aku. Well, bunga dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Setuju?
Mengembara masa musim bunga memang sangat menyeronokkan. Mahu taknya, kiri kanan bunga. Sedikit sebanyak gambar korang jadi ceria dengan adanya bunga sebagai prop. That's the reason why I love spring compare dengan season-season lain. Heee. :)
Salah satu negara yang kaya dengan bunga adalah South Korea.
Sebut je musim bunga, mesti kat kalendar masing-masing dah tick, festival-festival bunga di serata dunia. Ladang tulip, canola dan lavender antara yang kerap menjadi pilihan orang ramai.
Dan semasa Famtrip Airasia X dan Korea Tourism Organization baru-baru ni, kami sempatlah ke Festival Canola di Nakdong River atau lebih dikenali sebagai Rape Blossom Festival. Ini salah satu wishlist aku. Alhamdulillah dah boleh tick dengan penuh gembira. Haha.
Boleh bayangkan sebuah padang yang luas diserikan dengan warna kuning. Memang betul-betul awesomelah. Tak berkelip mata aku bila melihat kawasan ni dari dalam bas. Belum sampai lagi dah excited, dah sampai? Lagilah excited. Aku jadi jakun! Haha.
Festival Canola at Nakdong River
Aku suggest kalau nak pergi festival bunga ni, eloklah pergi pagi. Tak ramai orang sangat. Masa kami sampai tu pun orang tak ramai lagi. Masa nak balik tu, barulah ramai gila orang. So, my advice, silalah datang awal. Kalau terlampau ramai pun tak syok juga. Susah nak ambil gambar.
Festival bunga kat Nakdong River ni bukan setakat bunga canola semata-mata. Ada juga bunga lain. Cuma kawasannya tidaklah sebesar kawasan canola. Tapi masih dijaga rapi. Sangat cantik!
Seperti di Malaysia, terdapat pelbagai gerai jualan makanan dan barangan di tepi jalan sepanjang perjalanan menuju ke tempat canola ni. Kot-kotlah korang lapat bolehlah beli.
Antara yang menarik masa festival ni adalah seperti horse riding experience, kite flying experience, drawing caricature and making mug, drone experience center dan rice planting experience center. Haa, bukan sahaja untuk dewasa tetapi sesuai untuk semua peringkat usia.
Bagi kawan-kawan yang ada kat Busan or maybe sampai besok atau lusa, bolehlah singgah sini. Terdapat street performing pada 16hb dan 17hb dari jam 1 hingga 5 pm di pentas busking yang terdapat di sini. Tapi local performer tau. Hewhew.
Seriously, I'm so in love dengan tempat ni. Perhaps, yellow is my favourite colour. I wish I can go there again and spend half day kat sana. Bergelek ala-ala hindustan dan feeling-feeling Kuch Kuch Hota Hai .. Hahaha.
Bagi yang terlepas, tak mengapa. I think next year ada lagi kot. Ini kali kelima festival ini diadakan. So hopefully next year pun ada juga.
Cara-cara untuk sampai ke Nakdong River Rape Blossom Festival ni ...
- Metro Line (gets off at Gangseogu Office Station metro line No3 Exit 1)
- General Bus (no 123, 127, 128-1, 130 & 307)
- Seat Bus (no 1004)
- Shuttle Bus (Gangseogu No 5, 11 & 13)
* Allows for transfer to bus, Metro at Korail Gupo Station
Nisa Kay, Sara, Me & Shea Rasol
AAXGirlSquad
The 5th Busan Nakdong River (Rape Blossom Festival)
9 - 17 April 2016
Daejeo Ecological Park Busan
____________________________________________