Raya tahun ni aku feeling-feeling hindustan setelah dua tahun kain ni terperap kat dalam almari. 2 TAHUN??! Yaaa, 2 tahun. Lamakan? Nasib tak berkulat. T_T
Kain ni aku beli semasa trip ke Mumbai pada tahun 2012. Tapi dek kerana tak tahu nak buat fashion apa dan senang cerita aku ni seorang yang malas nak hantar kain kat tailor kalau takde idea. Faham-fahamla kain saree ni usually panjang kain 7-8 meter. Buat baju kurung baru 4 meter, lagi 3 meter?? Pening!! Haha. Memang FIRST WORLD PROBLEM betul.
Tapi bila aku tengok orang buat kain boleh pusing-pusing, why not aku buat fashion tu. Simple tapi boleh feeling lebih bila memakainya. Lebih-lebih lagi kain saree aku ni jenis chiffon, maka ia lebih ringan. Inilah hasilnyaaaaa....
Namaste, mera naam Izzati hai
Nasiblah tailor tu memahami apa yang aku nak. Hahaha. Memang betul, bila dah pakai, terus rasa nak menari dan baring guling-guling ala-ala Kajol kat dalam cerita Kuch-kuch Hota Hai. Haha. Over tau!
Kita pusing tang sana...
Kita pusing tang sini ...
"Tum paasa aye, Yun Muskurayee"