Latest Posts

Showing posts with label FASHION. Show all posts
Showing posts with label FASHION. Show all posts
Hi. Happy School Holidays adik-adik.

Lately saya banyak menghabiskan masa dengan window shopping. Lagi teruja bila saya tak perlu nak menghabiskan masa dengan traffic jam dan juga tiket parking!

Lagi best bila saya duduk depan TV sambil meratah kepak ayam goreng ayamas sambil tengok TV sambil window shopping! *gila pemalas.. hahahahahaha =p *

Itulah yang best bila internet berada kat depan mata. Guna jari pun boleh! =p

Okay saya taknak lah bercerita pasal ayam goreng ayamas yang saya ratah tadi tu.. tapi nak share something with you all. I know some of you maybe dah tahu dan mungkin ada juga yang baru nak godek-godek website yang best untuk online shopping!

disebabkan mood shopping makin membuak-buak, after dihasut oleh RYN dan Raden (kahkahkah =p) tangan tu ada je nak godek. paling teruja menunggu hari khamis. most of my favourite online boutiques mesti update barang-barang baru! wohoooo..

okay jom.. jangan buang masa. =)

kalau tengok kat my bloglist ni, ada 166 kedai online yang selalu i visit bila i bosan.

my private bloglist


my favourite boutique 


my most favourite online boutique! sumpah teruja dengan semua baju-baju yang dijual.
exactly like baju2 yang kat butik seperti zara dll. ingat x baju leopard yg i pakai masa kat KK hari tu? kat sini jual RM55 sahaja! terus menyesal dan rasa nak pulangkan balik kat Zara. hahahaha. Selain tu, kualiti baju2 yang dijual sangat memuaskan! Paling best, website ni tak dela jual baju size halus dan kecil je iaitu dari XS to L .. sangat ohsem! =)

Affordable Boutique

selain daripada October Origin, Milktee juga antara website kesukaan saya! harganya sangat berpatutan dan baju-baju yang dijual juga cantik. Seperti baju kat atas ni..hehehe

The most popular boutique

siapa tak tahu poplook, baik lupakan je hasrat nak shopping online! mak cik kiah kat kampung tu pun tahu kewujudan poplook tahu tak? hahahaha. baju-baju poplook ni cantik-cantik, tapi sayang banyak yang kecik-kecik. jadi kasihanlah mereka yang berisi seperti saya ni! hahaha. selain tu, baju-baju poplook juga ada yang saya rasa mahal dan boleh dapat kat butik online yang lain. 

Exactly like Poplook and super cheap! 


The Lalapop! murah dan sangat murah... teruja tengok baju yang dijual kat Poplook harga RM80 lebih tapi kat lalapop boleh dapat berganda-ganda lebih murah! aha! tak percaya pergilah tengok sendiri. =)

DRESS



baju-baju yang dijual sangat cantik dan i pernah tengok satu tu sebijik macam yang Dorothy Perkins jual! tapi jauh lebih murahlah kat White Soot dan Double Woot ni. For those yang sedang malas nak cari baju-baju pergi kerja, bolehlah visit kedua-dua blog ni. Even artis pun rajin beli kat sini.. tapi sayang kebanyakan baju size kecik!! mencik! =)

actually banyak lagi yang i nak recommend kat you all kat luar sana. Macam Zawara, Pretty Chase dan lain-lain lagi. tapi cukuplah yang ini sahaja. Sebab yang the rest tu lebih kurang sama. Tapi for me, antara banyak-banyak, saya paling suka October Origin! sangat meletup biarpun simple. Mungkin sebab design dia sama macam kat butik kot? hahaha =p

Okay. selamat bershopping!
(^_^)


assalamualaikum

Hi kawan-kawan. Inginkan kelainan? marilah kita shopping di Koleksi Ibunda di D'S2 Mall Seremban 2 dan anda juga berpeluang untuk mendapat pelbagai diskaun yang menarik di sana!

selain itu, Koleksi Ibunda juga baru sahaja melancarkan fanpage mereka yang dibuat khas untuk pelanggan-pelanggan yang setia Koleksi Ibunda. 

Ayuh, apa tunggu lagi? marilah ramai-ramai kita bershopping di Koleksi Ibunda! Jangan lupa like fanpage Koleksi Ibunda tau!

click di sini: Koleksi Ibunda

bye you all! i nak pergi shopping kat KI! =D
Raya lambat lagi.

Tapi rata-rata tailor sudah mula menerima tempahan. Seperti biasa, siapa cepat dia dapat!  

Saya? hehehe. tengah gelabah mencari design.. susahnya nak buat keputusan!!!  design yang tu saya nak, yang ni saya nak.. EH.. mana satu ni??? haa.. anda pula bagaimana? tahun ni tema apa? tempah kat mana? ehhh banyak pula soalan saya ni! hehehe.

Tahun ni juga tahun pertama saya beraya dengan encik H dan sudah tentulah kena fikir untuk dia sekali! hehehehe. Matching2 gitu! alah, baju lelaki simple je.. tak baju melayu johor, baju melayu pahang dan baju melayu apa pun boleh!!! tak ditelan dek zaman! senang bukan?

untuk raya tahun ni, saya dah kemukakan beberapa warna tema kat encik H, antaranya....

i) aqua green
ii)lavender
iii)sky blue
iv) dusty teal
v) light coral

dan, of course my favourite colour ... ivory white


untuk design pula, saya dah dapat beberapa design yang saya suka .. tapi sebelum tu minta maaflah sangat2..lupa nak save dari mana dapat gambar2 ni semua. hehehe. SORRY! (mana yg saya tak credit tu sorry tau! sumpah lupa!)

old time favourite! chiffon - jahit dengan lace/sulam+manik
dress dari Rizman Ruzaini 
kebaya pendek ni nampak sangat menawan!
design musim sekarang ke? ramai je buat bahagian leher macam ni!
meletup nyah!! mungkin ambil yg bahagian atas sahaja! 
kalau bawah pengsan! nak kahwin lagi kah?
design mcm ni pun saya suka jugak! (esp tang ribbon tu)
by FF Couture ... macam tak kena je dengan gaya ni
yang ni lawa juga. simple dan cantik
by Nurita Harith ..
by syara kim
i love this design but macam tak sesuai dengan saya je
baju Scha Al Yahya by Baharim ni pun cantik jugak!
sweet kan? especially bahagian ribbon tu
abaikan veil tu, tudung tu, dan kain panjang tu. 
ambil baju sahaja. OK TAK?
mungkin boleh ambil design dari bridesmaid dia ni! 
dari dulu sampai sekarang, baju Zery Zamry ini menjadi pujaan hati
putih bersih digayakan dengan bunga besar! 

banyak lagi design-design meletup dari pereka-pereka tempatan! i'm proud of them!!! baju diorang memang gah! duit saya je yang tak gah-gah! ($_$)

so, macamana? susah kan nak buat keputusan! tapi this year but hook or by crook, saya nak hantar kain awal! serik dah 3 tahun berturut-turut baju tak sempat siap! at last, kena pakai baju beli.. tak mahu lah macam tu.. dah la badan saya ni makin lama makin montel! confirm susah nak dapat size! 

anda tahu kat mana ada tailor yang affordable tetapi hasil jahitan mereka kemas dan cantik? berkongsilah dengan saya! email me : izzati_ghafur@yahoo.com
.Hello.

i'm back.. after two stories about my dayang & my hantaran, now, i nak cerita pasal my wedding dress. For my ceremony, I tak banyak baju... terhad kepada 3 majlis. Meskipun, at first, my mom suruh buat majlis malam berinai, but I refused to do that. Nak jimat masa & tenaga.. hehehe..

Actually terlalu banyak cerita pasal my wedding dress ni... especially my solemnization dress. But, to my previous designer, i'm not satisfied at all dengan hasil kerjamu yang meraban. My blogger's friend da story pasal bad designer ni. So tak perlu i nak cerita lagi. Cuma, i nak cakap, please jangan tempah kat dia!! dah banyak client terkena. My baju, tak fitting langsung, sebab macam2 pe'el.. Luckily, I ada back up baju from Qudyn Aziz.  The material, design and SIZE of couse, langsung x kena. 

And he came one hour before my majlis start! just imagine that.. My baju jadi disaster. Even i tak pakai, but bila i nak try to wear that dress, memang sumpah macam badut sarkas. Sorry to say!


SOLEMNIZATION

Concept : modern classic
Colour : yellow

didesignkan oleh Qudyn Aziz. Nak tak nak, i kena pasrah.. sebab i kasi tempoh 2 weeks kat Qudyn untuk buat baju ni.. Dari nak flowy2, and bla, bla, bla.. i tukar kepada very2 plain baju kurung. cuma i buat sikitlah kat tangan n kain.. the rest, simple... takut tak cukup masa!

and, bekerjasama dengan Qudyn sangat senang. dia cekap dan cepat membuat kerja. imagine 2weeks, for sure lah kau hantar kat mane2 designer, kebanyakan akan menolak. tapi bukan qudyn, dia terima dengan senyuman. thanks Qudyn.

For hazrul's attire, dia tempah kat Omar Ali..Pun pantas dan cekap... tak sampai 10 hari, baju yang ditempah siap. Jenis kain agak tebal, iaitu Duchess Satin, beli sendiri kat Jakel (rm35/meter - U can get lagi cheaper kalo beli time sale). Kata husband, kain ni nampak terletak berbeza dengan satin biasa yg kalo pakai nampak singlet la, nampak peluh la and lain-lain. haishh macam-macam! His samping pun beli kat Omar Ali, samping terengganu yang I sangat-sangat adore. I love the material of that samping and it looks more classy..

My dress & veil :
Qudyn Aziz

Earring:
Habib Jewel

Shoes:
Vincci ++

Handbouquet:
DIY

His baju melayu & samping:
Omar Ali

Songkok, butang baju melayu & kasut :
his prelove collection


 RECEPTION

concept : english
colour : off white

Untuk baju persandingan pula, I beruntung sebab dapat hasil tangan Nas Great Idea. FYI, Nas still new dalam baju2 ni. So, i terpilih antara 20 orang yang dapat buat baju pada harga yang murah. hehehe. Baju ni agak complicated sikit.. Sebab kena pakai satu-satu dan don't be suprised, Nas jahit, masa baju ni kat badan i. Pada malam sebelum majlis dan juga masa i habis ditatarias oleh Sue Cantik. Agak lucu jugakla sebab i terpaksa berdiri di atas kerusi ibarat didenda oleh cikgu besar. hahaha

Nas menyediakan baju dan juga hiasan rambut. semua idea dia lah termasuklah dandan rambut... Sue dan i ikut saja idea nas tu...

untuk baju hazrul pula, kami tempah kat jakarta. harganya sangat berbeza berbanding dengan harga sini. jauh lebih murah! just imagine 2 juta rupiah- seluar, kemeja, tuxedo & semua sekali except kasut... memang murah!!! siap pun cepat. dalam seminggu da boleh siap. design boleh pilih dan untuk kasutnya pula, we bought from Giraffe Sunway Pyramid.. FYI, kasut ni adalah heels for man. Itulah nasib kalau suami sama tinggi.. terpaksalah cari kasut tinggi juga untuk dia. hahaha.. But, i recommend la kasut ni, sebab selesa sangat bila dipakai...

my wedding dress, shoes & hair accesories:
Nas Great Idea

Earing :
Diva

his attire :
Sam Jakarta

his shoes:
Giraffe Sunway Pyramid

hand bouquet:
Nas Great Idea


BERTANDANG

concept : traditional
colour : blue


At first, kami sewa baju from Kamarini Bridal. Nak tahu apa jadi, itulah.. bayar deposit tanpa fitting baju. Seminggu sebelum majlis, try and prankkkkk... Awww! &*%* ! tak muat. Bukan sebab i da gemuk, tapi salah dua-dua. Kamarini cakap baju tu muat, nasiblah duit boleh refund balik. But i tak complaint lah.. I pun salah jugak, syok sangat kat baju tu sampai over confident boleh muat! hahaha. btw, staff kamarini sangat baik! rugi tak dapat pakai baju tu. TT

and luckily, my family ada butik pengantin.. So, we used this opportunitylah and dapat jimatkan cost. Still colour yang sama, tetapi pemilihan baju agak santai. My husband suka traditional costume. I follow je.. dah majlis kat rumah dia.. hehehe.. So, kami pilih semua traditional dari baju, accesories dan lain-lain. Sesiapa kat Seremban tu kalau nak sewa baju dan pelamin bolehlah contact I. I can give special discount khas untuk my followers & readers.

some people asked me, kenapa tak tempah je baju baru.. kenapa sewa.. kenapa tu kenapa ni... the answer is simple... nak jimat cost. baju banyak2 pun buat ape.. bukan kami boleh pakai lagi.. mahu2 jadi hiasan di almari je. hehehe =)

all baju & accesories :
 my family boutique

hand bouquet :
Seri Mahligai Kemaman

thanks to all my beloved designers.
Qudyn Aziz, Nas Great Idea & Ikmal's
pictures credit to Mohd Ming & ShahrulAimer


TREND PADA MASA KINI ...

Biker Jeans
ini actually trend musim summer aritu, tapi masih lagi fresh di butik2.
Ruffle Skirt
seriously aku adore ngan skirt2 gini. nampak sangat comel. fashion ruffle ini tidak hanya pd skirt ia jugak pd dress.. sesuai bagi anda yang mahu kelihatan sweet.
headband
headband yg mempunyai corsage yg besar2 kini menjadi trend dan hangat di kedai2 seperti accessorize, diva, claire's dan forever 21

Floral Print
gaya-gaya seperti vintage dress kembali hangat musim ini, bukan sahaja pd dress, ia juga turut menghangatkan pd tops, kemeja, cardigan dan tidak ketinggalan, legging. (MUNGKIN ADA KAITAN DGN MUSIM BUNGA YG AKAN MENJELMA TAK LAME LG)

Phyton Print Harems

Celana Harems sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi, namun, corak-corak seperti kulit ular kini menjadi kegilaan para penggiat fashion. (EHEMM mungkin ini akan menjadi satu bad news bagi mereka pencinta haiwan)

Bracelet Set
3 in 1 - Bangle, Bead and Cuff, kini mendapat sambutan dr orang ramai khususnya mereka yg gemar memakai accessories. Pengalaman saya di UK, menyaksikan accessories ini antara toplist yg dibeli oleh si kaki shopping


Studded
Ingin tampil ganas? Fashion studded ini sudah menjadi sinonim dan bukan lagi perkara baru dlm industri fashion. Tetapi pd musim ini, kelihatan fashion ini mula menyerang si kaki fashion. Tidak hanya pd kasuy, fashiom studded ini juga hangat pd jacket, denim dll.
Lace Dress/Shirt/ Blouse
Nampak old? usah khuatir kerana jika sekiranya anda bijak berfashion, mengenakan pakaian jenis ini tak menjadi masalah buat anda.
Worker Boots
Serasi dengan gaya women to men, worker boots ini kembali memanaskan industri fashion. Keluarkan kembali boots2 seperti Dr Martin untuk dipakai semula.

selain itu, koleksi2 jeggings, polkadots, striped juga antara yang terhangat di butik2 di sekitar Oxford Street.


salam dari London,
Tatie
American Airliner Plane