Ini kali pertama aku pergi event LILAC ni. Pelbagai jenis laksa ada. Meriah uol!! Event ni berlangsung dari 29 Mei hinggai 31 Mei .. Semestinya aku tak nak lepas peluang merasa semua jenis laksa yang dihidangkan kat situ.
LILAC tahun ni diadakan kat Laman Padi Langkawi dan meriahnya dengan kehadiran beberapa orang chef terkenal seperti Chef Jo, Chef Sher, Chef Farouk Hussain dan Chef Farah Quinn.
Dan ada juga gerai-gerai menjual laksa. Bukan laksa Kedah je tau. Tapi macam-macam jenis laksa dari pelbagai negeri termasuklah laksa dari luar negara seperti laksa Filipina dan laksa Thailand.
Ramaikan?? Ini baru hari first
Raja Teh Tarik pun ada sekali
Paling syok bila berpeluang makan satu meja dengan chef-chef terkenal ni. Chef Jo dan Chef Sher tak lokek share pengalaman dan tips ketika memasak. Aummm!!! Terasa kerdil aku bila duduk di sebelah diorang yang power gila ni.
Hehehe. Selfie dengan Farah Quinn
Menu special di Laman Padi Langkawi
Caliph Buskers
Selfie dengan Chef Sher
Walaupun trip kitorang ke sana 3 hari, tapi tak selalunya ke situ. Hari first and last je. Tapi sempatlah tengok perasmian Langkawi Laksa International Carnival ni. Hari first tu juga VVIP seperti CEO LADA berentap dengan Adun Kuah, YB Nor Saidi, chef Sher dan seorang blogger dari Thai dalam cabaran memasak sambil diadili oleh chef Jo.
Pengadil hari tu .. Haha
CEO LADA dibantu oleh Chef Farouk
Adun Kuah dibantu oleh orang tempatan
Blogger Thai dibantu oleh orang tempatan
Chef Sher bersendirian
Salah satu hasil ...
MERIAH DAN SANGAT MERIAH Laksa Carnival ni ....!!! Kalau stay lama kat sini memang kenyang dengan laksa je la. Time ni lah korang boleh nikmati pelbagai jenis laksa tanpa had. Makan sepuas-puasnya. Alhamdulillah. =)