Latest Posts

Showing posts with label DUBAI TRAVELOGUE. Show all posts
Showing posts with label DUBAI TRAVELOGUE. Show all posts
Bersambung balik entry pasal Dubai. Maaflah tergendala kejap. Tetiba last minit ke Auckland, then balik Auckland besoknya tu ke Lombok. Penangannya, penat kaw-kaw sampai sekarang. Haha.

Ada lagi benda best kat Dubai ni yang aku nak share kat korang seperti Atlantis The Palm. Rugi kalau pergi Dubai tapi tak singgah sini. Sedangkan selebriti Hollywood tu berlumba-lumba beli property kat sini. 

Dan bagi rakyat marhaen macam aku ni, mampu pergi jalan je la kat sana. Nak beli property, tak mampu wei. *nangis*.. Hahahaha.

Palm Jumeirah Monorail (Gateway Station) - Atlantis Aquadventure

Pengembaraan kitorang bermula dari Palm Jumeirah Monorail. Dari sini korang boleh shoot gambar menarik sepanjang perjalanan ke sana. Kalau nak naik teksi all the way to Atlantis pun boleh, nak naik monorail ni pun boleh. Memana jelah. :)

Harga Tiket dari Gateaway Station ke Atlantis
AED 15/person/single journey

 

Sepanjang perjalanan bolehlah cuci mata dengan keindahan persekitaran. By the way, ini first time aku sampai sini. Dulu masa aku pergi Dubai, tak de wujud lagi tempat ni. Hahaha.


Palm Islands Dubai ni famous dengan pantai dan juga bentuk kawasannya yang seperti pokok palm. Kalau pakai drone nampaklah betapa cantiknya kawasan ni dari atas. Terbahagi kepada dua, Palm Jumeirah dan Palm Jebel Ali.

Dan Atlantis The Palm Dubai ni adalah antara hotel mewah dan berprestij di kawasan ini. Memang nampak gah. Ketar lutut ahkak ko ni bila nampak kawasan ni dari jauh. Hahaha.

 
Atlantis The Palm Dubai

The gold ATM .. Wowwww!!

AQUADVENTURE WATERPARK DUBAI

Sampai je Atlantis Station, kitorang terus ke Aquadventure Waterpark. Ini adalah antara tarikan di Dubai. Panas-panas pergi berendam kat sini.. Fuh terbaik!! Haha.



Aquadventure Waterpark Ticket Price (online rate)
Above 1.2 meter AED 250
Below 1.2 meter AED 205
Kanak-kanak umur 0-2 tahun FREE

Harga kat dalam ni lain-lain. Korang kena chek kat kaunter dia. Ada yang dah termasuk locker, ada yang kena bayar locker. Nak mandi dengan dolphin, nak try zipline or lain-lain tu semua asing-asing. Kalau tak silaplah. Haaa, dah sampai sana nanti pandai-pandailah korang tanya ye. Haha.


Towel Ticket AED 30

Locker pun canggih
 


Ada banyak benda menarik kat dalam Aquadventure ni seperti The Tower of Neptune, The Tower of Poseidon, Shark Safari, River Rides, Aquaconda, pantai (terkenal okay pantai dia .. antara yang top kat dunia) dan banyak lagilah. Kat dalam ni pun siap ada Starbucks dan lain-lain lagi.

The Tower of Neptune (yang tinggi tu The Leap of Faith)
Shark Attack di Tower of Neptune
 
Splashers Children Play Area
River Rides
Pantai Aquadventure
Atlantean Flyer Zipline
Aquaconda & Zoomerango
Dolphin Area
Poseidon's Revenge & Water Coaster
Panas?? Basahkan tekak dulu kat sini .. Haha
River Rides (ni tak pasti nama dia apa.. hahaha)
Souvenir shop

Banyak lagilah benda menarik kat Aquadventure Waterpark ni. Aku suggest korang spend half day kat sana. Itu pun tak cukup kalau diikutkan. Aquadventure ni more to aktiviti air. Dah nama pun WATERPARK kan? Hahaha. 

Lepas penat mandi-manda kitorang lunch kat Kaleidoscope Atlantis The Palm. Restoran ni bukan kat dalam Aquadventure, sebaliknya korang kena keluar dari taman tema air tu. Kenyang betul makan kat sini. Pelbagai jenis makanan ada .. Japanese, Indian, Asian, Western dan lain-lain lagi.


Dah terisi perut, barulah semangat nak jalan-jalan. Ye dop? Hahaha. Seterusnya kitorang ke The Lost Chambers Aquarium. Serious cool tempat ni. Bukan calang-calang aquarium, lagi besar dari Aquaria KLCC tu .. Lagi banyak spesis ikan dan lagi syok!!!


The Lost Chambers Ticket Price

Terdapat pelbagai spesis ikan kat sini. Ada yang pelik dan ada yang biasa aku nampak. Kata guide yang bawa kitorang tu, ada 65000 ikan kat dalam ni.. (maybe more than that). Sebab tempat ni sangat-sangat besar !!! Korang bukan boleh tengok ikan je .. Nak diving dan snorkeling pun boleh. or maybe just feeding the shark ke dan macam-macam aktiviti lagi.

 
 

Aku suka tempat ni sebab dia nampak sangat gah. Dengan dekorasi dia dan macam-macam lagi. Malah ikan-ikan kat sini bukan sekali gus semua dalam satu aquarium. Ikan kecil-kecil diorang bahagikan mengikut spesis. Warna warni sungguh ...

 
 

Tarikan terbaru kat sini adalah baby alligator spesis albino. 


For me, ini adalah aquarium yang paling best pernah aku pergi. Sumpah tak tipu. Aku jadi jakun kejap tengok ikan-ikan kat sini. Kalau ada rezeki nak datang lagi. Spend lama-lama kat sini pun takpe sebab diorang memang sediakan tempat duduk kalau korang nak tenung ikan ni lelama. Haha.

Insyallah, ada rezeki .. kita jumpa lagi ye The Lost Chambers. Hihihi :)


~bersambung
Tak perlu pergi jauh kalau nak tengok tertinggi dan terbesar. Sebab kat Dubai ni complete. Mall terbesar, bangunan tertinggi, twister tower tertinggi ... semuanyalah kat sini. Nasib baik orang dia tak terbesar dan tertinggi. Hahaha. Lol!

Kalau tengok senarai top 20 bangunan tertinggi kat dunia, adalah terselit nama Dubai sebanyak 3 kali. Burj Khalifa (nombor 1), Princess Tower (nombor 15) dan 23 Marina (nombor 18). Tapi hari tu aku sempat pergi Burj Khalifa je. Isk, isk.

Secara kebetulan, Burj Khalifa ni terletak bersebelahan dengan Dubai Mall. Trip 2 in 1 gittew!!

Me and  blogger Ruby

Like I said in the previous entry, bilik aku di Manzil Downtown Dubai tu bertentangan dengan Burj Khalifa. Tapi tak bermakna tengok je dari tingkap tapi tak jejak kaki kat sini. Wajib!! Wajib datang sini bila datang bercuti ke Dubai. Haha.

First of all, sebelum kami naik kat AT THE TOP BURJ KHALIFA, kami menikmati persembahan air pancut di luar Dubai Mall dulu. Ini pun tercatat sebagai 'world's largest choreographed fountain system'. Kalau nak tengok dari boat boleh, nak tengok dari atas tower boleh, nak tengok dari tepi pun boleh. Up to you gaissss. ;)


Itulah boatnya .. 'Lake Ride'.

Gambar-gambar berhashtagkan #mydubai akan tertera di skrin besar ini

Dubai Water Fountain ni terbahagi kepada afternoon show (bermula dari jam 1 tengahari/except jumaat start 1.30) dan evening show (bermula dari jam 6 petang). Setiap 30 minit sampailah jam 11 malam. Memang best layan water fountain ni.

Nak tambah 'best' tu kenalah naik Lake Ride. So, nanti bolehlah tengok dari dekat water fountain ni. Kan? Kan? Kan? Hehehe.

Harga Tiket Dubai Lake Ride
AED 65 / person

Waktu Operasi Dubai Lake Ride
5.45 pm - 11.30 pm

Dubai Lake Ride
Menunggu water fountain start
Pemandangan dari boat (ketinggian Burj Khalifa 2717 kaki)
Blogger famous, Karen 
Water Fountain Dubai

Persembahan Dubai Water Fountain ni kejap je. Takdelah lama mana. Tapi terhiburlah bila tengok air tu menari-nari ikut irama muzik tu. Dah habis Water Fountain ni, kami cepat-cepat ke Burj Khalifa pula. By the way, entrance masuk dia di dalam Dubai Mall. Kalau sesat, tanya orang je. Diorang sedia membantu. 

Entrance masuk At The Top Burj Khalifa
Harga Tiket Masuk AED 500. Kalau lepas jam 8pm AED 300
Tiket Masuk
Menunggu giliran naik lift

Segak berdiri sebagai bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa ni memang jadi tumpuan pelancong. Sentiasa ramai. Aku suggest korang silalah beli tiket awal bagi mengelakkan kejadian tak diingini. Actually nak cantik, datang petang.. Datang time sunset tengah turun. Tambah lagi, masa cuaca tengah clear dari debu. Fuhhh, terbaik pemandangan dia!

Ini dalam Burj Khalifa saja ...
Pemandangan dari atas.. Baru nampak betapa sibuknya Dubai (traffic jam)
Kami beli gambar kenangan

Nak cakap pasal gambar kenangan kat Burj Khalifa. Ada yang nak beli dan ada yang tak nak beli. Memandangkan harga tiket masuk pun dah mampu buat kami berpeluh, so kitorang decide beli je benda ni. Tutup mata masa bayar. Hahaha. Nak datang lagi entah bilakan?

Harga gambar termasuk cover
Jalan Keluar 
The Cafe di Burj Khalifa
Replika Burj Khalifa

~ bersambung
American Airliner Plane