Latest Posts

Showing posts with label CUTI-CUTI MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label CUTI-CUTI MALAYSIA. Show all posts
Puas fikir apa lagi yang tak update pasal Johor. Hello Kitty and Legoland Themepark dah update dulu... Rasa-rasa aku tak pernah cerita pasal Legoland Waterpark Johor kan? Hihi.

Masa family trip ke Johor tempoh hari, sempatlah kami pergi ke beberapa destinasi wajib seperti Legoland Themepark, Hello Kitty, The Little Bigclub, JPO dan lain-lain lagi. And the last day tu kitorang spend masa kat Legoland sebelum balik.

Bayangkanlah nak divide masa antara dua park ni. Nasiblah Legoland Waterpark ni tak besar mana. Dalam 3-4 jam bolehlah habis pusing satu waterpark ni. Haha.

LEGOLAND JOHOR
Familyfie. Hahaha.
 
Amboi Irdhina.. Hahaha.

Legoland Waterpark Johor ni dibuka pada tahun 2013. First time jejak kaki ke Legoland dulu, waterpark ni tak buka lagi. Second time datang last year tak sempat nak masuk pulak. Tapi kali ni, aku berpeluang masuk dan tengok apa yang best kat dalam ni.

By the way, kitorang semua masuk dua-dua park ni FREE. Rajin-rajinlah beli Sinar Harian sebab diorang selalu bagi free ticket. Kumpul dan redeem = save duit ahkak !! Ngeee. 

Kot-kot korang dah sampai sini tapi terlupa nak bawa baju renang, ada kedai Al-Ikhsan kat kawasan Medini Mall. Siapalah yang terlupa bawa baju renang tu kan? Hiks! =P

Joaker Soaker
Dioranglah paling excited sekali.. Hihi
 
Build A Raft River
Red Flush
Wave Rider
Splash and Swirl & Brick Blaster
Imagination Station
Legoland Wavepool

Haa, nak cakap lagi. Kat sini lebih kurang macam A'Famosa Waterpark. Kalau agak-agak letih nak duduk kat Gazebo, korang kenalah sewa. Tak free tau!! And kat sini ada restoran. Kalau lapar silalah beli makanan. Tapi harga, faham-faham sendirilah ye. Hehehe.

Pakaian? Aku sarankan korang pakai pakaian mandi yang sempurna. Takut nanti tak dibenarkan pula naik slides and etc. Tapi tapi dan tapi ......................... aku rasa berbaloilah juga pergi hari tu.

Sebab tak ramai orang untuk both parks. So bolehlah naik banyak kali. Kalau korang tanya mana lagi ramai orang, kat waterpark ni lagi ramai compare dengan themepark. Tapi kebanyakannya warga Johor dan kebanyakan diorang memang ada annual card.. Ishh, jeles! Hahaha.


Harga tiket Legoland Waterpark Johor


Waktu Operasi Legoland Waterpark Johor
10 am - 6 pm


* aku nasihat korang check weather dulu sebelum datang, sebab kalau hujan banyak benda tutup dan tak boleh naik. Ni untuk both parks. *
Hotel Mutiara Johor Bahru bukanlah hotel baru di selatan tanahair, tapi mempunyai pelanggan tetap yang mahukan percutian selesa dan santai.

Masa kitorang ke Johor Bahru tempoh hari, kitorang stay kat sini. Hotel Mutiara Johor Bahru ni terletak di Jalan Dato Sulaiman dan dari sini ke Singapore dekat je kalau ikut Woodlands. Kira-kira 15 minit macam tu. 

Kalau lapar, ada je KFC yang terletak kira-kira 5 minit jalan kaki. Tapi takkan datang JB makan KFC? Kannn? Hahahaha. Itu kalau lapar sangat. Lol.

Hotel Mutiara Johor Bahru
Sekitar di Lobi

Swimming Pool Area
Free Apple di hadapan lift
Hallway
 

Bilik?? Sangat-sangat selesa. Walaupun hotel lama, tapi takdelah nampak lesu dan kusam. Cuma bilik lagi satu tu berbau sikit toilet dia. Yang lagi satu ni okay. Ikut nasiblah kot.

 

Hotel ni menyediakan perkhidmatan FREE SHUTTLE dari airport ke sini. FREE wifi, FREE parking... Banyaklah korang boleh jimat kalau stay sini. Lokasi pun strategik. 

Bebudak enjoy, kami pun enjoy. Haha
Pemandangan luar

Keseluruhannya, hotel ni okay untuk percutian keluarga. Yang mana nak pergi Singapore tu tapi taknak stay sana, nak stay somewhere in JB bolehlah consider hotel ni. Hotel ni menyediakan makanan halal dan kemudahan yang lengkap untuk korang semua. Hihihi.

Aku paling benci bila disuruh beratur lama. Jenuh kaki ni wei. Nak pulak time tu tengah high peak season. Mak aih, penat!! T_T

Korang bukan tak tahu First World Hotel Genting. Sentiasa ramai orang. Tengah dinaiktaraf besar-besaran pun masih ramai tourist datang. Tak putus-putuslah dikunjungi pelancong luar. Yang beratur, yang duduk menunggu ... argh, setiap sudutlah. 

Tapi nak buat camana, ini salah satu tempat best untuk dikunjungi kat Malaysia. Sebab tu sentiasa ramai pelancong. Lebih-lebih lagi bila semuanya siap, 20th Century Fox. Homai, tak sabarnya!! First in the world. Negara ko hado? *jeling*.

Tak sanggup nak beratur

Maka, banyaknya benda yang dinaiktaraf kat Genting ni. Termasuklah hotel, cable car dan macam-macam lagi. Bakal ada premium outlet (jangan tak tahu JPO Johor tu under Genting jugak okay), shopping mall yang besar gila dan macam-macam lagi. 

Tak kurangnya First World Genting. Diorang pun naiktaraf jugak. Dari 2 tower, kini ada 3 tower. Ini pun masih tak cukup lagi. Orang sentiasa ramai.

Kalau dah ada 3 tower ni, mesti dalam otak pun rasa ... "Mak aih, mesti beratur lagi panjang".


Salah sama sekali. Kini korang boleh check in kat kiok di lobi First World Genting. Sangat mudah dan jimat masa. Cuma kat sini harganya takdelah semurah beli kat Agoda dan lain-lain tu. Dah kata walk-in, haruslah sama macam bayar kat kaunter.


Self Check-in Kiosk ni sangat membantu especially time peak season. Sistem ni baru je diperkenalkan kat Genting. Korang boleh book sendiri bilik dalam masa yang sangat singkat. Terdapat 29 mesin di kat First World Genting ni. 


Cara nak guna mesin ni pun senang. Siap ada manual kat situ lagi dari step 1 sampailah step 9. Kalau tak faham, berdekatan mesin tu ada staff hotel yang sedia membantu.

Oh ya, jangan lupa bawa mykad atau passport tau. Ini wajib.

 
 


Dan, nak keluar pun ada self check-out juga.. Haa, senanglah kalau nak pergi Genting lepas ni. Tak perlu beratur panjang. Jimat masa, jimat tenaga. Yahoooooo!!!


American Airliner Plane