LOY NAVA RIVER CRUISE AT CHAO PHRAYA RIVER BANGKOK | Touchdown je Bangkok tempoh hari, destinasi pertama aku tuju adalah Sungai Chao Phraya. Pada mulanya, agak ragu-ragu dengan masa. Disebabkan aku sampai masa peak time, sana sini traffic jam.
"Sempat ke sampai ni?," soal hatiku.
Nak mengejar cruise di Sungai Chao Phraya punya pasal, nak tak nak, aku terpaksa hire teksi dari airport ke Sungai Chao Phraya. Ajikah yang waktu tu dah sampai kat Sungai Chao Phraya pun turut sama gelisah. Hisss!
Dengan luggage sekali aku bawa turun. Kenapa nak kejar masa sangat ni? Actually, kami dah book romantic dinner di atas kapal Loya Nava. Tak salahkan nak beromantik dengan BFF, memandangkan kedua-dua laki jauh di mata. Haha.
Kelam Kabut Aku Petang Tu... (gambar candid by Ajikah)
Kat Sungai Chao Phraya ni terdapat banyak kemudahan pengangkutan air. Ada yang murah dan ada yang mahal. Tetapi Loy Nava Cruise ni adalah dinner bertaraf lima bintang. Sambil menyaksikan keindahan malam lampu-lampu bangunan di tepi sungai dan juga dipersembahkan dengan tarian dan muzik Thai.
Pintu Masuk Jeti
Si Phraya Jeti
Menunggu Bot Datang
Redah Je Yop!
Tu Dia Loy Nava Cruise
Apa yang menarik tentang Loy Nava Cruise ini, ia sudah menjangkau usia 40 tahun lebih dan masih aktif beroperasi di Sungai Choy Phraya. Complimentary pick up dari hotel ke Sungai Chao Phraya ini. Haa, mudahkan? Tak perlu susah payah. Aku suggest, bagi pasangan yang sedang bulan madu, silalah naik Loya Nava Cruise ini. Gerenti tak menyesal.
Naik Je, Kami Disapa Mesra Oleh Amoi Ni
'Tangkal' katanya.. Bagi Elak Kejadian Yang Tidak Diingini
Dari waiter sampailah penari, semuanya friendly. Betul lah orang kata, Bangkok ni kota senyum. Mereka ni tak lekang dengan senyuman. Asyik senyum memanjang je.
Order Pleaseeee!!
Antara Waiter Yang Peramah
Loy Nava Cruise ini bermula dari jam 6 petang dan 8 malam (dua time yang berbeza) Cruise ini akan merentasi beberapa tempat menarik seperti Assumption Cathedral, Pak Klong Talad Market, The Oriental Hotel, Wat Pho, Tha Tien, The Ratchawong, The Grand Palace, East Asiatic Company Building dan banyak lagi.
Menanti Senja
Terdapat beberapa jenis menu yang dihidangkan, antaranya :
* Thai tradisional
* Thai seafood
* Thai vegetarian set menu
Setiap menu terdapat 5 jenis appetizers, satu sup, 5 main courses, dessert & fruit.
Sebahagian Daripada Makanan Yang Dihidangkan :
Makanan Yang Disediakan Adalah Halal (siap ada sijil lagi)
Satu Meja Dua Orang
Suasana Dalam Cruise
Driver Cruise
Layan Feeling ...
Dihiburkan dengan Tarian
Dan dijamu dengan panorama yang cantik yang diserikan dengan cahaya lampu malam.
Highly Recommended!! Sila datang ke sini. Hayati panorama dari Sungai Chao Phraya.
Bergambar Sebelum Pulang
Mengenai harga Loy Nava River Cruise pula, seorang 1648 baht per person (booking menerusi internet). Kalau booking direct mungkin lagi mahal. 1648 baht tu termasuk 10& service charge, 7% vat. Okaylah kan? Sekali seumur hidup. Tapi rasa macam nak datang balik. Tak puaslah berada 2 jam kat atas bot. Hehe.
Apa-apapun, kalau nak book, sila ke lama web mereka terus : LOY NAVA CRUISE.