Latest Posts

Showing posts with label CONTEST. Show all posts
Showing posts with label CONTEST. Show all posts
Ini bukan contest saya.. tetapi contest ini sangat menarik dan sangat MENARIK yang perlu anda JOIN!!! Kalau tak join, memang sangat rugi!!!! bagi BRIDE-TO-BE yang nak save cost untuk honeymoon tu, bolehlah join contest ni! Kalau menang boleh pergi melancong sampai ke PARIS! FUHHHH.. panjang ceritanyeee... 


mari I cerita dulu pasal contest ni ....

1) mula-mula anda perlu terjah laman web ni dahulu :
dah terjah? PASTI? kalau dah pasti..
anda akan jumpa page seperti di bawah ini



2) then, jangan lupa baca syarat-syarat dia terlebih dulu!!
kalo tak baca, sendiri mahu ingatlah! heh!
(^__~)
antara syarat-syarat contest ini adalah :
- mestilah berumur 18 tahun ke atas
- mesti berwarganegara Malaysia
- mestilah ahli Mastraveller.com
- contestants are not allowed to submit on behalf of other individuals

- contestants must be own the rights of the submission content; MAS and Yahoo are not liable for removal of contest submission due to copyright and infringement
- this includes and not limited to write ups, photos, animations, video, or any type of content format submitted.
- Only Facebook Likes on the contest page in Mastraveller.com are eligible to be counted as valid contest votes
- For other terms and conditions, please refer to the full list of contest T&C in this page.



3) Cara-cara nak join contest ini ...
(*_____*)
i) register dulu as MASTRAVELLER member...
ii) submit blog post anda...

iii) upload a video *introducekan diri anda dan bagitau judges kenapa anda yang harus dipilih sebagai pemenang???*

4) dannnnnnn.... yang ditunggu-tunggu...

"HADIAH, HADIAH,HADIAH"


"Three main grand prize winners shall be chosen via a combination of fan voting and judges decision. "

WINNER ....
Paris, France + Auckland,New Zealand

Runner Up
Cape Town, South Africa + Seoul, Korea

Third
Perth, Australia + Tokyo, Japan

+++++++ blogger training session with Yahoo! South-East Asia in Singapore & own a page in Yahoo! Travel


okay PENGSAN!!!! hadiah-hadiah adalah very superb fantastic WOW andddddd best!!! apa tunggu lagi cepatlah join.. tarikh tutup penyertaan adalah 1st April 2011.


uhhhhh!!! Panasssss!!! Pedassss!!!!! Panasss!!!

Semua orang mempunyai impian perkahwinan mereka yang tersendiri. Ada yang mengidam english wedding, bali wedding, tradisional wedding dan macam-macam lagi. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang, orang semakin kreatif dan inovatif dalam menyajikan sesuatu yang terbaik buat tatapan tetamu-tetamu yang disayangi sempena hari perkahwinan mereka. Bukan mahu menunjuk-nunjuk, tetapi inilah yang dinamakan sebagai kepuasan hidup. Bak kata orang, perkahwinan hanyalah sekali seumur hidup. Jadi, apa salahnya jika kita membuat sesuatu yang terbaik bukan?

Bercakap mengenai impian perkahwinan, aku tidak terkecuali dari mempunyai impian perkahwinanku yang tersendiri. Nak atau taknak, itu semua bergantung pada jumlah duit poket yang ada. Orang cakap, no money no talk! Hurmm.. Aku menarik nafas panjang bila melihat budget kahwin pada zaman sekarang ini. Pelamin sahaja, ada yang mencecah puluhan ribu ringgit, belum lagi termasuk yang lain. Oh tidakkkk! Mungkin aku harus melupakan impian perkahwinanku itu. ~_~"

Hari semakin dekat.. jantung semakin berdebar..dan Waktu tidak pernah berhenti walaupun seketika. Sedang aku melayari laman facebook, aku terpandang post CST Production dan Lynda Rahim ... OMGGGG! Aku menjerit seperti jatuh cinta pandang pertama apabila melihat note yang dipost oleh CST Production itu dan tidak salahkan kalo aku mahu mencuba? Aku juga adalah salah seorang peminat hasil kerja CST Production dan Lynda Rahim Kuala Lumpur. Untung-untung, rezeki di pihak aku, boleh perkahwinanku nanti berseri dengan hasil sentuhan CST Production dan juga Lynda Rahim Kuala Lumpur.. Insyallah.

Mengikut apa yang dibincangkan tempoh hari semasa majlis pertunanganku, kami bakal disatukan pada tahun ini juga. Insyallah, jika tiada apa-apa aral melintang, dan aku sudah mula membayangkan sesuatu yang indah untuk dikongsi bersama dengan tetamu-tetamu yang bakal hadir di majlis perkahwinanku nanti semenjak aku dan dia sudah berjanji mahu sehidup semati iaitu pada hari kami mula bercinta iaitu 9 November 2007. Lamakan? ya, itulah aku. Hidup penuh dengan angan-angan. Entahkan jadi atau tidak, itu kuasa Tuhan.

Aku mahukan sesuatu majlis yang simple dan unik yang akan diingati oleh semua tetamu yang hadir pada hari bahagiaku nanti. Sesuatu yang unik itu, sudah pasti, lain dari yang lain. Sejak dari kecil lagi, aku mengidam mahu majlis yang bergabung di antara elemen Minang dan Arab, iaitu sempena darah yang mengalir dalam tubuhku. Pening aku memikirkannya. Bolehkah sesuatu majlis itu ada dua tema yang berbeza sekaligus? Yang Minang sudah pasti ada sesi bertandu. Iaitu pengantin duduk di atas satu kerusi dan ditandu ke pelamin. manakala, jika mengikut arab, dia lebih kepada unsur2 padang pasir dan ada belly dancing mahupun seperti dalam cerita aladin! alamak... boleh ke? cam tak logik je! silap hari bulan tetamu pulak yang pengsan kepeningan! hahaha



pengantin ditandu (diusung)

Dah cukup, stick kepada satu iaitu perkahwinan adat minangkabau. Masih belum femes lagi di Malaysia ini dengan wedding ala-ala minang. Kalau ade pun, ia hanyalah majlis kecil-kecilan. Seperti yang ku katakan sebelum ini, zaman sekarang orang lebih gemarkan majlis yang ala-ala orang putih (fairytales) dan semakin melupakan unsur-unsur tradisional!



THEME : MINANGKABAU


berikut serba sedikit mengenai majlis impianku:-


1) PERHIASAN TEMPAT / PELAMIN


khemah tetamu

hiasan dalam rumah/dewan haruslah semeriah begini


walkaway


pedulikan mereka di pelamin itu

hiasannya serba sedikit seperti pelamin ini

meriah bukan?

bila dah ditandu, pengantin turun sambil diarak menggunakan payung camtu


Penjelasan: Adat minang sudah terkenal dengan pelaminnya yang meriah dengan pelbagai hiasan, dan sekelilingnya juga dihias cantik dengan kain baldu yang berwarna mengikut pilihan si pengantin. Untuk majlisku nanti, aku tidak mahu lari dengan warna kebanggaan orang minang, iaitu merah.. aku mahu selitkan sekali dengan hiasan bunga segar sebagai tambahan agar nampak lagi meletup!


2) MAKE UP ARTIST / ACCESSORIES


sue cantik sedang menatarias Umie Aida
omggg so cantik ok makeup dia
*pengsan*


perhiasan yang akan ku pakai nanti

Penjelasan: Untuk make up nanti, aku mahukan sentuhan dari Sue Cantik yang sudah terkenal di Malaysia ini. Maklumlah, mukaku nanti bakal diconteng, dan akan diselitkan dengan perhiasan minangkabau. Jadi, alang-alang wedding dreams, aku juga mempunyainya make up artist impianku sendiri! Owhhh, alangkah indahnya jika mukaku dimake up oleh Sue Cantik... ^____^

3) PAKAIAN PENGANTIN & LLN



pakaian tradisional bagi pengantin minangkabau memakai sunting ataupun tanduk

ini pula pakaian untuk sesi memotong kek.. tetapi nanti warna takdelah kelabu ye...

hulubalang-hulubalang yang akan mengusung tandu kedua mempelai akan pakai macam ni


PENJELASAN : Untuk baju, sebenarnya aku mahu 2 persalinan.. Satu yang berunsurkan tradisional untuk majlis bersanding dan satu lagi cam Bunga Cinta Lestari pakai dan ini untukmajlis potong kek. Yang tradisional ini pernah terkenal suatu ketika dahulu, tetapi tidak lagi sekarang. Iaitu dibuat dengan kain baldu dan mengikut adat minang mereka juga mempunyai dayang-dayang. Dayang-dayang ini akan pakai baju warna sama dengan pengantin dan juga akan duduk di hadapan pelamin sambil menikmati hidangan yang disajikan tuan rumah. Mengikut adat minang juga, selagi, mereka tidak habis makan, selagi itu, pengantin akan duduk di pelamin meskipun memakai tanduk atau tengkolok atau juga dipanggil sunting yang bakal menyakitkan tengkukku. hahaha. Sakit tetapi unik, itulah keistimewaannya! Takpe sakit sekejap, cam aku cakap tadi, kahwin sekali seumur hidup!



4) CATERING/ MAKAN






dayang-dayang harus memakai baju tema sama dengan pengantin dan duduk di hadapan pengantin sambil makan makanan yang disajikan oleh tuan rumah..(lihat gambar di atas, bagaimana meriahnya rumah dihias, kiri dan kanan serta atas dihias dengan kain)



PENJELASAN: Dalam minang, mereka kaya dengan makanan. jika di malaysia, kita disajikan dengan beberapa jenis lauk sahaja. Tetapi tidak dalam adat minangkabau. Bagi mereka, menyajikan tetamu dengan makanan, adalah satu kepuasan. Tetamu kenyang, mereka pun happy! Untuk majlisku nanti, sudah tentu aku mahu menghidangkan beberapa makanan, seperti ayam penyet, dendeng daging, es teller, gado-gado, kambing gulai, kepala kakap gulai, sambal ijo, sayur pucuk ubi masak lemak dan lain-lain lagi.


5) PENGIRING/ ENTERTAINMENT


dayang-dayang (atau dalam bahasa minang "pagar ayu" "pagar bagus") akan mengiringi pengantin ke dalam dewan atau rumah


alunan cak lempong dan gamelan menyemarakkan lagi kemeriahan majlis



diserikan lagi dengan tari-menari tradisional


PENJELASAN: Aku mahu campurkan semua sekali dalam satu acara. ya! Majlis di dewan mengambil masa yang lama bukan? Sudah tentu tetamu berasa panas punggung akibat terlalu lama duduk di kerusi. Oleh sebab itu, aku mahu mereka terhibur, sekurang-kurangnya tidak berasa bosan di majlisku nanti. Untuk majlisku, aku mahu selitkan persembahan cak lempong dan tarian tradisional seperti tarian piring, tarian gelombang, tarian payung dan lain-lain yang berkaitan dengan adat minang. Seperti contoh, untuk menyambut kedua mempelai, tarian gelombang dan piring akan disajikan sebelum pengantin duduk di atas pelamin... dan satu lagi tarian sebagai penghibur, iaitu tari payung yang orang minang percaya tarian ini menggambarkan kehidupan pengantin baru.


6) DOORGIFT



doorgift untuk budak-budak... bunga kotak ni adalah bermotifkan songket


doorgift untuk orang dewasa
PENJELASAN: Untuk tetamu, aku akan kasi doorgift yang berunsurkan songket. Tak kiralah, kasi apa pun, asalkan ia dihasilkan dengan kain songket.

7) KEK

kek berbentuk Rumah Gadang

Kek: Dalam perkahwinan minang takde sesi pemotongan kek. Tapi oleh kerana dalam adat melayu tak potong kek, tak sah majlis tu.. Jadi aku pun, nak mengadakan sesi potong kek.. Yela, nanti apa pula kata orang... Tak berseri gituwww! Jadi untuk hiasan kek, aku takmau lari dari unsur-unsur minangkabau.. Kalau Dr.SMS nye kek berbentuk kapal ISS, aku pulak berbentuk Rumah Gadang... *sekaligus buat tribute Rumah Gadang yang telah musnah akibat gempa bumi dulu* ... Tapi kalo boleh kek ni dibuat dari pulut kuning... *hishhh banyak betul karenah kan??*


Inilah pepatah orang dulu-dulu, "biar mati anak, jangan mati adat"... Itulah perkahwinan impianku yang mempunyai unsur-unsur tradisional yang semakin dilupakan oleh masyarakat di malaysia ini.... Harapanku cuma satu, jika aku berjaya dalam contest WHAT IS GETTIN' HOTTER ini, aku mahu memperkenalkan lagi tema ini kepada semua penduduk di Malaysia ini biar setanding dengan keGLAMOURAN nama CST PRODUCTION dan juga LYNDA RAHIM KUALA LUMPUR .... Insyallah!


Di sini juga aku mahu mengajak kalian turut serta dalam contest ini! Cepat! tarikh tutup semakin hampir... Rugi tak join weh! hadiah bukan calang-calang hadiah.. sangat menarik!!! Click sahaja CST PRODUCTION dan LYNDA RAHIM KUALA LUMPUR kat facebook!!! Sertailah sekarang! saya dah join, anda bagaimana pula? Mari-mari-mari!!!! Mari apa? MARI VOTE AKU!!!

kalau nak perkahwinan ini direalisasikan nanti, jangan lupa vote aku kat :


aku amat memerlukan undi kalian, kerana contest ini memerlukan 70% vote dari kawan-kawan dan 30% vote dari juri.. haaaa, ape lagi, janganlah baca je, meh vote..

TERIMA KASIH SEMUA!!! maaflah kalo penulisan aku merapu-rapu, tapi aku hanya mahu berkongsi kegembiraan dalam menceritakan tentang perkahwinan impianku ini. hehehe. Kepada semua peserta, GOOD LUCK!!! ^___^

inginkan bibir cantik dan sexy di musim perayaan ini? serlahkan keseksian bibirmu dengan lip ice mentholatum. terdapat dalam pelbagai jenis, antaranya : lipice fruity, lipice lip pot, lipice sheer colour,lipice colour gloss, lipice colour lipbalm. but, for me. i prefer lipice fruity which i like perisa fruity2 yang rasa cam nak gigit dan kunyah je bibir ni.

bagi si kaki-kaki facebook, anda tak mahu ke menang duit sempena raya ni? ayuh! dengan menyertai peraduan yang dianjurkan oleh lipice ini, anda boleh memenangi hadiah minggu berupa wang tunai. haaa senang je.. just main game dalam website de http://www.lipice.com.my/fbapps/?s=contest ...

I sendiri dah addicted ngan game dia.. sampai tak tidur malam berusaha nak menang peraduan ni. hahaha. okay, u all try la eh.. selamat mencuba!

p/s: kat laman ni juga dia ade bagi tips-tips tentang lips care. WOWWW!!! menarik.
American Airliner Plane