Latest Posts

Showing posts with label CERITA MALAYSIA AIRLINES. Show all posts
Showing posts with label CERITA MALAYSIA AIRLINES. Show all posts
Baru ... sesuatu yang baru . Masih panas dari flight hangar!

Tempat duduk A330 BUSINESS MALAYSIA AIRLINES kini berwajah baru.

Excited?? Of course I am. Sesuatu yang baru. I keep waiting for this long time ago. Yang lama ni pun dah selesa apatah lagi yang baru. Kan?

Benda ni dah diumumkan sejak November tahun lepas tetapi baru kini dilancarkan. Tapi tak semua flight A330 tau. One by one. Diorang jangka by September tahun ni barulah kesemua 15 kapal terbang A330 Malaysia Airlines berwajah baru di kelas perniagaan (business class seat).

Bukan itu je, sekarang A330 Malaysia Airlines ada premium economy seat. Tempat duduknya, aku rasa lebih kurang sama saiz macam tempat duduk ekonomi biasa. Cuma ada ruang khas dan lebih privasi. Yang ni aku review laterlah. Kita fokus dengan tempat duduk business class dulu.. Heee :)

Me at A330 Business Class Launch

Kalau korang nak tau rupa business class seat A330 yang lama, boleh baca kat entry yang dulu ni :


Majlis pelancaran ni berlangsung dengan penuh gilang gemilang pada hari Selasa yang lepas. Meletop habis!! Semua excited nak tahu apa yang best kat seat Business Class yang baru ni termasuklah aku. Teruja!! Heee ...

Emcee, Deborah Henry

And first flight adalah ke Sydney pada 23 Mac lepas. Ada sesiapa yang dah merasa tempat duduk Business Class yang baru ni? Kot-kot ada yang menjadi passenger pertama yang terbang ke Sydney. If yes, I just wanna say ... U ARE SO LUCKY! *mood jealous*

 Syafinaz menyanyikan lagu Opera .. sempena first flight ke Sydney

Tapi aku excitedlah nak cuba seat yang terbaru ni. Mahu taknya. Dengan lebar 20 inci dan katil empuk sepanjang 76 inci siap dengan sistem hiburan touch screen selebar 16 inci .. Fuh, hebat!! Sesungguhnya tempat duduk yang baru ni lebih flexible dan privasi berbanding yang lepas.

Cumanya dulu tempat duduk business di A330 Malaysia Airlines lagi banyak berbanding sekarang. Yang terbaru ni susunan tempat duduknya 1-2-1 dan 1-2-2 berbanding yang dulu 2-2-2.


Business Class Seat A330 Malaysia Airlines

 
Wah selesanya .. 

Alhamdulillah. Lega bila ada sesuatu yang baru di Malaysia Airlines. Biasanya yang baru inilah yang akan memberikan semangat kepada kaki jalan untuk terus terus mengembara di bumi ini. Lebih-lebih lagi bila naik Malaysia Airlines, aku selalu rasa seperti di rumah sendiri.

Rasa penat tu hilang bila cabin crew layan dengan penuh berhemah seperti kawan sendiri. So, jom terbang bersama Malaysia Airlines. :)


TERUJA ATAU TIDAK ??? Tempahlah tiket korang sekarang.. 


P/s : Harap-harap next month dapatlah merasa Business Class yang baru ni. Hiks!
Please H, pleaseeee.. bawalah isterimu ni pergi bercuti 😝
Tetiba aku nak update pengalaman aku naik Malaysia Airlines. As you all know, laki aku kerja dengan company ni as a pilot. So banyak kali jugalah aku naik tapi tak pernah rasa nak up entry pasal kapal ni. Hahaha.

MALAYSIA AIRLINES

Kali pertama naik Malaysia Airlines masa kecil-kecil which is aku dah lupa pergi mana. Maklumlah belum akil baligh lagi masa tu. Huahuahua. Tapi compare dulu dan sekarang, best lagi dulu. Meriah! Kapal pun ada pelbagai jenis dan favourite aku masa tu adalah Boeing 747 yang besar gedabak tu.

MALAYSIA AIRLINES
Malaysia Airlines Economy Class
MALAYSIA AIRLINES

Actually masa aku update ni, aku tengah cuak juga. Lagi beberapa hari dapat tahu siapa kena buang, siapa kekal dalam company ni. Nervous weh dengan nasib kami. Pergi hari Jumaat, balik hari Ahad. Nak pula waktu tu staff MAS tengah susah hati tunggu nasib. Aku tahu. Tengok riak muka diorang pun, aku dapat rasakan sekali debaran tu. U can lie to everyone but not me. I feel you. Insyallah semuanya ok and be strong. 

MALAYSIA AIRLINES

Setiap kali naik MAS, mesti aku rasa bangga. Bangga bukan sebab dapat naik Malaysia Airlines tu, tapi bangga kerana melihat logo MAS. Logo yang membawa Malaysia ke luar negara. Dengan logo itu juga, orang mengenali Malaysia. National carrierlah katakan. Hiks!

MALAYSIA AIRLINES

Detik, demi detik .. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum MAS new co amek alih. Honestly, aku sedih. Sedih sebab lepas ni panggilannya bukan lagi MAS. Mungkin logo bertukar, mungkin segalanya bertukar. Hilang kenangan dengan arwah abah. Huuuu... T_T

Malaysia Airlines System (MAS), I'm gonna miss you. Lepas ni tukar nama jadi Malaysia Airlines Berhad (MAB).


Video khas perjalanan bersama Malaysia Airlines

American Airliner Plane