FESTIVAL MOON CAKE SARAWAK | Meremang bulu roma tatkala menjejakkan kaki ke Carpenter Street, Kuching baru-baru ini. Bukannya sebab ianya berhantu (takde hantu pun), tetapi disebabkan semangat warga Kuching dalam menyambut Festival Moon Cake baru-baru ini.
Festival yang dinamakan sebagai KUCHING INTER-CULTURAL MOON CAKE FESTIVAL ini diadakan selama 4 hari bermula 4 September sehingga 8 September. Meriah gila!! Kembang kempis, kembang kempis hidung bila melangkah kat sini. Haha.
Dah nama Inter-cultural, yang join pun pelbagai bangsa. Ada Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi. Semangat 1 Malaysia sangat! First time aku join festival mooncake ni. Selama ni tengok kat Mall je orang jual jual Moon cake.
Jalan Carpenter, Kuching
Malam Terakhir Pun Masih Dihujani Dengan Pengunjung
Jalan Carpenter Kuching ini terletak di belakang Main Bazaar dan antara lokasi terkenal di Kuching. Kira kalau ke Kuching, tak sahla kalau tak pergi sini. Kebanyakan bangunan di sini adalah bangunan lama yang diwarisi turun temurun.
Sebut pasal Mooncake pula, ramai yang dah tahu. Apa tu Moon Cake? Moon Cake adalah sejenis kuih yang dimakan dan disambut pada pertengahan Autumn atau Mid-Autumn. To be honest, aku sendiri tak pernah makan Moon cake ini.
Kuching Inter-Cultural Moon Cake Festival
Kuching Inter-Cultural Moon Cake Festival ini dianjurkan oleh Persatuan Masyarakat Pasar Lama Kuching dan sememangnya WOW!!! Bukan senang nak mengumpulkan pelbagai kaum dalam satu tempat. Mereka ni buat persembahan di lain-lain lokasi di sepanjang jalan.
Antara Persembahan-Persembahan Yang Ada
Chinese Live Band
Melayu Band
Persembahan Kung Fu
English Live Band
Persembahan Tarian Tradisional
Persembahan Nyanyian Lagu Tradisional Cina
Wannabe Buskers (comel je adik ni)
Selain tu, ada juga gerai-gerai jualan seperti :
Moon Cake
Henna
Toys
Motor
Makanan
For Non Muslim, Banyaklah Pub Yang Dibuka
Kedai Makan
Ice-Cream
Accessories
Tapi tak hairan pun, sebab kalau sebut je PERPADUAN, aku rasa Sabah & Sarawak menang kot. Kat negeri Sarawak ni sahaja ada pelbagai etnik dan mereka berjaya bersatu walaupun adat dan budaya berlainan. Pergi je Pasar Satok, tengoklah betapa harmoninya diorang ni.
Kat Carpenter Street ini juga terkenal dengan kedai kopi. Haa, ini korang wajib try!! Bagi backpackers, kat sini ada hostel untuk korang. Highly recommended dari kaki jalan.
Backpackers Hostel
Thank you SARAWAK TOURISM BOARD .. (^_^)