Latest Posts

Showing posts with label BRIGHTON. Show all posts
Showing posts with label BRIGHTON. Show all posts
SUMMER HOLIDAY IN BRIGHTON ENGLAND | Today, i nak bercerita pasal Brighton Beach. apa tu? tetiba Brighton. mana paris? mana Amsterdam? mana Brussel? well, nanti-nantilah. idea dan mood tak muncul lagi. tetiba hari ni, i teringat pantai... scroll my blog, owh tak cerita lagi. 

Pantai boleh tahan famousnya kat England ni. Salah satu sebab, ia paling dekat dengan London. Kalau naik bus, adalah dalam 2-3 jam


For me, kalau ke London just for shopping. Anda adalah manusia paling rugi. sebab masa anda dihabiskan pada shopping je. anda tak explore the whole London. percutian anda hanya cover city sahaja. oh man!! kat KL pun boleh shopping LV, Gucci, Chanel, Topshop, blablabla.. (unless shopping brand yang takde kat KL tu kira okaylah) .. kalau murah, ala VAT berapalah sangat! tiket anda ke London jauh lebih mahal tau.. :p

Jadi, kalau ke London, silalah cover tempat-tempat tumpuan pelancong. Such as, Brighton, Harry Potter Studio Watford, Stonehedge, Hampton Court Palace, Kew Garden, Windsor Castle dan banyak lagi. bukan bertumpu pada typical London - oxford st, buckingham palace, harrods blablabla... yang mana sangat MEMBOSANKAN... zzzZZZzzz...



Walaupun, Brighton bukan antara 10 pantai tercantik kat England, tapi Brighton antara yang famous. tanya student malaysia, kau nak pergi beach mana.. mesti 60% dari mereka akan jawab "Brighton".. sebab tu je yang paling dekat dan senang nak pergi. save cost katanya!


Tapi Brighton meriah sebab kat Brighton Pier ada taman tema atas air. kira kalau jatuh roller coaster tu, jatuhla anda dalam air. ha gitu! very meriah especially on weekdays. alhamdulillah masa kami pergi tu, forecast cakap hujan. tapi bila kami sampai.. cuaca panas. so, jangan caya sangat kat forecast london. even, sehari before pergi tu, cuaca turun ke 8 celcius. kahkah.

Okaylah. malas nak bercerita panjang lebar sebab gambar pun terlalu banyak. i repeat, TERLALU BANYAK. eh? hahaha. dah.. jom kita tengok gambar. 

Brighton
East Sussex, England

inilah bas yang I dan Naina naik

HARGA TIKET BAS DARI LONDON TO BRIGHTON
 £10 (RETURN)

p/s: kena sentiasa update dengan bus/train kat europe ni .. 
sebab cara beli tiket sama macam airasia
beli last minit memang mahal.
tulips...
air atas air.. 
clock tower @ brighton city
@ Brighton City
nice to see but NEVER EVER try to jump/swim
mereka? JAKUN dengan matahari
6 months tak hadap cahaya matahari.. beginilah rupanya :p
antara konsert @ Brighton Festival
pantai untuk anjing, diasingkan...

Selain dari pantai, dan theme park kat Brighton Pier, anda juga boleh jalan-jalan sekitar bandar Brighton! Brighton juga terkenal dengan art.. owh ya, ada rumah warna warni ala-ala aussie.. tapi kami tak sempat pergi. sebab masa terlalu suntuk.. sob.sob. next time. ngeeee.

dan secara kebetulan, masa kami pergi tu, Brighton sedang rancak dengan Brighton Summer Festival.. meriah you all!!! so, apa lagi... sila ke sini jika datang London.

Happy Friday and Happy Weekend

American Airliner Plane