Latest Posts

Showing posts with label BLOG PERCUTIAN. Show all posts
Showing posts with label BLOG PERCUTIAN. Show all posts
Gittewwww!! Tajuk tak tahan. Haha. Ramai yang tanya, apesal blog aku senyap je beberapa minggu ni? Dah tak travel ke? Takdela. Ogos lepas, aku terlampau sibuk. Sampaikan nak buka laptop pun macam kena curi-curi masa. Most of the time kat luar. T_T

Jarang-jarang sekali berada kat rumah. Hari ni kat Johor, besok dah masuk Singapore, balik dari Singapore besoknya ke Jakarta dan blablabla. Huh! Itulah rutin bila orang London balik Malaysia. I have to entertain them as much as I can. Diorang memang jarang balik, sekali balik mesti buat #holidaymarathon. Now diorang dah balik ke sana balik and I'm back to normal routine. Yeah!

OOTD kat Dubai ... Hahaha.

Kalau korang follow Instagram aku (@izzatihazrul) atau FB, dapatlah tengok apa aku update hari-hari. Memang agak sibuk but seriously bila jauh dari komputer ni, dapatlah enjoy sikit. Kalau tak, tangan mesti rasa nak update blog. Kihkih. =P

1) Avillion Port Dickson

First sekali kami pergi Avillion Port Dickson. Ni kira belanja diorang stay sana for one night. After survey this place last year, rasa macam best pula bawa bebudak datang sini. Lebih-lebih lagi swimming pool dia buka 24 jam. Seronoklah bebudak ni. Pepagi pula ada sesi bagi makan binatang. Memang perfect for family holiday lah.


2) City Park Seremban 2

Ini berhampiran dengan rumah. Tak sahlah kalau tak datang sini. Petang-petang beli makanan ikan, bagi makan kat ikan and kura-kura. Best place untuk beriadah bersama keluarga petang-petang.

3) D'Tempat Country Club

Club house paling cool kat Seremban jatuh kepada D'Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan. Jeles aku kat penduduk BSS ni. Mau taknya, kat sini ada macam-macam. Ada swimming pool bersaiz olimpik, pusat bowling, restoran jepun, restoran western, gym, dewan, jacuzzi, reading room, spa dan lain-lain lagi. Nak masuk sini bukan sebarangan orang boleh. Harus ditemani oleh penduduk yang menetap di Bandar Sri Sendayan ni tau!


4) Singapore

Then, road trip ke Singapore. Ni semua last minute. Takde plan awal-awal. Besok nak pergi, hari ni baru plan. Selalu macam tu. Baik yang ni, Jakarta and Krabi pun sama. Biasa plan-plan lah tak jadi. Oh ya, kami pergi wrong timing. Sehari sebelum Singapore menyambut kemerdekaan. Menangis gaklah nak bayar hotel. Semua jadi mahal. Dari ratus-ratus boleh cecah ribuan. Nasiblah Malaysia kalau nak merdeka takde naik harga sampai macam ni kan? Sedih.

5) Legoland, Hello Kitty & JPO

Dari Singapore turun balik ke Johor. Kali ni mummy and Arin join sekali. So banyak tempat kitorang pergi. Legoland, Hello Kitty, JPO dan lain-lain lagi. Time very limited. Tak sempat singgah kampung kat Muar. Sebab besoknya tu lepas mandi manda kat Legoland, kena rushing balik ke Seremban and get ready for morning flight. Penat wei.. Sumpah!!


6) Jakarta, Indonesia

Untungnyalah jadi bebudak. Bebudak nak pergi Kidzania, maka bapaknya pun turutkan juga. Macam kat Malaysia takde Kidzania pulakkan? Memanglah ada. Tapi kat Jakarta punya, diorang cakap lagi best compare dengan Malaysia. While the kids and their father enjoy kat dalam Kidzania, yang wanita pula ke tempat shopping. Hahaha.


7) Krabi, Thailand

Ikut hati aku malas nak pergi Krabi. Mana follow blog aku pun mesti rasa dah menyampah. Asyik-asyik Krabi. Tapi itulah tempat yang sesuai untuk family vacation. Kalau Phuket tu macam terlebih ke club and etc. Kalau Krabi banyak tempat relax and leisure. Semuanya terpulang pada citarasa.

Yang ni pun last minute plan juga macam Jakarta and Singapore. Tapi nasiblah tak semahal Singapore meskipun duit kita drop. (wei, terasa okay! sobsobsob). Berada kat Krabi selama 5 hari 4 malam, balik terus jadi hitam.. *Nangis*


8) Jumpstreet KL

Yang ni tak payah komenlah. Siapa dah ke sini? Kalau nak tahu lebih, rujuklah entri lama. Hehe.


9) A'Famosa Melaka

Beberapa hari sebelum diorang balik tu, sempatlah kitorang ke A'Famosa Resort Melaka. Yang ni bawa bebudak semua. Yang peliknya, dah tak ramai orang. Sunyi dan sepi. Pelikkan? Tapi bila aku up status, rupa-rupanya orang tak dapat gaji lagi. Plus, kan raya hari tu orang dapat gaji awal.

Tapi still pelik, boleh kira berapa ramai kat A'Famosa tu. Baik kat Safari mahupun kat Waterpark. Benda sama terjadi kat Legoland Themepark juga. Tak ramai orang!! tapi kalau Legoland Waterpark tu ramai sikit. Hurm..


10) Dubai, UAE

Sebenarnya terkilan juga sebab kurang 3 hari spend time dengan bebudak ni dan tak sempat nak hantar diorang ke airport. So last week, aku join trip Dubai Tourism and Emirates ke Dubai. Trip yang sangat menyeronokkan tapi letih gila wei. Hahaha.

Ini bukan kali pertama ke Dubai tapi yang ni memang syok habis. Sempatlah merasa melancong ala-ala orang kaya. Kahkahkah. Dapat merasa kelas pertama dan business Emirates, pergi tempat-tempat tarikan kat Dubai dan banyak lagilah. Kalau ikutkan, semuanya aku tak mampu. Mahal-mahal belaka tapi menyeronokkan. Alhamdulillah. terima kasih Dubai Tourism dan Emirates Airlines.


____________________________________________________

Okay, back to normal routine. Eh, hai pembaca blog Kisah Tatie!! :)

American Airliner Plane