Latest Posts

Showing posts with label BERCUTI DI JAKARTA. Show all posts
Showing posts with label BERCUTI DI JAKARTA. Show all posts
Hai .. Assalamualaikum semua.

Puaslah fikir nak update apa lagi ye pasal Jakarta. Memandangkan dulu dah banyak kali cerita pasal ibukota Indonesia yang terkenal dengan 'macet' ni. Tapi macet-macet tu la yang aku suka. Nampak meriah sikit berbanding pergi kawasan yang sunyi sepi dan ngeri. Muahaha.

Holla Jakarta

Baru aku teringat, aku belum lagi cerita pasal Somerset Berlian Jakarta. Somerset Berlian Jakarta ni ada dua, satu untuk resident satu lagi hotel. Tapi masa aku pergi hari tu, ramai gila orang arab yang stay sini. Maybe sebab dekat dengan shopping mall macam Senayan and etc tu kot.

 
Somerset Berlian Jakarta

Kitorang stay 3 hari 2 malam dan ambil 2 apartment jenis 3 bedroom deluxe. Walaupun lokasinya berdekatan dengan Senayan City Mall dan bertaraf 5 bintang, tapi harganya tak mahal mana pun. Untuk 3 bedroom deluxe around RM450 termasuk tax. Murahkan?


Kat pintu masuk ada kolam ikan dan kolam kura-kura

Kalau korang pergi bercuti dengan keluarga, aku suggest stay sini. Selesa, dekat dengan tempat shopping dan tenang je. Lebih spesifik lagi, hotel ni terletak kat kawasan elite Permata Hijau. Buka tingkap je, nampak rumah-rumah bungalow besar. *telan airliur jela tengok rumah kat sini*


Front Desk

Waiting Area

Internet Corner
Restoran
Swimming Pool
Kids Area
Lift

Dua-dua apartment lebih kurang sama. Cuma tingkat je berbeza, tingkat 2 dan tingkat 11. Tingkat 2, kakak dan family dia. Tingkat 11, mummy, Alia  and me. Kalau nak view cantik, baiklah tingkat ataskan?? Ngeeee...

JENIS : 3 BEDROOM DELUXE

Luas dan selesa
Ruang Tamu
Master Bedroom
Bilik Kedua
Bilik Ketiga
Toilet Share Untuk Bilik Kedua dan Ketiga
Bilik Menggosok
Free
 
Dapur
Tempat Basuh Baju
Tandas Cangkung Pun Ada.. Hahahaha. Legend!
Mummy Gembira, Anak-anaknya pun gembira.. Hehehe

Best tak?? Bestkan?? Lengkap!! FREE Wifi?? Haruslah ada. Cuma agak lembab sikit. Hahaha. But its okay. Bukan selalu kat bilik pun. Most of the time kat luar. Ngeee.

Secara keseluruhannya, puas hati dengan hotel ni. Layanan staff dia, kemudahan dia, lokasi dia ... Cuma, cuma, cuma ...... breakfast dia je, tak banyak pilihan. Semuanya okay!

Pemandangan Swimming Pool Dari Atas
Pemandangan Luar .. Rumah-rumah Kat Sini Besar Gila!! 

Masa kat sini, sempatlah saudara dari Padang datang and join us for lunch. Lama tak balik kampung Bukit Tinggi, Insyallah tahun depan. Hehehe.


_______________________________________

** Gambar menggunakan Go Pro Hero4, Iphone 5 dan Lumix GF7.

Hola ... Assalamualaikum..

Semua sihat? Ada yang plan nak ke Jakarta? Haa, yang mana plan tu mesti tengah cari supir (driver) kan? Nak jalan kat Jakarta ni senang bila ada supir. Kalau naik teksi pun senang. Cuma kalau teksi stuck time macet tu, meter dia masih berjalan. Agak sakitlah nak bayar. Hahaha.

Tapi kalau ada supir, semuanya jadi senang. Kau suruh je diorang bawa pergi mana. Tol, minyak dan perkhidmatan semua dah termasuk dalam bayaran. Dari pagi sampai tengah malam .. 24 jamlah ...!! Tak payah pening-pening. Dari sini ke sana, sana ke situ .. Memana jelah.. Semua diorang boleh bawakkan. 

Kalau setakat pergi Jakarta, just nak pergi 2-3 tempat naik teksi je. Kalau stay kawasan yang ada tuk-tuk, naik tuk-tuk je. Tapi tak semua kawasan ada tuk-tuk. Tak semua kawasan senang dapat teksi. Itu masalahnya. Haaa!


Eh, banyak cakap pulakkan? Hahaha. Aku rasa aku belum up lagi entri pasal supir. (kalau ada pun, aku dah lupa .. hahaha). Dalam banyak-banyak supir, ada a few yang jadi favourite. Salah satu Pak Taufiq. Aku tahu ramai yang dah guna khidmat Pak Taufiq. 

Kengkawan aku pun ramai dah guna khidmat dia. Kalau korang tanya aku, aku memang suggest Pak Taufiq and etc. Dia tahu mana tempat shopping best, tempat makan best. Tapi kenalah cakap bajet korang. Kang dia bawa tempat mahal, kan dah parah?? Hahaha.

As usual, beberapa hari sebelum pergi aku whatsapp Pak Taufiq. Dengan dia ni, ko whatsapp je. Tak perlu call. Jimat sikit. Haha. 

Rm450 sehari untuk van besar ... 

Apa yang perlu ko tanya??
- harga terkini untuk berapa orang yang datang (jangan lupa minta diskaun)
- kalau nak pergi Bandung, tanya sekali berapa rm
- jangan lupa survey tempat mana ko nak pergi, then tunjuk list tu kat dia
- kalau boleh elakkan pergi tempat shopping banyak sangat. u gonna waste ur time berjam-jam dalam tu. kan? kan?


Perlu ke tak supir kat Jakarta? Jawapan aku perlu jika ko nak pergi banyak tempat. 

Kalau nak pergi shopping, silalah ke ITC, Pasar Pagi Mangga Dua, Mayestik, Thamrin dan Tanah Abang. 

Kalau nak pergi beli barang kahwin, silalah pergi Pasar Tibet Ramayana (kad kahwin & doorgift), Tanahabang, Mayestik, ITC Cempaka Emas & etc.

Kalau nak pergi tempat pelancongan, silalah pergi Ancol, Taman Mini Indonesia, Tugu Monas, & etc ..

Kalau nak pergi makan, silalah ke Nasi Padang Sederhana, Nasi Padang Garuda, Jalan Sabang, Pondok Sedap Malam dan lain-lain.


Kalau datang Jakarta, jangan lupa contact Pak Taufiq .. Tunjuk je entri ni kat dia .. Pastu jangan minta diskaun!! Hehehehehe. Selamat berlibur!

Pak Taufiq 
+62 878 213 57 597

American Airliner Plane