Latest Posts

Showing posts with label BERAKIT SG PAHANG. Show all posts
Showing posts with label BERAKIT SG PAHANG. Show all posts
Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian, 
Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian.

Begitulah semangat peserta-peserta Program Kembara Berakit Sungai Pahang baru-baru ni. Program yang diadakan selama 3 hari 2 malam tu memang sangat mencabar. Terus terang aku katakan, persiapan bukan sahaja dari fizikal, malah dari mental juga harus ada.

Alat Bantuan Monopod 'Tongkat'
Tandas di Esplanade Temerloh
Anak-anak Ikan Untuk Dilepaskan di Sungai Pahang
Bergambar dahulu sebelum start 

Walaupun aku tak dapat join sampai habis, tetapi peluang merentasi Sungai Pahang tu sangat ternilai. Terima kasih Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Pahang dan Tourism Malaysia Pahang kerana sudi jemput aku menyertai program ini.

Berakit sejauh 63 kilometer sepanjang Sungai Pahang. Dari Esplanade Temerloh ke Jeti Chenor Lama Maran memang sungguh mencabar. Tapi adalah hentian-hentiannya. *Gila ke kalau terus menerus berakit 63 km. Boleh pengsan tau? Hahaha.*

Bermula Di Sini

Untuk hari pertama cabaran bermula dari Esplanade Temerloh ke SK Guai Bera. Bermalam di tengah-tengah antara Sungai Pahang dan SK Guai Bera. Rasanya dah lama sangat aku meninggalkan sekolah. Hehehe. After few years inilah kali pertama jejak kaki ke sekolah. Wah, hahaha.

Abang-abang JPA3 dan Bomba Yang Mengiringi Peserta

Suasana Persekitaran di Esplanade Temerloh

Rumah-rumah di tepi Sungai Pahang

Abang Bomba

Abang-abang Jabatan Pertahanan Awam

Tagged
Buntut Pulau, Temerloh

Kenapa nama dia Buntut Pulau? Sebabnya ada sebuah kampung berdekatan yang dinamakan sebagai Kampung Buntut Pulau. Kenapa nama dia pelik sangat? Entah. Aku google pun tak jumpa. Kalau ada reader berasal dari sana, bolehlah berkongsi di ruang komen, kenapa nama kampung ni Buntut Pulau?

Kedudukan Kampung Buntut Pulau

Sebanyak 25 rakit bertanding sempena Cabaran Kembara Berakit Sungai Pahang ini. Setiap pasukan (satu pasukan mewakili satu rakit) harus membayar RM1200 untuk menyertai kembara yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini.

Bayaran RM1200 tu termasuklah makan dan minum, sebuah rakit buluh berukuran 5'x25'. dua bilah pendayung, sebatang galah (buluh), sebilah kemudi, 1 helai baju (setiap peserta), topi, tuala muka, insuran kelompok, bendera keselamatan, karung plastik, tali, makanan ringan dan minuman.

Jom tengok rakit-rakit mereka ... JOM!



dan banyak lagi... 


Penyerahan makanan dilakukan sebegini

For lunch

Untuk hari pertama, macam aku cakap tadi, kami bermalam di tepi SK Guai, Bera. Perjalanan hari pertama ni agak jauh berbanding hari kedua dan ketiga Kembara Berakit.  Memang lama pun. Ada juga rakit yang terkandas atau pecah di tengah jalan. Mujur tiada buaya, kalau tak .... isk isk isk.

Welcome to Bera Pahang
Penari-penari Kebudayaan Pahang
Air Kelapa Disediakan Penduduk Kampung
Cabaran Tangkap Itik Yang Disertai Penduduk Kampung
Tapak perkhemahan
Senja di SK Guai Bera
Ada juga yang berkhemah di tempat lain
Jalan Masuk Ke SK Guai Bera

Sempena Kembara Berakit Sungai Pahang ini juga terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan bagi memeriahkan majlis seperti Pertandingan Melukis Panorama Tebing Sungai, Pertandingan Tangkap Itik, Pertandingan Boling Kelapa, Pertandingan Gusti Lengan, Sepak Raga Ratus dan banyak lagi.

hadiah pun sangat WOW
Fuh, ibarat charge nyawa. hahaha.

Selesai sudah hari kedua. Seterusnya, awal-awal lagi kami dah bersiap untuk mengembara ke destinasi seterusnya. Misi mengembara yang cukup unik. Tiada kereta, tiada kenderaan. Hanya menggunakan rakit sebagai kenderaan dan mendayung rakit menggunakan tulang empat kerat. Very challenging! Tetiba rasa seperti hidup di zaman dahulu.  Macamanalah diorang boleh mendayung jauh-jauh kan? Tabik hormat!

Para Peserta Dah Bersemangat Mulakan Hari Kedua
bot media
Pelepasan Anak Ikan ke Sungai Pahang
Berakit di Pagi Hari
Suasana Sekeliling
Isk budak-budak ni, main kad pulak
Sokongan dari Penduduk Kampung
Pepohon Manggis

Cabaran hari kedua Kembara Berakit Sungai Pahang bermula dari SK Guai, Bera sehinggalah ke Batu Bor, Bera. Cabaran kedua ni tidaklah jauh seperti hari pertama, kerana ia mengambil masa kira-kira 4 jam sahaja untuk sampai ke Batu Bor dari SK Guai berbeza dengan hari pertama lebih kurang 6-7 jam untuk sampai di lokasi.

Suasana di Batu Bor, Bera juga agak happening kerana penduduk-penduduk setempat tidak melepaskan peluang untuk membuka gerai-gerai niaga. Tetapi Kisah Tatie terpaksa mengundurkan diri dari menyertai Kembara Berakit Sungai Pahang ini di hari ketiga atas sebab-sebab tertentu. 

I'm so sorry. 

Semangat Patriotik
Gerai-Gerai Tepi Sungai
Bergaya di Tepi Sungai dengan Khai (blogger Budak Pacak) dan Kak Pil
Melukis Panorama Tebing Sungai
Sejenis Pokok 
Suasana Tapak Camping Di Batu Bor, Bera.

American Airliner Plane