Latest Posts

Showing posts with label BELITUNG. Show all posts
Showing posts with label BELITUNG. Show all posts
PERCUTIAN DI PULAU BELITUNG INDONESIA | Subhanallah .... Indahnya Pulau Belitung!! 

Menjelang hari ketiga barulah aku nampak keindahan sebenar Pulau Belitung yang selama ini menjadi buah mulut mereka yang pernah ke sana. Terlalu indah untuk diungkap dengan kata-kata. Jernih kebiruan air lautnya, pasirnya putih mulus mempersona. Tak perlu ke pulau, di tepi Pantai Tanjung Tinggi pun dah memukau apatah lagi jika pergi ke tengah. Phew, phew!


Pemandangan Salah Satu Pulau Yang Kami Pergi Dari Drone Zarin

Kalau korang beli pakej Pulau Belitung MTN Getaways ni, everything telah disediakan. Cuma bawa duit je kot-kot nak beli ole-ole atau snack tambahan nak kudap-kudap kat sana. Selebihnya dah diaturkan oleh MTN Getaways. Dan hari ketiga ni adalah 'hari pulau'.

Hari tu sepatutnya kami berangkat awal ke Pantai Tanjung Tinggi. Tapi mereka kata ada kematian, Eh ke 'pembersihan pantai' something like that, yang buat kami gerak lambat dari resort. Tapi takpelah at least boleh breakfast kenyang-kenyang kat resort dulu.

Tengok Langit Dah Gelap Nak Hujan

On the way pergi tu, aku dah resah. Mana taknya langit gelap nak hujan. Dalam hati, "Confirm cancel Island Hopping hari ni". Mana taknya pergi bulan November. Sana sini hujan kat Asia Tenggara ni.

Tapi sangkaan aku meleset. Bagai sebuah magik. Kat area pantai dan pulau takde langsung hujan. Malah takde langsung tanda-tanda nak hujan. Helok je awan tu biru. Something yang mustahil. Tapi kata Encik Drebar, bomoh kat area tu power bab tolak hujan. Beberapa hari lepas dia ke sana pun macam tu juga. Keliling hujan lebat, tapi area tu sahaja yang tak hujan. Gila tak? Haha. Dengan dia sekali geleng-geleng kepala tak percaya benda ni berlaku. Haha.

PANTAI TANJONG TINGGI

Lokasi Pantai Tanjong Tinggi, Pulau Belitung ni terletak kira-kira 31 km dari Tanjung Pandan. Tapi memandangkan jalan ke sini melalui kampung-kampung dan juga pekan-pekan kecil, maka terasa lama la sikit. Mata dok pandang kiri kanan entah bila nak sampai .. Hahaha. Oh ya, Pantai Tanjong Tinggi  atau lebih femes dikenali sebagai Pantai Laskar Pelangi ni terletak di Desa Tanjong Tinggi. Korang google lah sendiri kat mana lokasi dia. Hiks.

Pantai Tanjong Tinggi Belitung

Dekat-dekat nak sampai kat Pantai Tanjong Tinggi ni dengan selamba aku minta Encik Drebar perlahankan van untuk ambil video dan gambar. Jakun jap tengok air laut dia. Rasa time tu juga nak melompat dari van tu dan pergi berenang. Punyalah tak sabar! Haha.

Pantai Tanjung Tinggi @ Pantai Tanjong Tinggi Belitung

Kat Pantai Tanjung Tinggi Belitung ni, kami tak mandi pun. Singgah untuk bergambar dan relax. Tapi boleh je kalau korang nak cepur-cepur air bak kata Sis Lin. Haha. Masa diberikan kat sini lamalah juga. Kalau rajin pergilah explore area sini. Kalau malas dan tak tahan panas, duduk saja kat gerai bawah pokok macam si Pejun tu.

Air kat celah-celah batu pun dah cantik. Camano?
 Tengok Langit Kat Sana Tu .. Gelap Nak Hujan!!

Pantai Tanjung Tinggi ni juga femes sebagai lokasi penggambaran Pre-Wedding. So sesiapa berhajat nak 'mendirikan masjid', bolehlah consider tempat ni sebagai tempat Pre-Wedding Photoshoot korang. Masa kitorang kat sana pun ada pengantin ambil gambar kat celah-celah batu granit yang banyak terdampar kat pantai ni. Ahhhh, sweet gittew!! 👫

Boleh Pekena Air Kelapa atau Pop Mie Kat Sini
OOTD lah kejap. Sepanjang Trip Ni Kain Hijau Tu Akan Digunakan Dalam Pelbagai Gaya

PANTAI BATU BANYAK

Next kita ke Pantai Batu Banyak yang terletak di Desa Keciput, Sijuk. Okay yang ni aku konpius sikit. Nama je 'Batu Banyak', tapi takde batu pun. Yang tadi tu lagi banyak batu dari ni. Haha. Ahhhh pening! 

Group Photo Dulu
Eiii Tak Sabar Nak Naik Boat

Maka di sinilah bermulanya island hopping kami untuk hari ketiga di Pulau Belitung. Sebagai seorang yang gila snorkeling, aku memang dah siap-siap dengan set snorkeling yang dibawa dari rumah. Dari set snorkeling, beach shoes (aku recommend korang beli and pakai - the whole day aku pakai) dan juga GoPro. Haa, ni memang wajib di bawa ke pulau.

Masa Untuk Ambil Life Jacket

Berhampiran Pantai Batu Banyak ni juga terdapat beberapa rumah penginapan dan chalet yang murah. Kot-kotlah nak merasa angin pantai, bolehlah duduk sini. Pantai ni juga menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk datang berpicnic di hujung minggu.

1, 2, 3 ... get set GOOOOOOOO!!!

Weeee, excitedddddd!!

PULAU BATU GARUDA

Kalau di Terengganu femes dengan ikon Penyu, di Pulau Belitung pula mereka mempunyai pulau yang mempunyai bentuk seakan-akan kepala burung Garuda. Pulau Batu Garuda yang terletak di Belitung Barat ni adalah batu-batu granit yang tersusun cantik. 

Pulau Batu Garuda

PULAU LENGKUAS (THE LIGHT HOUSE)

Pada mulanya aku ingat pulau ni hanya mempunyai rumah api atau light house semata-mata. Rupa-rupanya lebih dari tu. Light house atau dalam bahasa Indonesia, MERCUSUAR ini dibina oleh penjajah Belanda pada tahun 1882 dan masih digunakan sehingga kini.

Lokasi Pulau Lengkuas ni terletak di utara Pantai Tanjung Kelayang iaitu di daerah Sijuk. Kata Pak Dadi, kat sekitar pulau ni la best untuk snorkeling. Untuk explore pulau ni, korang kenalah guna kasut yang bagus. Sebab tu aku sarankan pakai beach shoes. Sebabnya, kat sini sama je dengan Pantai Tanjong Tinggi, mempunyai batu-batu besar granit. So, bermulalah sesi lompat melompat. 

Bergambar satu kat sini bukti dah pernah sampai
Janganlah berkaki ayam.. sebab salah seorang geng dah luka di kaki

Pulau Lengkuas ni dahulunya adalah tempat persinggahan pedagang-pedagang laut seperti di Selat Melaka dan the best view nak tengok pulau ni adalah dari tingkat atas lighthouse. Tetapi kini lighthouse ini ditutup dan tak boleh masuk selepas konflik yang berlaku kat sana.

PULAU GEDE KEPAYANG

Tak lengkaplah island hopping tanpa makan tengahari. Maka, singgahlah kami ke Pulau Gede Kepayang untuk makan tengahari. Disini letaknya sebuah restoran yang menyajikan hidangan favourite aku seperti ketam sambal, sotong celup tepung dan lain-lain lagi. Kalau nak order minuman kat sini mahal. Make sure korang check duit korang dan tengok menu betul-betul masa buat payment just in case kalau nak order minuman lain selain teh o suam yang MTN Getaways sediakan.

 Pulau Gede Kepayang (by Zarin's drone)
Makan Tengahari
 I'm having fun in here
Pemandangan dari restoran

Tibalah masa untuk SNORKELINGGGGGGGG

Carilah aku kalau jumpa .. Haha.
Sampai kebelakang tudung snorkeling kat sini .. Haha

Aku adalah orang kedua yang terjun ke laut kat boat kami. Begitu bersemangatnya aku nak teroka apa yang ada kat laut Belitung ni. 

Banyak benda yang menarik kat laut Belitung ni. Air laut yang clear, ikannya pula pelbagai jenis dan paling best, batu karang dia masih cantik lagi. Jangan lupa bawa Go-Pro tau! Paling penting, jangan dok bertenggek kat tangga macam Sis Lin tu. RUGI!! Ehhh. Haha.


 PULAU KELAYANG

Antara semua pulau yang kami pergi, aku paling suka yang Pulau Kelayang. Sebab dia ada GUA. Benda ni secara tidak sengaja bila kitorang tetiba terjoin group dari boat lain meneroka gua ni. Selamba je kan? Haha.


Kelayang adalah sejenis burung yang hidup di Pulau Belitung. Kat sini ada juga pusat penternakan penyu. Tapi paling menarik gua tu la. Itupun ramai dari kami yang join trip ni tak sampai ke sana. Make sure kalau korang pergi sini, jangan lepaskan peluang untuk ke gua ni tau. Kalau tak rugi!!


Gua Kelayang ni adalah kolam air masin (air laut) yang tersembunyi di sebalik celah-celah batu yang terdapat di Pulau Kelayang ni. Lokasi gua ni tak jauh dari bibir pantai. Tetapi perlu berjalan kaki kira-kira 5 minit dan melalui jalan-jalan yang licin dan penuh cabaran. Nampak je senang, tapi hakikatnya kaki diorang ni digigit ikan. Nasiblah aku pakai beach shoes. Haha.


Bukan itu je, kat gua ni juga korang boleh tengok bekas-bekas sarang kelawar yang dah lama ditinggalkan. Suatu ketika dulu, gua kelayang ini menjadi tempat tinggal kelawar. Tetapi sekarang seekor pun aku tak nampak. 

Boleh juga makan pisang goreng kat sini
Pandang boleh, sentuh jangan

 Ku sangkakan dapatlah menatap matahari terbenam di Pulau Belitung ni. Malang sekali sepanjang 3 hari di sini, takde satu sunset pun yang dapat aku tengok. Hanya dapat lihat sipi-sipi je masa on the way balik ke Tanjung Pandan. Sedihnya. Sobss!

Next kami ke Oleh-Oleh Belitung Kelapa. Kedai yang menjual pelbagai jenis souvenir dari kerupuk-kerupuk, kopi-kopi femes Belitung, perhiasan rumah, t-shirt, batik Belitung sampailah ke beg mengkuang yang tengah 'HOT" tu.

Jangan lupa beli kopi Belitung


Rambang Mata Pilih Souvenir
Batik Belitung & Batik Jawa

 Wei, gila kejap aku kat kedai souvenir Belitung ni. Masakan tidak, everything is cheap and nice. Rasa nak beli semua. Tapi fikir next destination aku ke Bali, maka aku simpan dulu hasrat. Kot-kot nanti datang Belitung balik, barulah aku beli. Ada yang tanya ada Batik lepas ke tak .. Jawapannya idok!! Batik-batik yang ada seperti kat gambar atas ni. 

Sebelum pulang ke Green Tropical Village Belitung, kami dibawa ke Restoran Dynasti Soeng untuk makan malam. Haa, ini pun best sebab ada ketam. Ngeh, ngeh, ngeh!! Hantu ketam betul kau ni Tatie. Haha.

 Restoran Dynasti Soeng HALAL ya uols

Penat ke tak penat seharian memanjat, melompat, snorkeling dan membeli belah ... sampai hotel minta Sis Lin urut. Tak sangka aku blogger sorang ni hebat mengurut! Aku nak iklankan pakej mengurut dia, dia memalu kucing pulak. Haha. Thank you Sis Lin sebab tolong betulkan urat-urat yang dah terbelit ni. Haha.

~ Bersambung ..

Percutian ke Pulau Belitung
Pengalaman Bercuti di Pulau Belitung
Apa Yang Best Di Pulau Belitung
Blog Percutian di Pulau Belitung
Lokasi Pulau Belitung



PERCUTIAN DI PULAU BELITUNG INDONESIA | Bermulalah perjalanan aku ke Pulau Belitung Indonesia bersama MTN Getaways selaku penaja trip 4 hari 3 malam ini. "Ishhh, tak sabarnya nak sampai Belitung,"- bebel aku pada H sepanjang perjalanan ke KLIA.

Aku pilih untuk naik kapal terbang dari KLIA ke Changi Airport. Sekurang-kurangnya aku boleh sarapan pagi terlebih dahulu sebelum bertolak ke Kota Singa. Lagipun, kami kena berkumpul di Terminal 3, Changi Airport pada jam 3 petang. Dan kalau naik kapal terbang dari KLIA, perjalanan ambil masa lebih kurang 50 minit je untuk sampai ke Changi Airport berbanding naik bas. 

 Boarding Time
Nak Pindah Terus Ke Tu?

Kalau korang naik Airasia atau MAS, diorang akan mendarat di Terminal lain. Kenalah menapak sikit untuk sampai ke Terminal 3 Changi Airport. Aku bernasib baik MAS mendarat di Terminal 2 Changi Airport. Jadi takdelah jauh mana nak jalan kaki tu. Manakala Airasia pula tak silap aku mendarat di Terminal 4 Changi Airport. 

Kumpulan Aku 

Seramai 30 orang yang join trip kali ni. Bertambahlah kenalan baru. Nasib semua sporting-sporting. Takdelah aku rasa kekok and awkward sangat. Hehehe. 

From terminal - bus - aeroplane

Pesawat  Garuda Indonesia ni terbang dari Singapore ke Tanjung Pandan 4 kali seminggu iaitu hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad pada jam 5.30 petang (hari biasa) dan 5.50 petang (hari Ahad). 


Tak banyak aktiviti pun sepanjang hari pertama ni memandangkan kami sampai time senja. Tup tap, tup tap, hari pun dah gelap masa turun kapal. Sesiapa yang tak pernah sampai Indonesia, kat sini gelap cepat tau. Jangan terkejut kalau tengok jam 7.30 petang tu dah gelap gelita. Haha.

Keluar-keluar je pintu airport, dah ada 4 orang menunggu sambil pegang nama ketua kumpulan. Ikut sahaja nama ketua kumpulan masing-masing. Luggage pula mereka ambil dan terus hantar ke hotel. Tak payah pening-pening dan heret luggage ke hulu ke hilir. Lagi-lagi luggage hijau yang paling besar tu. Luggage sape eh? Ops!

Tour Guide Kami Yang Paling Kanan Tu

Tempat pertama yang kami pergi adalah Resto Wan Bie Pulau Belitung untuk makan malam. Restoran ni HALAL dari Majelis Ulama Indonesia. Satu je aku pesan kat korang, kalau korang datang Indonesia, jangan ingat semua restoran HALAL walaupun diorang kata halal. Kalau korang tanya halal ke tak, of course diorang kata HALAL. Tapi ada juga yang tidak jujur. Jadi, nak selamat, pastikan restoran itu ada sijil halal dari Majelis Ulama Indonesia. Please, jangan pandang enteng soal halal dan haram kerana ia jadi darah daging kita.


Kalau korang nak try makanan-makanan ruji masyarakat di Pulau Belitung ni, di Resto Wan Bie lah tempatnya. Kat sini diorang hidangkan secara 'Makan Bedulang'. Lebih kurang macam zaman kita dulu-dulu, cuma diorang alas dengan kain dan hidangkan menu mengikut citarasa mereka.

 Aku sebenarnya nak tunjuk ikan bilis, tapi dah macam 'love' Korea pula

Kata tourist guide kami,  masyarakat di Pulau Belitung ni jarang makan ayam dan daging. Makanan diorang kepada seafood especially ikan. Yelah, orang pulau lah katakan. Eh, eh .. dah macam Terengganulah pula. Ni kalau bawa H memang takde masalah. Sebab dia hantu ikan. Haha.


Antara lauk yang mereka hidangkan untuk kami malam itu adalah bilis goreng, oseng kacang panjang dengan kentang, lalapan, sambal serai, ayam ketumbar, ikan pindang, satay ikan kukus dan nasi. Minuman pula Teh Hangat atau lebih famous sebagai Teh Tawar. Aku ni kalau tak memilih ikan, dah lama aku bedal lauk kat meja aku. Tapi apakan daya, aku kurang gemar makan ikan. 

 Lupa pulak nak tanya apa ni
 Satay Ikan Goreng Pulau Belitung

Bagi aku, so-so je makanan di kedai ni. Tak menepati sangat selera aku. Dari 5 bintang aku bagi 2.5 je. Tapi ayam ketumbar kat Resto Wan Bie ni memang best. Memang licin habis termasuk kuah-kuahnya sekali. And satay ikan dia tu tak macam satar ya. Dia lebih sedap. Haha. Okay tu je yang aku suka. Selebihnya dihabiskan oleh Sis Lin dan lain-lain.

 Beginilah Cara Mereka Hidangkan Juadah "Makan Bedulang".
 Harga-harga ... Boleh order yang lain juga

And now, tibalah masa untuk check in. Allahuakbar, penat sungguhlah hari ni walaupun takde buat apa sangat. Mungkin dok menapak kat Changi Airport tadilah kot. Isk!

Oh, anyway ... tempat penginapan kami adalah di Green Tropical Village (GTV) yang terletak tak berapa jauh dari bandar Tanjung Pandan. Resort ni dah lama bertapak di Pulau Belitung ni. Kalau tak silap dalam 5 tahun kot. Aku dah lupa. Hahaha. Ampun!

 Room Sweet Room


 Okaylah ... nanti kita bersambung di entry Hari Kedua di Pulau Belitung, Indonesia. Tata.

~ Bersambung

Percutian ke Pulau Belitung
Pengalaman Bercuti di Pulau Belitung
Apa Yang Best Di Pulau Belitung
Blog Percutian di Pulau Belitung
Lokasi Pulau Belitung



American Airliner Plane