Latest Posts

Showing posts with label BANGKOK FLOATING MARKET. Show all posts
Showing posts with label BANGKOK FLOATING MARKET. Show all posts
DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET salah satu tempat wajib pergi sekiranya anda berkunjung ke Bangkok. Walaupun terdapat floating market di tempat lain seperti di Mekong Delta Vietnam dan Hat Yai, tetapi DAMNOEN SADUAK ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan sentiasa mendapat tempat di hati pelancong.

Waktu terbaik untuk ke DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET BANGKOK ini adalah waktu pagi. Tengahari sikit dah dikerumuni pelancong. Saya suggest selepas anda pergi Maeklong Train Market, cepat-cepat datang ke Floating Market ini.

 Damnoensaduak Floating Market

Perkara pertama yang anda perlu buat di DAMNOENSADUAK FLOATING MARKET BANGKOK ini adalah, tawar-menawar.  Ceritanya begini. Kedatangan kami ke Damnoensaduak Floating Market ini tidak dirancang dengan awal. Terus redah je tanpa buat research. Alamatnya, sampai je kat sana, blur.

Then, adalah satu amoi datang kat kami. Amoi ni salah seorang staff jual tiket kat situ. At first, HARGA TIKET BOT DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET BANGKOK yang dia bagi tersangatlah mahal around rm100++. Tak masuk dek akal. Lepas tu, seperti biasa ignore dulu dan jual mahal. Then, amoi tu datang lagi dan lagi, mengekori kami.  

Kami tetap berdegil taknak naik kalau harga mahal macam tu. Akhirnya, amoi tu bagi last price RM60 daripada RM100++. Oklah kan?  Dari bayar hampir RM200 terus dapat diskaun RM60. Tapi actually, kalau anda beli tiket kat luar jauh lebih murah dari beli direct kat sini. Phew!

kisah tatie
Damnoen Saduak Maps
kisah tatie
Souvenir Shop
 Damnoensaduak Floating Market
Bot dari Damnoen Saduak ini menggunakan bot laju

Kat DAMNOENSADUAK FLOATING MARKET ini terdapat dua jenis bot, bot sampan dan bot laju. Tetapi jika anda dari jeti sini, mereka menggunakan bot laju. Jangan risau, lain bot lain feelingnya. Seperti bot kami, ianya laju. Bila menyusuri laluan kecil, perasaan gentar timbul di hati. Beberapa jugalah kitorang menjerit. 

 Damnoensaduak Floating Market
Selfie dulu
 Damnoensaduak Floating Market
Kat sinilah kemuncaknya
bangkok floating market
Bot Sampan (Tradisional)

Barang-barang yang dijual kat DAMNOEN SADUAK ini seperti makanan terutamanya buah-buahan, souvenir, lukisan, pakaian, hiasan rumah dan banyak lagi. Siap boleh masak sekali kat atas bot diorang. Cayalah! Tapi ingat, setiap kali membeli barang kenalah pandai tawar-menawar. Maklumlah tourist spot, mestilah diorang up harga kaw-kaw.

DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET
Perumahan
DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET
Kat Sini Pun Jam
DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET
Pasar Basah
DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET
DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET
DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET
DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET
DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET
DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET
Sesak!!! 
DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET
Nak Bergambar Dengan Ular Pun Boleh
DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET
Hasil Belian *Tergoda*

Then, bot kami singgah di sebuah kedai.

DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET
Souvenir Shop
DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET
Sampai Ke Bot Diorang Kejar .. Haha

Yang tak bestnya kat DAMNOEN SADUAK ni, diorang seperti memaksa. Ada yang begitu agressif sampai mengejar pelanggan seperti gambar kat atas ni. Ada jugak yang main tarik bot kita, suruh kita beli dan kalau tak beli kemain muka masam mencuka. Haha. Pelbagai lagat! Lucu pun ada juga.

Terdapat pelbagai CARA UNTUK KE DAMNOEN SADUAK ini. Antaranya :
- Hire teksi (macam kami)
- Ikut tour (boleh dibeli kat Khaosan Road)
- Naik keretapi ke Stesen Victory Monument, kemudian naik van kat sana

DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET

Walaupun pulang dengan tangan kosong, tapi kami berdua sangat puas hati. Kenangan best!! At least sekali seumur hidup ke DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET BANGKOK ini. Jangan lupa beli Mango Thai. Sedapnya!! Manisnya lain macam. Hehehe.

ENTRY THAILAND LAIN

American Airliner Plane