Latest Posts

Showing posts with label BALING. Show all posts
Showing posts with label BALING. Show all posts
Sebenarnya aku ragu-ragu nak suggest kat korang stay kat Hotel Bayu di Baling ini. Keadaan hotel ni yang seperti tidak terurus, tetapi bukan bermakna aku nak mengeji. Mungkin Hotel Bayu Baling ni boleh menambah baik dari segi makanan dan juga keadaan bilik. 

Maybe sebab hotel ni dah berusia. Biasalah hotel lama kan? Tapi kalau korang ke Baling, aku rasa inilah hotel yang paling okay untuk stay. Hopefully, Bayu Hotel Baling mengambil teguran aku ni di sudut positif.


Hotel Bayu Baling ni terletak di Baling Kedah. Korang pernah pergi Baling? Ini first time aku sampai Baling. Not bad!! Macam-macam ada. And, Hotel Bayu ni terletak berhampiran dengan Pekan Baling. Kalau dapat bilik yang menghadap panorama, memang terbaikla. Bangun pagi-pagi rasa aman je.
Hotel Bayu Baling
Receptionist 
Lobi

Yang tak bestnya kat Hotel Bayu Baling ni, korang kena mendaki anak tangga untuk ke bilik. Alahai, jenuhnya. Bayangkan kalau dapat tingkat paling atas. Mahu pengsan aku.. Haha.


Bilik pula, aku nak komen sikit. Sedikit berhabuk dan berbau. Tuala pula, aku suggest korang bawalah sendiri dari rumah. Sorry Hotel Bayu, I have to be honest. Tapi sesuailah dengan harga bilik. Menginap di Hotel Bayu Baling ni takdelah mahal mana. Murah dan jimat.

Toilet
Kopi Kedah
Lounge 

Overall, aku bagi 2.5/5 bintang kat hotel ni.

Serious kalau Hotel Bayu Baling ni menjaga kualiti dan kebersihan, mesti ramai yang datang. Mungkin boleh upgrade beberapa perabot agar nampak sikit fresh dan tidak lesu. Makanan sarapan pagi please check. Aku tak mahu nyatakan kat sini kenapa, but serious mengecewakan. hurm!

Peta ke Bayu Hotel

Maaf sekali lagi Hotel Bayu Baling. Anggaplah teguran aku ni sebagai salah satu cara untuk memperbaiki mutu hotel ini. Insyallah semua boleh diubah. Apa-apapun terima kasih Tourism Malaysia Kedah kerana menaja penginapan Kisah Tatie di sini. ~

American Airliner Plane