Latest Posts

Showing posts with label BAJET HOTEL DI TERENGGANU. Show all posts
Showing posts with label BAJET HOTEL DI TERENGGANU. Show all posts
HOTEL PERMAI KUALA TERENGGANU | Berkampung di suatu tempat dalam satu jangka masa panjang , bukanlah satu perkara yang mudah.(seminggu .. panjang lah tu) Lebih-lebih lagi berada di tempat orang dan berada jauh dari keluarga. Walaupun pada mulanya aku ingat dapat sehotel dengan Budak Pacak, Ruggedmom atau Ramble and Wander tetapi sangkaan meleset bila tiba di Bandar Persisiran Air ni. Sorang tercampak kat sana, sorang tercampak kat situ dan aku pula tercampak di Hotel Permai sorang-sorang.

Sebenarnya ada hikmah di sebalik semua ni. Kalau kami semua sehotel, pasti kami bergerak mengikut geng. Dalam erti kata lain, berpuaklah. Kalau hidup berpuak takdelah aku kenal Ben, taklah kenal si Apiz, taklah kenal OD, taklah kenal Steven, taklah kenal Tava RTM.. Semua yang berlaku ada hikmah.

Permai Hotel Kuala Terengganu kini dah dinaiktaraf, sebelum ini dikenali sebagai Permai Park Inn dan mempunyai bangunan baru. Lebih luas dan lebih moden berbanding bangunan lama yang strukturnya seperti klasik. Terletak di Jalan Sultan Mahmud, Batu Buruk Terengganu, hotel ini mempunyai keistimewaan dan  ceritanya yang tersendiri.

PERMAI HOTEL KUALA TERENGGANU
Hotel Permai Kuala Terengganu

Tak kenal maka tak cinta. Walaupun pada mulanya terdapat sebahagian dari kami merungut apesal lah dapat hotel ni, tetapi lama kelamaan bila dah duduk lama sedikit, mereka mula menyukai hotel ini. Hotel Permai Kuala Terengganu ini bertaraf tiga bintang, namun kemudahan yang sedia ada seperti 4 bintang. Lokasinya pun terletak tidak jauh dengan pantai (10 minit jalan kaki) dan berdekatan dengan 7 Eleven.

Keadaan luar hotel (bangunan baru)

7 hari 6 malam menginap di Hotel Permai Kuala Terengganu dan semuanya berjalan dengan lancar. Breakfast juga disediakan buat kami. Staffnya juga baik dan friendly.  Hehe.

Penjaga kebajikan peserta di Permai Hotel, Cik Ain

Kaunter Receptionist

Lobi

Kat Hotel Permai Kuala Terengganu ni, terdapat pelbagai kemudahan untuk para pengunjung. Seperti kedai batik center, gymnasium, kolam renang, WIFI internet,  kafe dan lain-lain lagi. Good for leisure and business trip.

Batik Centre

My Room

Pada mulanya aku ditempatkan di bilik lain. Namun di saat-saat akhir orang tu minta ditukarkan bilik sebab senang nak berbincang dengan partner dia. Fyi, bilik-bilik kami connecting to each other. Oh ya, kami ditempatkan di bangunan baru. Baru? Tak berapa baru sangatlah, yang penting keselesaan di bilik terjamin.


Deluxe Room


dah kata tidur sendiri, buatlah macam rumah sendiri. hahaha


Rindu dah bilik... 1411 (T_T)

pemandangan dari jendela bilik

First day tu juga, saya order room service untuk makan tengahari. Makanan? Ikut pilihan sendiri. Terima kasih Tourism Negeri Terengganu yang menjaga kebajikan para peserta.

Yummy... tenderloin steak RM41.

Bagi peminat-peminat muzik bolehlah singgah ke sini setiap malam. Sebabnya kat sini ada liveband. Haaa, manalah tahu nak lepak santai borak-borak dengan kawan. Kannnnnnnnnnnnn?



kafe

swimming pool


gym

Bagi sesiapa yang sedang mencari hotel murah di sekitar Kuala Terengganu, bolehlah ke Hotel Permai. Harga bilik bermula RM180++ untuk standard room. Gerenti puas hati. Parking disediakan dan free. 

Peta Lokasi Hotel Permai Kuala Terengganu

Hotel Permai Kuala Terengganu
Jalan Sultan Mahmud, 24000 Kuala Terengganu
Malaysia

Website :

No Tel : 
09 622 2122

Facebook
American Airliner Plane