Latest Posts

Showing posts with label AboutMe. Show all posts
Showing posts with label AboutMe. Show all posts
Alhamdulillah. Semakin banyak pencapaian blog Kisah Tatie ni. Hari demi hari makin banyak yang aku pelajari. Walaupun dah lama di arena blog, tapi aku anggap diri aku macam budak darjah 1. Tak tahu apa-apa. Yela dulu aku saja-saja tulis blog, tak serious mana pun.

Tapi sejak dua menjak ni, aku dah mula sedar tentang kelebihan berblogging dan secara tak langsung ia ibarat income akulah. Bukan senang kerja blogger sepenuh masa. Korang kena pandai rebut peluang. Ada kalanya rezeki di pihak kita, dan adakalanya kena pasrah.

Well, tanpa sokongan Encik H, mummy, Nannie, Khai dan Nazlan (urm dan lain-lain jugalah), mungkin aku masih berada di bawah tempurung lagi. Terima kasih semua. Tak ketinggalan juga Nuffnang Malaysia

Aku tahu ramai yang dah meninggalkan Nuffnang. But i'm still loyal dan tak terlintas lagi nak beralih arah. Sebut pasal Nuffnang kan, baru-baru ni aku dipilih sebagai NNFeatureFriday Blogger. Alhamdulillah. Thank you so much Nuffnang kerana memilih blog Kisah Tatie sebagai NNFeatureFriday. *terharu*

NNFeatureFriday edisi 23 Mei

Bukan itu sahaja, lebih terharu bila blog ini featured di Facebook otai SEO, Hasrul Hassan. Bagi sesiapa tak mengenali dia, dia adalah blogger famous dan berada top 10 blogger Melayu di Malaysia. Hebatkan? Segan pula bila dia featured kita yang masih mentah ni.

Thank you so much abang Hasrul. Mohon tunjuk ajar sifu!

Thank You


dan terima kasih buat korang juga. 
(^_^)

Hi.

Nama saya Tatie. Saya mula menulis blog sejak tahun 2009, dengan link : whattatiesays.blogspot.com .. Tapi pada masa itu, hanyalah sekadar suka-suka.

Kemudian, pada tahun 2010, saya bina blog  baru (blog yang sekarang ini) dan tiga kali menukar nama, dan akhirnya saya menetapkan Kisah Tatie sebagai nama terakhir blog ini. Kisah Tatie lebih simple dan senang nak sebut berbanding nama-nama terdahulu.

Hobi saya adalah melancong dan 80% kisah di blog ini mengisahkan perjalanan saya sebagai pengembara. Saya mula travel solo selepas SPM, namun telah dididik oleh arwah abah sejak kecil lagi. Saya semakin kerap melancong selepas kahwin. Tambahan lagi suami bekerja sebagai juruterbang, ia memudahkan saya untuk ke mana-mana dengan ikut dia pergi bekerja. ✌😎

Terimalah coretan perjalanan saya sebagai pengembara. Diharap info dan ilmu saya share ini dapat anda gunakan dengan sebaiknya. Mengembaralah selagi masih ada kudrat, sesungguhnya bumi Allah itu luas.


Tatie,
Surirumah sepenuh masa & Pengembara di Bumi Allah
American Airliner Plane