Latest Posts

Showing posts with label AUSTRALIAN VISA. Show all posts
Showing posts with label AUSTRALIAN VISA. Show all posts
Penatnya!!! Alhamdullilah selamat sampai dari Adelaide. Sampai je Malaysia, terus aku nak buat entri pasal AUSTRALIA TRAVEL TIPS | TIPS BERCUTI KE AUSTRALIA.

Just a short trip to Adelaide, South Australia. For the first two days pergi seorang dan hari ketiga baru Encik H sampai from Malaysia. To be honest, agak susah sebenarnya nak enter Australia dengan passport baru dan travel seorang diri. (passport lama dah tamat tempoh). Jadi aku nak berkongsi TIPS DAN BARANG APA YANG TAK BOLEH BAWA MASUK KE AUSTRALIA?

So guys, kalau travel to Australia make sure ...

- Kalau passport baru, sila bawa passport lama in case kalau diorang banyak tanya, bolehlah korang tunjuk sebagai bukti. Tapi aku kalau pergi mana-mana memang wajib bawa passport lama. Eh, kalau nak kukuh lagi bawalah dokumen such as salinan booking hotel, tiket balik, duit tunjuk (certain case diorang minta tunjukkan duit, takut kita datang untuk bekerja secara haram) dan lain-lain. Prepare sebelum disoal macam-macam.
- Kalau travel solo, lagi diorang banyak tanya. Nasib aku bawa business card sebagai bukti aku ni travel blogger bukannya datang nak buat jenayah ke or minta kerja. So, kalau ada business card, bawalah. Kalau takde, takpe.
- Kalau beli barang kat airport, jangan buang resit. Aku terbeli boots masa kat KLIA gara-gara terlupa bawa boots. Sampai je sana, diorang banyak songeh tanya hargalah, bukti harga dan macam-macam. Then, diorang minta kemukakan resit. Kalau tak silap aku, diorang ada syarat pasal Duty Free Product, yang ni korang boleh semak kat laman web rasmi diorang.
- Make sure korang buat research pasal tempat nak pergi tu. Hal ini bukan setakat Australia, pergi London pun wajib okay. So, bila kena soal jawab, ada sedikit ilmu pasal sesuatu tempat tu. Jangan bila diorang tanya A, korang jawab Z. Lagi banyak korang tahu pasal tempat tu, lagi confident korang nak berdepan dengan diorang ni. Trust me!
- Jangan bawa produk kayu ke, makanan ke, segala jenis larangan! Never, ever, NEVER! Kalau terbawa sila declare. Kalau kantoi, meranalah kena bayar denda atau ..... ISK! 
- Kalau tak pasti pasal borang 'Incoming Passengers Card' yang diorang dalam kapal terbang tu, mohon tanya cepat-cepat kat diorang.
- Sila jawab dengan jujur setiap soalan yang diorang tanya. 
- Jangan sesekali nak bawa fake items, cetak rompak atau counterfeit goods. Semua ni illegal kat Australia. Silap haribulan kena penjara.

Please Take Note

Kalau kena tahan, diorang punggah beg, itu adalah perkara biasa. Masa aku sampai, habis semua barang diorang keluarkan dan scan beg tu. Tapi rileks. Kalau tak buat silap, tak perlu takut. Asalkan korang jangan bawa barang larangan seperti bahan mudah terbakar sudahla ye. *agak penatlah nak kemas barang balik lepas dipunggah*.

Diorang very strict dengan penyakit DEMAM KUNING yang disebabkan oleh gigitan nyamuk dan membuatkan kulit serta merta jadi kuning. Kes-kes sebegini usually berlaku di negara-negara Afrika, South Amerika dan Central Amerika. Kalau ada, wajib ada sijil vaksinasi demam kuning at least dalam tempoh enam hari sebelum sampai di Australia. Mohon rujuk sini : Yellow Fever

Masih tak jelas?? Please click here : Australian Customs.

LAGI CERITA PASAL TRIP NI, AKU SAMBUNG DI ENTRY KEMUDIAN. 

American Airliner Plane