Latest Posts

Showing posts with label ATV OFFROAD. Show all posts
Showing posts with label ATV OFFROAD. Show all posts
Perasaan membuak-buak nak try ATV ni muncul apabila membaca post dari pelakon Siti Saleha kat akaun Instagramnya. Kami cuma terlewat beberapa jam je dari Siti Saleha. Kalau tak, konpem boleh jumpa macam kat parasailing hari tu. Hikhik. 


Cabaran ATV kat Oriental Village Langkawi ni memang sangat mencabar. Kalau rasa nak pakai make up tu, aku nasihatkan tak usahlah. Simpan-simpanlah make up korang tu. Silap haribulan bercampur dengan lumpur nanti. Hahaha. =P

Inilah ATV
Harga
Selain ATV, Ada Juga Revo, Bike Dan Lain-Lain
Keselamatan Diutamakan
Jurugambar Dah Bersedia Untuk Snap Gambar Kitorang
View Dari Tempat ATV
Siapa Punya Keje La Ni Main Sampai Pecah ..
Semestinya Sebelum Aku Naik Lagi Benda Tu Dah Pecah

Nak main atv kat offroad ni kena ada kesabaran yang tinggi. Mental dan fizikal kena fokus kat depan. Lebih-lebih lagi bila nak menuruni bahagian yang curam. Kalau salah skill boleh terbalik atv tu. Kaki aku pun ada sekali dua kaki terkena bahagian panas (ekzoz mungkin). Nasiblah tak meninggalkan parut. Isk isk.  T_T

Apa-apapun aku salute kat Nyonya. Kat parasailing dia berkebaya, naik beskal pun berkebaya, naik skytrex pun berkebaya, sampai naik atv pun masih kekal berkebaya. Ko berani?


Adakalanya Sampai Memerlukan Bantuan

Nampak Je Senang

Tu Dia Hampir-Hampir Masuk Semak
Depa Stuck La Tu
Dah Semakin Ke Penghujung.. Nyonya? Tetap Dengan Kebaya. Haha.

Selain dari atv, ada aktiviti lain seperti menunggang motor lasak, motorsikal kecil dan revo. Bagi yang suka lasak, memang ini wajib try. Bagi yang lemah gemalai, korang kena fikir bebanyak kali. Bagi fashionista, jangan lah risau, nyonya pun boleh naik dengan kebaya, takkan korang tak boleh? 

Ada Gaya Lah Abang Ni
Yang Ni Macam Skuter, Tapi Tatau Nama Dia Apa
Naik Revo Pun Boleh .. Hikhik

Cukup saje buat kali ni ... nanti kita story pasal lain pula. Happy weekend hadek-hadek!! =)

American Airliner Plane