MY TRIP TO MANILA PHILIPPINES | Hi. Maaf terdapat sedikit kelewatan update pasal Manila & Boracay Trip. Maklumlah, penat tak hilang lagi dek penangan 7 hari kat sana. hahahaha. Apa yang pasti, trauma belum hilang lagi. Sampai hari ni, kalau ingat balik.. serius... ngeri! haha
Bercakap pasal Manila, terima kasih Haziqah sebab sudi bawa kita jalan-jalan kat sana. Walaupun I ni cerewet bab makan (sentiasa was-was), tapi dia ni tak habis-habis melayan karenah iolsss yang super fussy ni. hahaha. Lepas ni, kalau I selalu hilang tu, faham-fahamlah kat mana nak cari ye? hahaha.
To Haziqah, I pray for your happiness. Selamat menjadi warga Philippines. I hope this is not our last holiday together. I'm gonna miss your laugh and sengal-ness. hahaha. i love you babe.
pepagi buta dah terpacak kat KLIA .. semuanya sebab taknak miss flight.
hahahaha
i'm gonna miss this girl ... xx
immigration form..
Immigration sini banyak tanya sikit. Lebih kurang macam UKBA London cuma kat sini macam soft sikit.. Tapi kat Manila ni, mana-mana ada guard bersenjatakan pistol. Baik kat tol, kat shopping mall dan mana-mana je lah. Kira macam safety awareness gitu. Rimas pun ada.
Manila from the sky
important notice YOU MUST KNOW
and here, we wait for Haziqah's driver to fetch us at the airport
then, terus ke hotel
BSA Twin Tower, Mandaluyong
for more info, click here : BSA
BSA Twin Tower ni terletak di kawasan Mandaluyong City dan berhadapan dengan shopping mall. so, senanglah just jalan kaki je ke shopping mall dan bilik kami terletak di tower 2 : St Francis Suites & Resort. Apa yang pasti, bilik kami sangat selesa dan luas. :D
Manila ni lebih kurang Kuala Lumpur. Terdapat banyak apartment dan juga bangunan-bangunan tinggi. Cuma, kat Kuala Lumpur macam lebih terancang sedikit. Well, dari segi shopping... Rasanya, kat Manila brand-brand dari US lagi banyak .... kot? Lebih murah berbanding KL. hehe.
pemandangan pagi dari bilik kami
SM Megamall depan hotel kami
SM ni kira famous kat sini. rata-rata SM SM SM. ntah kenapa... (malas nak google). Tapi shopping mall kat Manila ni kebanyakannya besar-besar jika dibandingkan dengan Malaysia. Lepas tu sentiasa ramai orang. Kata orang sini, sebab majority penduduk sini daif. Sebab tu diorang banyak habiskan masa kat mall, sebab nak sejuk 'aircond'. Kata merekalah.
Wifie Bergerak Di Manila
Haziqah's car yang banyak berjasa sepanjang kat sana
SM Supermarket.. lokasi berbeza ye...
Untuk hari first, tak banyak kami buat... Sebab Haziqah nak settlekan hal dia kat sana and me, just temankan dia je sambil jalan-jalan cuci mata. hahaha.
ala-ala angkutan kota Bandung kot... harga? ampun..
tak berkesempatan lagi try public transport kat manila ni lagi, hehehe
dan hari kedua
Hari kedua ni, kitorang habiskan dengan shopping dan spa di Greenbelt Shopping Mall. Greenbelt ni sangat besar ok. ada Greenbelt 1 sampailah 5. sebesar Mid Valley?? tak ini LAGI BESAR. hahaha.
Yang tak best pasal Philippines, susah nak cari makanan halal dan seriously, Europe lagi senang nak cari makanan halal. kat Manila ni ada tapi jauh dan mahal sikit compare to non halal food but i think lebih kurang Bangkok juga kot. Sebab susah nak dapat tu lah yang mahal. haha. haih. Nasiblah masa kat Greenbelt ni juga restoran Gilak. seram juga dengar nama dia.. tapi BEST. haha
dengan bakal kakak ipar Haziqah
kami pun dah 'gilak' tengok makanan
specialty food
Alhamdulillah. semalam seharian melantak maggi, dan hari ni dapat juga melantak nasi. hahahaha.tapi masalahnya portion makanan kat Gilak ni terlalu banyak.. hahaha.. tapi sumpah sedap. so, kalau anda ke Manila dan tak tahu mana nak makan, silalah ke Greenbelt dan cari restoran Gilak ni. Puas hati!!
Next, kitorang ke spa dalam greenbelt ni. orang cakap, KILL THE TIME. hahaha. Seriously, kalau datang Philippines, rugilah kalau tak buat beauty treatment. Sebabnya, kat sini MURAH. I repeat MURAHHHHHHHH... Bayangkan pedicure and manicure je dah rm10-rm12. Mana nak dapat harga tu kat KL? Dahla murah, treatment yang diorang kasi memang super tiptop.. Alahai, rindunya nak buat lagi. :B
haaa... bestkan?? suka sangat!!!!
sila pergi sini kalau anda ke MANILA
Dah penat jalan, shopping dan semua.. masa untuk balik
Actually hari ni spend time beli barang for Boracay trip.. hehe
hasilnya.. amagat.
thank you miss Ajikah sebab bawa jalan-jalan. haha
dah mahir dah dia jalan kat Manila ni. BRAVO!
Sesi treatment bersambung dalam bilik.. Kali ni just body massage je. haih. Kalau pergi mana-mana dengan Haziqah, tak sah tak buat treatment ni semua. Bak kata Haziqah, biar pakai biasa-biasa, janji kecantikan luar dalam dijaga barulah seiring dengan brand yang kita pakai tu. oh, okay.. hehehe. fikir-fikir balik ada betulnya.
And thanks again Ajikah (panggilan manja for her by me). hahahaha. Hari ni cerita pasal Manila. Next entry story pasal Boracay. 7 hari kat sini memang tak puas. Banyak tempat yang kami tak sempat nak pergi.. Masa sangat terhad.
bersambung....... ~
|| terima kasih sudi bAca ||
TRAVELOGUE PHILIPPINES