Latest Posts

Showing posts with label ADELAIDE. Show all posts
Showing posts with label ADELAIDE. Show all posts
Sambungan Kisah Percutian di Adelaide, South Australia.

Aku sampai di Adelaide Airport seawal pagi. Tengah-tengah peak time, time tu lah aku sampai. Nasib harga tiket bas maintain. Sebut pasal tiket bas, aku dah buat kesilapan besar masa sampai. Baru sampai dah buat kesilapan besar. Apa cer?

Tersalah beli tiket!!!! Haih. Tanya orang sini pun 2x5, tak tahu. Nasib sampai kat town. Bila sampai kat town, tanya lagi orang kat sini, direction pergi hotel .... PUN TAK TAHU jugak. Sedih! Alamatnya, aku berpusing-pusing sambil tolak luggage cari hotel. 

Siapa kata aku berani jalan seorang-seorang? Keluar je airport, dah ketaq. Cuak. Rasa macam nak masuk kapal terbang balik. Huih. Angkara abang kastam dan immigration la ni. Hahaha. Tapi Alhamdulillah, takde apa pun. Mungkin dah nasib, habis beg kena punggah dan kena soal macam banduan. Sobssss.

bercuti di adelaide
Sementara tunggu bas, kita selfieeeee dulu

Sampai je hotel, rehat kejap dan keluar balik. Malas nak wasting time rehat lama-lama. Untuk trip Adelaide ni, aku mengamalkan konsep redah dan pergi. Macam aku cakap sebelum ni, aku tak sempat nak buat survey dan research. Hanya bergantung 100% pada flyers yang aku dapat. Nasiblah kat lobi Hotel Grand Chancellor tu banyak. Main pungut dan dijadikan sebagai panduan. Kehkehkeh.


Selfie sebelum keluar

Dah keluar dari hotel pun, aku masih teragak-agak dan blur. Haishhh. Time ni lah timbul kat dalam hati, How I Wish My Friends, Family or MR H kat sini. Tapi aku tak rasa sunyi sepanjang kat sini. Sebab kat Bandar Adelaide ni, internet friendly. WOAHHHH. Even London pun korang perlu beli nombor london kalau nak access internet FREE kat Oxford Street/Underground but kat Adelaide, tak perlu. 

Untuk pengetahuan korang, Adelaide ni sebuah bandar yang digelar Retirement City. Kira tempat orang-orang tualah. Tapi peliknya, takde pula ramai orang tua kat bandar ni. Melainkan kat luar bandar macam Hahndorf tu banyaklah. 


Sampai je ni macam blur. Hahaha

Pada mulanya aku ingat nak pergi Cleland Conservation  Park yang terletak di Cleland. Tapi disebabkan aku rasa tempat tu tak sesuai nak pergi seorang, so aku tukar destinasi ke Glenelg.

Anti-Social EVERYWHERE

Dari Bandar Adelaide ke Glenelg, takdelah jauh mana. Just naik tram sahaja. Tiket? Boleh dibeli kat dalam tram but make sure ada coins. Opsss, mengenai tiket tram Adelaide pula, beli ALL TIMES. Ingat, beli ALL TIMES tau. Harga $5.


Tram
adelaide glenelg
Bandar Glenelg
Holdfast Bay

Bersyukurlah Pantai Di Malaysia Lagi Bersih. Hahaha. LOL

Pemandangan dari jeti

Tugu

Cantikkan? Tenang je

Main tenteng jom.. =p

Niceee

Kata orang, kalau summer penuh...

@_@

Beachouse


Secara kesimpulannya, memang WAJIB singgah Glenelg kalau pergi Adelaide. Udara yang tenang, burung-burung penambah ceria, suasana yang harmoni, senang cerita memang best. Oh ya, kat Glenelg ni juga ada pekan kecil dan kat sini ada kedai souvenir yang jauh lagi murah berbanding Bandar Adelaide. Kalau korang nak beli souvenirs, rajin-rajinlah naik tram dan pergi ke Glenelg ya? Ohhhsemmm!


Pekan Glenelg

Mural

Give WAY!
Hotel dan hostel pun banyak...

Next, lepas ke Glenelg, aku ke Bandar Adelaide pula. Tak semua tempat aku pergi kat Bandar Adelaide ni. As usual, simpan sedikit untuk trip akan datang. Hahaha. Bila nak pergi lagi? Jangan tanya, aku hanya merancang, Allah yang tentukan. Ada rezeki, adalah. Takde rezeki, koranglah sambung.



Kat bandar ni, aku just jalan sahaja tanpa arah tujuan. 


Dah puas berjalan, barulah aku terasa lapar. Senang ke cari MAKANAN HALAL DI ADELAIDE ni? Jawapannya senang. Aku berpandukan website Zabihah dan kat bandar ni banyak restoran HALAL.


Restoran depan Hotel Grand Chancellor

So, aku pilih untuk makan kat Restoran Mekong Thai Adelaide. Restoran Mekong Thai ni HALAL dan haruslah makanan dia makanan THAI. Harga? Boleh tahanlah. 


Suasana di Restoran Mekong Thai

Menu

Nasi Goreng Seafood

p/s : tak beberapa suka dengan Nasi Goreng Seafood ni

Lepas makan, terus balik hotel. Penat dan tak cukup rehat. Okaylah untuk hari ini, nanti aku sambung di entry akan datang. Chill, relax and enjoy your day. Don't miss me too much! =P

Percaya atau tak, jika kita pandai cari tarikh (hotel atau flight), kita boleh dapat harga jauh lebih murah daripada harga biasa? Itulah yang berlaku semasa aku ke Adelaide baru-baru ini. Nasib baiklah ada Agoda. Dengan bantuan Agoda, aku dapat book hotel yang selesa pada harga murah

Tak tahu apa itu Agoda? Sila klik sini : http://www.agoda.com/

Dah tamat sesi promote Agoda. Jom cakap pasal hotel pula. Masa kunjungan aku ke Adelaide, South Australia baru-baru ini memang aku cakap, aku tak tahu apa-apapun pasal Adelaide. Booking last minute, and everything memang last minute. Nak buat survey memang tak sempat. Kesudahannya, main booking je lah. Nasib baik on that time, Hotel Grand Chancellor, Adelaide ni affordable lagi. Thank you Agoda. Weee.

Malas nak fikir panjang, aku book terus sehari sebelum pergi. 


Sampai-sampai je kat airport, aku sesat. Kahkahkah. Padahal hotel ni dekat je dengan bus stop yang aku turun, tapi aku pusing jauh. LOL. T_T.
by Agoda

Hotel Grand Chancellor Adelaide terletak di Hindley Street. Bagi sesiapa yang tak pernah jejak kaki ke Adelaide, Hindley Street ni lebih kurang Red Light District Amsterdam. Bukan aku gelarkan, tapi orang kat sini yang gelarkan. Haha. Alaa, takde menda pun actually. Cuma havoc dan meriah sikit. Ada bar, ada club, ada kedai runcit, ada kedai kopi Hudson dan paling best, kat depan dan kanan hotel ada restoran HALAL.

Jadi memang strategik lokasi Hotel Grand Chancellor Adelaide ni. 5 minutes walk to Tram station, 10 minutes walk to Rundell Mall dan banyak lagi tempat-tempat tumpuan tourist yang berdekatan dengan hotel ini. Alhamdulillah, pilihan yang tepat. (^_^).

Lobi
Receptionist Counter
Penggunaan Internet Percuma Selama 30 Minit
Sebastyan's Bar Sports

Bukan setakat itu sahaja, kat sini diorang bagi guna wifi secara percuma. Tetapi ada quota. Kira kalau lebih quota kena bayar. Urm... Tapi.. Tapi kan, pasal wifi jangan bimbang. Satu yang aku suka pasal Adelaide adalah bandar ni ber-wifi. Kat jalan-jalan dia memang ada free wifi for public. So, jangan bimbanglah pasal internet. Hehehehe. 

Hotel Grand Chancellor Adelaide mempunyai 208 bilik dan suite. 

Hallway
Deluxe Queen Room

Percaya atau tidak, USB ni adalah penyelamat masa aku kat sini. GOSH! Boleh pula terlupa bawa kepala charger. Memang that time macam nak hantuk-hantuk kepala je kat dinding. Apesal boleh terlupa ni? Bateri dah nyawa-nyawa ikan. Pastu masa tengah tengok TV, sekali terperasan USB ni kat bawah TV. Alhamdulillah.. Macam kanak-kanak dapat Cadbury, ehh.. coklat. 


Toilet

Dalam Peti Ais

Pemandangan Dari Tingkap. OPS!

Hotel Grand Chancellor Adelaide ni mempunyai kemudahan seperti swimming pool, sauna, gym, restoran Bistro Sixty5, business center, tempat simpan barang dan lain-lain lagi. Paling penting, staff dia sangatlah friendly. Kalau nak ambil pakej tour pula, diorang sedia membantu dan suggest mana yang okay.



Itu sahaja mengenai Hotel Grand Chancellor Adelaide. Secara keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan hotel ni dan bagi orang Melayu, bolehlah stay sini. Nak cari makanan halal senang, nak pergi naik tram pun dekat. Nak apa lagi? Semuanya mudah dan dekat. 

Hotel Grand Chancellor Adelaide
65, Hindley Street, Adelaide
50000 South Australia.

Website
Grand Chancellor Adelaide

Email :
stay@hgcadelaide.com.au

Phone No :

American Airliner Plane