Tetiba aku nak update pengalaman aku naik Malaysia Airlines. As you all know, laki aku kerja dengan company ni as a pilot. So banyak kali jugalah aku naik tapi tak pernah rasa nak up entry pasal kapal ni. Hahaha.
Kali pertama naik Malaysia Airlines masa kecil-kecil which is aku dah lupa pergi mana. Maklumlah belum akil baligh lagi masa tu. Huahuahua. Tapi compare dulu dan sekarang, best lagi dulu. Meriah! Kapal pun ada pelbagai jenis dan favourite aku masa tu adalah Boeing 747 yang besar gedabak tu.
Malaysia Airlines Economy Class
Actually masa aku update ni, aku tengah cuak juga. Lagi beberapa hari dapat tahu siapa kena buang, siapa kekal dalam company ni. Nervous weh dengan nasib kami. Pergi hari Jumaat, balik hari Ahad. Nak pula waktu tu staff MAS tengah susah hati tunggu nasib. Aku tahu. Tengok riak muka diorang pun, aku dapat rasakan sekali debaran tu. U can lie to everyone but not me. I feel you. Insyallah semuanya ok and be strong.
Setiap kali naik MAS, mesti aku rasa bangga. Bangga bukan sebab dapat naik Malaysia Airlines tu, tapi bangga kerana melihat logo MAS. Logo yang membawa Malaysia ke luar negara. Dengan logo itu juga, orang mengenali Malaysia. National carrierlah katakan. Hiks!
Detik, demi detik .. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum MAS new co amek alih. Honestly, aku sedih. Sedih sebab lepas ni panggilannya bukan lagi MAS. Mungkin logo bertukar, mungkin segalanya bertukar. Hilang kenangan dengan arwah abah. Huuuu... T_T
Malaysia Airlines System (MAS), I'm gonna miss you. Lepas ni tukar nama jadi Malaysia Airlines Berhad (MAB).
Video khas perjalanan bersama Malaysia Airlines
lepas ni mesti rindu dengan MAS..
ReplyDeletekacang masin sahaja?
ReplyDelete