Hari ketiga ni aku sempat mengejar sunrise dan juga sunset. Excited bangun pagi-pagi, Alhamdulillah hasilnya sangat menakjubkan. Seperti sebuah lukisan, itulah yang dapat aku gambarkan.
Pemandangan Sunrise Dari Kapal Superstar Libra
Hari ketiga ni kapal Superstar Libra Star Cruise ni berlabuh di Krabi Thailand. Masih ingat entri aku yang lepas pasal Krabi?? Kalau lupa boleh klik sini :
TRAVELOGUE - KRABI :
- Percutian Bajet ke Krabi Thailand (link)
- Sewa Motor di Krabi Thailand (link)
- Ao Nang View La Villa (link)
- Had Noppharathara National Park Krabi (link)
- Krabi Safari Elephant Trekking (link)
- Phi Phi Island Trip (link)
- Kayaking in Krabi (link)
- Krabi Weekend Night Market (link)
- Howdy Relaxing Hotel Krabi (link)
- Breakfast Sedap di Krabi (link)
- How To Go Hat Yai From Krabi (link)
- Breakfast Sedap di Krabi (link)
- How To Go Hat Yai From Krabi (link)
- Day Trip to Hatyai (link)
Tak banyak tempat kami pergi di Krabi memandangkan masa kat sini amat pendek berbanding di Phuket. Tambahan lagi masa kami pergi tu, kapal Superstar Libra berlabuh di Passenger Port of Krabi yang lokasinya agak jauh daripada Ao Nang. Actually kat Krabi ni ada dua port, satu di sini, satu lagi berdekatan dengan Had Noppharathara National Park. Semua ni bergantung pada air pasang surut.
Tapi kalau jeti berhampiran Had Noppharathara tu lebih dekat berbanding dengan Passenger Port of Krabi. Dari Passenger Port of Krabi ke Ao Nang adalah lebih kurang 30 minutes.
Breakfast Dulu
Seperti biasa kena naik kapal kecil untuk ke jeti. Masa sampai sini, aku macam ternganga sekejap biarpun ini bukan kali pertama sampai Krabi. "Kat mana ni???", kata aku dalam hati. Hahaha.
Dalam Kapal Menuju Ke Passenger Port of Krabi
Hello Krabi
Tempat first kitorang pergi mestilah Krabi Street Food Market. Ya Allah, tak tahulah camana nak cakap, tapi sesungguhnya rasa bersyukur sangat sebab dapat minum mango jus kegemaranku. Hahaha. Since balik dari Krabi bulan Januari tahun lepas, terngiang-ngiang kesedapan jus mangga kat sini. Alahai, napelah jauh sangat hoi. Lantas bile diberi peluang sebegini, aku rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah. :)
Krabi Street Food Market ni famous. Salah satunya sebab kat sini ada gerai pancake Yaminlah. Selain tu, makanan kat sini juga murah dan sedap. Kat Krabi ni korang tak perlu was-was bila makan. Sebab kebanyakan yang tinggal kat sini adalah muslim.
Apa yang wajib order kat sini of course pancake cashew nuts, banana pancake, mango juice dan lain-lain lagi. Makan jangan tak makan, nanti menyesal. Hahaha.
Krabi Street Food Market
Datang Krabi Nak Makan Ni Je Boleh?? =P
Cashew Nuts Pancake & Banana Pancake
Lepas makan, kitorang jalan-jalan di area Ao Nang. Nak ke tempat lain confirm tak sempat. Kesudahan masa dihabiskan kat sekitar Ao Nang je.
Souvenirs Shop
Antara Salah Satu Trademark Krabi
Jalan-Jalan Di Ao Nang
Hehehe, Comel kan??
Kata orang, datang Thailand tak sah kalau tak pergi urut. Ahhh, alang-alang nak guna free wifi, jadi kami singgahlah urut kami kejap. Haha. Kat Krabi ni korang kena nego sehabis-habisnya untuk dapat harga runtuh. Lepas tu jangan lupa bagitahu nak urut camana. Ganas ke, lembut ke atau sederhana.
Smile Kah-kak.. Ehehehe
Catalunya Walking Street Havoc Time Malam Dengan Liveband
Sempat Lagi Menjamu Selera .. Hehe.
Abaikan Budak Ni
Ao Nang Beach
By 5pm dah kena naik kapal Superstar Libra balik. Bagi siapa yang dah reserve seat untuk Gala Dinner, korang kenalah naik awal. Kang habis pula makanan tu kang. Sebab makanan disediakan satu persatu. Jika lambat, alamat bye bye lah makanan korang tu. Tapi 5pm pun, dah berderet-deret orang beratur. Alahai, rasa nak menangis pun ada takut lewat.
Beratur Panjang Woi
Cuba Coolkan Diri Dengan Menikmati Sunset
Kitorang bertiga sampai lewat sikit, tapi nasiblah makanan masih ada. Itupun dah sampai main course, yang appetizer ada yang dah habis. Masa Gala Dinner ni, captain pun join sekali dan majority yang join semuanya berpakaian cantik. Dah kata Gala Dinner. Eh tetiba aku rasa macam dalam kapal Titanic lah. Rose mana rose? Jack?? Hahahahaha. Lol!
Persembahan Dari Staff Superstar Libra
Habis je Gala Dinner, terus bergegas tukar baju dan pergi Cookin' Nanta Gala Show. Yang ni tak berapa wajib sangat. Tapi disebabkan ramai yang cakap best, terus aku excited nak pergi. Cookin' Nanta ni show by Superstar Libra staff yang berbangsa Korea.
Oh lupa pula nak cakap, majority staff kat atas kapal ni berasal dari luar negara. Ada dari Korea, India, Philippines, Myanmar, China dan lain-lain lagi. Even captain pun berasal dari luar. Tak nampak pula staff dari Malaysia. Hurm. Maybe aku tak perasan kot.
Cookin' Nanta Gala Show
And last patutnya ada Viva de Libra Farewell Party With Pak Nil di Pool Side. Tapi disebabkan Pak Nil kurang sihat, jadi cancel lah program tu. Walaubagaimanapun, ada acara lain kat Pool Side tu seperti joget lambak dan juga persembahan cilik dari kanak-kanak yang join pelayaran ni.
Ingat tak aku cakap di entry lepas, kat atas Superstar Libra ni ada Port Hole. Kat Port Hole tu ibu bapa boleh send anak mereka dan ada pengasuh akan jaga budak-budak ni. Budak-budak ni dilayan seperti VVIP dan everytime ada show merekalah yang akan duduk di hadapan.
Dan malam terakhir, mereka membuat persembahan di Pool Side ni. Wow, thumbs up!
~ bersambung
[[ Entri Percutian Star Cruise ]]
hi, nak tanya street food market krabi ni di night market ke tempat nya ya?
ReplyDeleteblh bg timing dan hari apa biasa buka ya?? thanks in advance.