14 PENGINAPAN MENARIK DI MALAYSIA MENGIKUT NEGERI

By | 1/12/2015 09:00:00 am 12 comments
Mood cuti-cuti Malaysia masih berkobar-kobar dalam hati meskipun Tahun Melawat Malaysia 2014 telah berlalu. Sebabnya masih terdapat beberapa daerah kat Malaysia ni yang aku tak pergi lagi. Jadi, mood tu masih menebal. Tapi kan, kalau sebut pasal Malaysia, mestilah kita nak pergi ke tempat yang menarik kan? Sebelum ke tempat menarik tu mestilah cari penginapan yang okay dan selesa.

Jadi, hari ni aku suggest beberapa hotel yang boleh dikategorikan sebagai PENGINAPAN MENARIK DI MALAYSIA MENGIKUT NEGERI. Seperti yang korang tahu Malaysia ni ada 14 negeri dan semuanya mempunyai penginapan yang unik dan istimewa. Jom pergi!~

 WILAYAH PERSEKUTUAN

Wilayah Persekutuan terbahagi kepada tiga, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Antara tiga-tiga ni, aku highlight Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memandangkan ia adalah ibu negara Malaysia. Untuk Kuala Lumpur, aku suggest Villa Samadhi Kuala Lumpur. Siapa yang pernah pergi sini pasti nak pergi lagi.

Siapa sangka di tengah-tengah kesibukan ibukota ada penginapan yang romantik seperti Villa Samadhi ini? Lokasi yang menarik dan suasana yang romantik di Villa Samadhi ini seringkali menjadi perhatian mereka yang baru berkahwin untuk dijadikan sebagai port honeymoon.

Villa Samadhi
Keistimewaan : Lokasi di tengah-tengah ibu kota Malaysia
For more info bolehlah klik sini :

http://www.kisahtatie.com/
Credit to Villa Samadhi's Website

 SELANGOR
Jika lokasi Villa Samadhi terletak di tengah-tengah kota, berlainan pula dengan Firefly Park Resort yang terletak di Bukit Belimbing Kuala Selangor. Chalet kayu yang dibina sepanjang tebing sungai ini sering mendapat perhatian mereka yang ingin melihat firefly di waktu malam. Meskipun, Firefly Park Resort ini tidak semewah Villa Samadhi tetapi pengalaman menginap di sini pasti memukaukan korang dengan kehadiran kelip-kelip yang berterbangan di waktu malam. 

Firefly Park Resort
Keistimewaan : Lokasinya di tebing sungai
For more info bolehlah klik sini : 
http://www.kisahtatie.com/
Credit to Tripadvisor

PERAK

Lain pula cerita dengan The Banjaran Hotspring Retreat di Ipoh, Perak ni. Mendapat jolokan sebagai Malaysia's First Luxury Natural Hot Springs Wellness Retreat, resort yang bertaraf 5 bintang ini telah beberapa kali memenangi anugerah pelancongan. Suasana di sekelilingi resort yang berkeluasan 16 ekar ini sangat mendamaikan dan menenangkan jiwa. Sesekali jom pergi sini. Tak jauh pun dari Kuala Lumpur. Bolehlah plan menghabiskan cuti hujung minggu kat sini. :)

The Banjaran Hotspring Retreat Perak
Keistimewaan : First Luxury Natural Hot Springs Wellness Retreat
For more info bolehlah klik sini : 

http://www.kisahtatie.com/

 KEDAH

Seterusnya, kita ke Gunung Jerai pula. Entri yang lepas, aku ada cerita pasal The Regency Jerai Hill Resort. Ternyata pengalaman menginap di sini memang sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Udara yang segar, panorama yang indah dan dikala senja, korang boleh menyaksikan keindahan matahari terbenam dari atas gunung ini. Memang cantik! Berada di sini seperti berada di luar negara, dengan rekabentuk chalet yang unik dan suasananya yang sejuk. Arghhh, rindunya The Regency Jerai Hill Resort ni. Nak pergi lagi.. :(

The Regency Jerai Hill Resort
Keistimewaan : Panorama matahari terbenam dan pemandangan sawah padi di Kedah
For more info bolehlah klik sini : 

http://www.kisahtatie.com/

PULAU PINANG

Hard Rock Hotel adalah rangkaian jenama perhotelan antarabangsa yang terkenal di dunia. Semasa pembinaan hotel Hard Rock di Penang, aku memang ternanti-nanti bilalah hotel ni nak siap sepenuhnya. Kerana kebanyakan hotel Hard Rock tidak pernah mengecewakan pelanggan-pelanggannya. Bagi mereka yang gilakan 'Hard Rock Cafe', ini ibaratkan 'Must Visit Place' untuk mereka. Tak kisahlah kalau hotel tu ada Hard Rock Cafe ataupun hanya ada Hard Rock hotel je pun.


Hard Rock Hotel Penang
Keistimewaan : Winner of Tripadvisor Excellence Award 2014 & jenama rangkaian Hard Rock
For more info bolehlah klik sini : 
.
http://www.kisahtatie.com/

PERLIS

Masih ingat entri aku yang lepas pasal Homestay Kampung Ujung Bukit Perlis?? Kampung Ujung Bukit Perlis ini masih menjadi destinasi pilihan bila ke negeri Perlis. Dengan panorama sawah padi yang kehijauan dan bukit bukau sekelilingnya, korang pasti rindu dengan tempat ni bila dah pulang ke rumah. Bagi siapa yang nak privasi, kat Kampung Ujung Bukit ni juga ada chalet-chalet menarik yang boleh korang sewa.

Homestay Kampung Ujung Bukit
Keistimewaan : Hamparan sawah padi di tengah-tengah kawasan chalet/homestay
For more info bolehlah klik sini : 

http://www.kisahtatie.com/

KELANTAN

Tok Aman Bali Resort adalah antara resort yang terkenal di negeri Kelantan. Lokasinya yang terletak jauh 50 kilometer dari bandar Kota Bharu. Tok Aman Bali Resort ni mempunyai pantai yang indah dan bersih. Bagi yang tertanya-tanya, Tok Aman Bali ni kat mana, jawapannya adalah di Pasir Puteh Kelantan.

Tok Aman Bali Resort
Keistimewaan : Antara pantai yang cantik dan bersih di Kelantan
For more info bolehlah klik sini : 


TERENGGANU

"Kajang Pak Malau, kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang pak malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu". Kekdahnya bila berada di tempat penginapan seterusnya ini korang akan rasa seolah-olah seperti zaman dulu kala. Lokasi filem Hikayat Merong Mahawangsa ini dahulunya adalah rumah klasik di negeri Terengganu yang berusia ratusan tahun, kemudian dipasang balik di Kampung Mangkuk, Setiu, Terengganu. Uniknya, rumah-rumah di Terrapuri Heritage Village ini tidak menggunakan satu paku pun. Haa?? Camana tu?? Rujuk di entri lama : Terrapuri Kisah Tatie.

Terrapuri Heritage Village
Keistimewaan : Rumah klasik Terengganu yang berusia ratusan tahun.
For more info bolehlah klik sini : 



 PAHANG

Dulu sebelum kewujudan Time Capsule Retreat, aku sering berangan-angan, alangkah seronoknya jika kat Malaysia ni ada penginapan yang unik seperti di negara-negara luar. Konsep yang luar biasa dan lain dari chalet, hotel mahupun homestay. Kemudian, bila Time Capsule Retreat ni dibina, wahhh, wahhh, wahhh. Teruja sampai ke hari ini. Sedang merancang untuk ke sini dalam masa terdekat ni, siapa nak ikut Kisah Tatie angkat tangan!!! Hahaha.

Time Capsule Retreat
Kelebihan : Penginapan di kolong konkrit
For more info bolehlah klik sini : 

Credit to : Tripadvisor

JOHOR

Pengumpul-pengumpul tegar permainan lego pasti teruja bila sampai ke Legoland Hotel Johor ini. Kerana senibina hotel ini semuanya berkonsepkan lego. Legoland Hotel Johor ini mempunyai 248 bilik dan kos pembinaannya sahaja dah menelan belanja lebih 190 juta. Apa yang pasti, Legoland ini adalah destinasi percutian keluarga yang menarik di selatan tanah air.

Legoland Hotel Johor
Kelebihan : Hotel berkonsepkan lego
For more info bolehlah klik sini :


SABAH

Berangan nak pergi Maldives tetapi mempunyai bajet yang tipis? Apa kata korang tukar plan ke Sipadan Water Village Sabah. Rekabentuk chalet Sipadan Water Village ini diinspirasikan dari senibina etnik Bajau dan dibina di atas air laut yang jernih seakan sama seperti di Maldives. Bagi kaki-kaki dive, ini ibarat resort persinggahan mereka. Rasanya kebanyakan dari kita dah tahu kawasan sini mempunyai terumbu karang yang cantik dan selalu mendapat perhatian pelancong dari luar negara.

Sipadan Water Village
Kelebihan : Resort atas air di pulau tercantik Malaysia
For more info bolehlah klik sini : 

Credit to Tripadvisor

SARAWAK

Teringin nak menginap di rumah panjang yang exclusive di Sarawak?? Jom ke Hilton Batang Ai Longhouse Resort, Lubuk Antu Sarawak. Dengar lokasinya mesti meremang bulu roma but please, don't judge! Sebab lokasinya sangat wow dan bombastic. Batang Ai Longhouse Resort ni adalah dibawah kelolaan Hilton. Semua mesti tau kan jenama perhotelan Hilton. Hotel ni nampak exclusive tapi harganya masih affordable. Jomlah ke sini feeling-feeling menginap di rumah panjang sambil menyaksikan panorama indah.

Hilton Batang Ai Longhouse Resort
Kelebihan : Konsep Rumah Panjang Sarawak
For more info bolehlah klik sini : 
Credit to Borneo Adventure's Website

MELAKA

Negeri Melaka mempunyai lokasi-lokasi penginapan yang unik dan menarik. Susah sebenarnya nak pilih. Ada bustel la, Portuguese hotel la dan macam-macam lagi. Tapi aku nak highlightkan Philea Resort & Spa Melaka yang terletak di Ayer Keroh Melaka. Resort yang aku boleh cakap 'masih fresh' ni mempunyai konsep yang cukup unik dan sangat selesa. Philea Resort & Spa ni bertaraf 5 bintang dan dikelilingi kawasan hutan dan udara yang segar.

Philea Resort & Spa
Kelebihan : Penginapan di Pine Log 
For more info bolehlah klik sini : 

Credit to Tripadvisor

NEGERI SEMBILAN

Yang ni tak perlu aku explain sebabnya di entri minggu lepas pun aku dah cerita pasal Eagle Ranch Resort. Eagle Ranch Resort Port Dickson ni mempunyai pelbagai jenis penginapan antaranya rumah kampung, log cabins, paddock chalets, bandwagons dan tepees. 

Eagle Ranch Resort Port Dickson
Kelebihan : Kepelbagaian jenis penginapan
For more info bolehlah klik sini : 


Selamat Melancong semua!! :)
Thanks for visiting my blog.

Newer Post Older Post Home

12 comments:

  1. semua nampak menarik..yg paling nak pegi Tok Aman Bali Resort..tanah kelahiran sendiri tapi tak berkesempatan lagi ke situ..

    ReplyDelete
  2. semua nampak best..... ada rezeki nak try salah satu.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Teringin nak pergi Time Capsule Retreat tu. Menarik dan benda baru! :)

    ReplyDelete
  4. Semua menarik. Boleh tengok sini kalau nak bercuti ke mana-mana.

    ReplyDelete
  5. Huhh... Menarik... Rasa nak try p Hotspring kat Ipoh tu...:) InsyaAllah ada rezeki..

    ReplyDelete
  6. Yang kat perlis tue nampak homestay macam dalam citer Ombak RIndu je kan.
    Cantik je semua tempat.
    Yang kat kedah tue dekat dengan rumah saya.

    ReplyDelete
  7. thanks for the lists. kadang nak pegi bercuti , tapi takde idea nak pegi mana.

    ReplyDelete
  8. http://bungaanggerikdesa.blogspot.my/?m=0

    Thanx for the info... follow la saye

    ReplyDelete
  9. semua dalam senarai ni best best! mana2 kalau ada trip advisor tu memang best la

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane