MANJUNG YONG TAU FOO RESEPI TERBAIK SEJAK TAHUN 1986

By | 3/30/2014 09:22:00 pm 18 comments
Restoran Manjung Yong Tau Foo sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi jika anda berasal dari Manjung, Perak. Terkenal dan sentiasa mendapat tempat di hati penggemar yong tau foo di bandar ini. 

Namun, apabila ia membuka cawangan TERBARU di Kuala Lumpur, saya pasti inilah masa yang sesuai untuk restoran ini menempah nama di ibukota Malaysia ini. Berikutan kepelbagaian produk F&B baru seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Jadi, jika anda belum try MYTF ni, dialu-alukanlah ke sini.

Apa yang menarik, Restoran Manjung Yong Tau Foo ini adalah resepi tradisi warisan keluarga sejak tahun 1986. Resepi ini dari keluarga Tuan Haji Rashidi kemudian diwarisi ke anak sehinggalah kini ke cucu. Rasanya tetap sama dan istimewanya yong tau foo di sini adalah terletak pada kuah dan sambal yong tau foonya yang lazat dan yang penting ia adalah YONG TAU FOO YANG HALAL.

Sebenarnya saya kagum dengan Restoran Manjung Yong Tau Foo ini, sebab ia bermula dari bawah iaitu berniaga di pasar malam, kemudian melonjak naik, mendapat sambutan hebat dari penduduk sekitar Manjung dan kini mempunyai dua cawangan iaitu, di Manjung dan Kuala Lumpur. 

Restoran Manjung Yong Tau Foo
Sistem Layan Diri @ Self-Service

Pakej Yong Tau Foo

Dalam restoran

Wajib Cuba

Okay terharu ...

Jika di sini, tak sah jika tak rasa air bandungnya. Terdapat beberapa jenis air bandung seperti D'Bandung Special, Bandung Soda, Bandung Cincau, Bandung Strawberry dan Float. Kami sempat mencuba D'Bandung Special. Perghhh ..  sedap! Kombinasi Bandung + Cincau + Air Cream memang mantap.

D' Bandung Special

Food review kali ni dihadiri blogger-blogger seperti Maha, Nazlan, Putery Memory, Atika Ramlan, Dik Bee, Beki, Mawardi Yunus, Dr Fuh, Abam Pojie, Nannie Isa, Trek Selebriti dan Potia. Sebelum makan, masing-masing sibuk bergosip dan sesudah makanan sampai .. hamek kau! Diam tak terkata. Masing-masing sibuk menikmati keenakan yong tau foo di sini. Hahaha.

Menunggu makanan

Pemilik kedai 

Dan, sebenarnya saya tidak berapa suka yong tau foo kerana kesukaran untuk mendapatkan rasa yang sedap. Rata-rata yang saya beli tawar dan seperti kekurangan bahan. Namun, kehampaan itu terisi apabila saya ke sini. Jika di luar sana, kita selalu beli yang cicah dengan sos dan disaluti dengan kacang, tetapi di sini terdapat sedikit kelainan yang mereka cuba sampaikan.

Manjung Yong Tau Foo

Sosnya memang terbaik. Pedas tapi sedap. Bagi yang tak makan pedas tu jangan risau, sebab sosnya diasingkan. Jadi terpulanglah tahap kepedasan anda. Nak pedas gila, adunkan semua sekali, tapi kalau anda seperti saya, letak sikit pun dah terasa kepedasannya. Hehe. *iolss tak makan pedas, lols*

Dan bagi menu yong tau foo, terdapat tiga jenis yong tau foo yang terdapat di sini. Antaranya adalah Yong Tau Foo Sup, Yong Tau Foo Goreng dan Yong Tau Foo Sambal Kacang. Harganya mengikut apa yang anda pilih. Setiap item berharga RM2. 

Saya punya ... hehe

Selain yong tau foo yang saya cakap tadi, terdapat juga makanan-makanan lain seperti kuey teow sup yong tau foo, mee sup yong tau foo, sotong kangkung, kuey teow kerang yong tau foo, mee goreng yong tau foo, mee bandung yong tau foo dan lain-lain. 

Selain itu, terdapat juga menu-menu lain seperti nasi ayam madu, nasi itik madu, nasi goreng (pelbagai jenis), menu berlauk dan lain-lain lagi. Yang pasti, kalau dah datang sini, haruslah try menu specialnya. Betul tak?

Mee Bandung Yong Tau Foo

Yang ni kita lupa apa nama dia .. mee bandung juga kot?

Kuey Teow Kerang Yong Tau Foo


blogger-blogger bersama owner MYTF

Memang best sesi food review kali ini. Owner Restoran Manjung Yong Tau Foo pun berkumpul demi memastikan semua berjalan dengan lancar. Owner sangat sempoi dan peramah. Tahniah Nazlan Nasir (link) kerana berjaya organize satu sesi food review bersama blogger.  Terima kasih.

sesi menandatangani buku visitor ... hehe

Dan kepada anda yang dah terliur tu, tunggu apa lagi ... JOM TRY!

Manjung Yong Tau Foo

Restoran Manjung Yong Tau Foo
The Trillium, Sungai Besi, Kuala Lumpur
(berhampiran LRT Sungai Besi & bersebelahan Bank Muamalat)

Koordinat :
3•03'36.1"N 101•42'36.0"E

Facebook :

Instagram :

Email :
manjungytf@yahoo.com

Waktu Operasi Manjung Yong Tau Foo :
Dibuka setiap hari (ditutup 2 hari dalam sebulan)
12 tengahari - 12 tengahmalam

Newer Post Older Post Home

18 comments:

  1. Mcm best je... Nak cuba lah nanti. Dekat je ni. Sy di Serdang je

    ReplyDelete
  2. Memang tidak menghampakan...

    ReplyDelete
  3. Jika Anda memiliki Restoran atau Rumah Makan, sebaiknya Anda menggunakan Dus Makanan untuk mendukung aktivitas Usaha Anda.

    ReplyDelete
  4. Wahh.. dah buka cawangan kt kl..

    ReplyDelete
  5. Wow....mata mmg x leh lari dr tgok semua ni....

    ReplyDelete
  6. d'bandung special nampak sedap.. yum yum

    ReplyDelete
  7. Leh saya tau cawangan kat kl tu pindah mana

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane