MISTERI KEHILANGAN MH370 MENARIK PERHATIAN DUNIA

By | 3/10/2014 11:46:00 am 8 comments
Sejak kehilangan pesawat MH370, suramnya blog ni. Ada beberapa entri pending, tapi mood untuk berblog bagaikan hilang. Waktu tidur yang tidak menentu, menunggu dengan penuh harapan. Bangun pagi dengan harapan, semoga good news bakal menyusul kelak.

Misteri kehilangan pesawat MH370 Malaysia Airlines ini sedikit sebanyak memberi impak kepada kami berdua. Benarlah kata orang, cubit peha kanan peha kiri terasa. Untuk pengetahuan kalian, salah seorang juruterbang pesawat ini adalah rakan kepada Encik H, Fariq Abdul Hamid. 

Bagi aku pula, aku berasa sedih. Kenapa Malaysia Airlines? Malaysia Airlines yang sememangnya terkenal dengan rekod cemerlang keselamatan kapal terbangnya. Sedihnya. Memang misteri sungguh kehilangan flight MH370 ini.

Aku rasa sedikit tersinggung bila membaca kritikan dan komen di laman sosial kononnya ini salah pilot, salah kapal terbang, salah itu dan salah ini. Sedapnya kalian menyalahkan orang. Bolehkah kalian cuba letakkan diri kalian di dalam situasi ini? Bukan senang nak handle sesebuah pesawat. Trylah kendalikan sebuah pesawat dan ada yang sesuka hati cakap, "Hey dah tak jumpa, announced je lah kematian". Amboi. Sedapnya bercakap. Cuba ahli keluarga korang dalam flight ni. Apa perasaan korang? *huh, geram*

Well said. Kerja Juruterbang bukanlah kerja yang mudah.
RISIKO TINGGI

Sedangkan di hospital, doktor nak mengumumkan kematian pesakit pun susah. Lagi satu, jangan membuat spekulasi bukan-bukan. Jika benar terhempas di mana bangkainya? TOLONG JAWAB wahai manusia yang kononnya 'cerdik'. Fikir sebelum bercakap. Kalau korang cerdik sangat, dimana pesawat ni sekarang?

Misteri kehilangan MH370 ini memberi impak kepada semua orang. Khususnya ahli keluarga MAS. Aku percaya dengan adanya bantuan-bantuan luar, misteri ini dapat diselesaikan kelak. Sehubungan dengan itu, aku meminta jasa baik kalian untuk sama-sama mendoakan agar MH370 ini selamat. 

Sedihnya aku apabila mendapat tahu terdapat dua bayi dalam kapal terbang ini. Apalah nasib mereka. T_T. Dah, aku taknak fikir positif. Takde siapa yang sanggup menerima kehilangan ahli keluarga. Korang doakanlah ye. Jangan berhenti berharap. PLEASE.

To Fariq, kami menanti kepulangan anda. Begitu juga Captain Zaharie Ahmad Shah, crew-crew serta para penumpang yang dirindui sekalian. We all miss you so much!

PRAY FOR FARIQ

Untuk para penulis blog, mahupun para pemilik Twitter sekalian. Janganlah menulis tanpa bukti. Janganlah menulis tanpa memikirkan perasaan ahli keluarga mangsa. Benda yang belum disahkan betul. Janganlah dek mengejar traffic uv/pv, korang bagi maklumat palsu kepada pembaca dan followers. Nampak bodoh sangat. Kalau nak share info, share sesuatu yang benar dan pasti. Bukan menulis berdasarkan spekulasi bodoh yang timbul di laman twitter dan lain-lain.

Untuk pemilik mulut. Kurangkan mengeluarkan spekulasi. Kata-kata korang mungkin menyinggung perasaan ahli keluarga mangsa. Kalau korang setakat duduk rumah makan nasi lemak, tak payahlah berkata-kata. Biarlah pihak berkuasa sahaja yang mengeluarkan maklumat. Diorang lebih arif.

Untuk warganegara Malaysia, hal ini tiada kaitan dengan memana individu yang korang salahkan. Hentikan spekulasi merepek. Sebaliknya berdoalah untuk kesejahteraan para penumpang pesawat MH370. Itu lebih baik dari menfitnah dan menyebarkan benda palsu. MOHON kerjasaman korang. TOLONG HENTIKAN.

Terima kasih kepada semua yang membantu dalam mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370. Baik dari pertolongan jasmani dan rohani. Jangan berhenti berdoa dan berharap. Semoga semuanya selamat. Insyallah.


by Atira Ariffin.

MH370 , KAMI MERINDUI KALIAN
Menunggu dengan penuh harapan

Ya Allah ..
Andai ia di langit, Kau turunkanlah
Andai ia di laut, Kau timbulkanlah
Andai ia di darat, kau tunjukkanlah.

Amin Ya Rabbal Alamin

Newer Post Older Post Home

8 comments:

  1. Hello There. I found your blog using msn. This is a very well written article.

    I'll be sure to bookmark it and come back to read more of your useful info.

    Thanks for the post. I will definitely comeback.

    Review my webpage คิ้วสามมิติ

    ReplyDelete
  2. Thanks very nice blog!

    Visit my web blog คิ้วสามมิติ

    ReplyDelete
  3. Every weekend i used to pay a visit this web page, as i want enjoyment, for the reason that this this web page conations
    truly nice funny stuff too.

    Also visit my webpage - age of warring empire hack

    ReplyDelete
  4. masih belum dikesan.. walaupun tak relatives atau family naik MH370 pada waktu itu.. kita sebagai rakyat malaysia risau.. tapi ada segilintir rakyat ni mulut tak leh jaga.. hmmm

    http://iluvtour.com

    ReplyDelete
  5. ni, baru betul !! bukan macam orang lain, pandai2 je buat spekulasi yang x berasas...

    ReplyDelete
  6. kita turut simpati dgn mereka dan keluarga mereka...Innalillah..

    ReplyDelete
  7. Keyboard warrior mmg sucks...tunggu kena kat batang hidung diorg...baru syp kot...

    ReplyDelete

Jangan malu-malu untuk komen .. Thank you :)

American Airliner Plane