"Don't judge a book by its cover!"
Eh, apa kaitan pepatah tu dengan entri hari ini? @_@
Kawasannya agak terpencil di Sg Penchala, namun kehebatannya sering menjadi bualan hangat pengunjung yang pernah datang ke sini. Terletak di kaki Bukit Lanjan, restoran ini sentiasa menjadi pilihan penggemar-penggemar makanan yang datang dari pelbagai tempat.
Restoran Subak ini tidak terhad kepada satu jenis makanan sahaja. Anda boleh mencuba pelbagai makanan seperti masakan barat, dessert, masakan asia dan banyak lagi. Tapi yang wajib anda try adalah MASAKAN BARAT. Fuhhh, melelehlah airliur. Memang sedap!!
Ratings :
Food : 5/5
Service : 5/5
Cleanliness 5/5
Current Visit : 4/1/2014
Kalau lihat persekitaran luar Restoran Subak ini, pasti anda tidak menjangka, keadaan di luar amat berbeza dengan yang ada di dalam. Jadi, don't judge a book by its cover. Saya pun pada mulanya, sangsi. "Betul ke ada restoran kat dalam ni?" .. "Macam rumah orang je.." Erk!! Tapi ternyata tanggapan itu salah sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam restoran ini.
siapa sangka kan? kat luar macam ni... tapi kat dalam.. FUHHHHHHH!!
Berkonsepkan flora dengan tagline "dine in nature", ternyata landskap yang ada di sini amat memikat hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini. Cozy, romantik, santai... memang seronok! Tempat ini juga sering menjadi pilihan bagi pasangan pengantin untuk mengadakan majlis perkahwinan.
Selain itu, bagi pasangan kekasih pula, kat sini ada tempat khas untuk anda. Lebih privasi dan lebih santai. Sambil makan, sambil melihat kolam ikan.. Tenangnya..
Selain itu, kat bahagian atas juga terdapat ruang untuk bersantai bersama keluarga mahupun sahabat handai... Ruang lebih luas dan lebih privasi.
Mahu ke tandas?? Anda perlu mendaki tangga yang disediakan. Kalau tak nak lalu sini pun tak mengapa, ada jalan tar untuk sampai ke sini.
Terdapat dua surau di sini. Satu yang tertutup dan satu lagi surau terbuka yang dibina bagi kemudahan pengunjung yang datang lebih-lebih lagi pada bulan puasa. Saya difahamkan Restoran Subak ini FULL HOUSE.
surau tertutup
surau terbuka
Sekarang, ayuh kita lihat apa yang istimewanya Restoran Subak ini sehinggakan ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak makan kat sini...
Subak's Special Drinks??? YUMS YUMS.
Aiseyman.. susah nak buat pilihan .. semuanya sedap!
Tapi pada hari tu terdapat kelainan sikit .. Kerana kami disajikan dengan hidangan buffet lauk-pauk masakan Melayu. Lebih istimewa kat Subak ni, dia ada Eksekutif Chef yang tersendiri iaitu Chef Hassan Abdullah yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang masakan.
Nak tahu sedap ke tak.. Kenalah datang dan rasa sendiri. Tapi saya jamin, sekali anda datang pasti anda akan datang berulang-kali. Hehehehe.
singki basuh tangan
kaunter bayaran
kat sini juga pernah berlangsung event Earth Hour 2009
eh, Konah.. nak pergi mana tu?
bloggers dan ahli-ahli Friends Of Negeri Sembilan
Terima kasih Restoran Subak dan Friends Of Negeri Sembilan.
Insyallah, saya akan datang lagi.
orang kuat Subak bersama orang kuat trip pada hari itu
Lokasi ???
Restoran Subak Sg Penchala
Jalan Penchala Indah,
60000 Kuala Lumpur
No Tel :
03 7729 9030
Waktu Operasi :
11 am - 11 pm
Website :
ada instagram? jangan lupa hashtag
#foodtourism #VMY2014 #Subakrestaurant #SgPencala
#foodtourism #VMY2014 #Subakrestaurant #SgPencala
Tempat nie memang ada suasana romantik laaa....tapi kena standby ubat nyamuk la ye....hahahaha
ReplyDeletenot bad tempat ni ek
ReplyDeleteWah hebat...never been here tapi tengok gambar pun Dah tau best. Thanks Tatie nanti kita nak singgahlah..nway salam Aidil adha ya...
ReplyDeletesntainya! n foods look yummy too! :)
ReplyDeletesuasananya look nyaman...mesti best menikmati hidangan..
ReplyDeleteagree
DeleteSukalah tengok dia punya interior. Cantik, kemas, sedaplah mata memandang.
ReplyDeletekan.. mest makan pun tenang je
DeleteNampak cantik je.
ReplyDeletesetuju sangat, suasana tu the best!
DeleteMakanan tu nampak sedap!
ReplyDeletebetul2, tambah dengan susana yang tenang mest lebih sedap
Deleteextremely cozy, mest best je makan :)
ReplyDelete