Hi, Assalamualaikum semua. Hari ni, nak cerita pasal Kuala Kangsar. Topik terakhir mengenai Railway Tourism Program ke Perak. Sebab lepas je melawat Bandar Diraja ni, kami terus shoot balik Ipoh dan naik ETS balik KL Sentral pada hari yang sama.
Apa yang menarik kat Kuala Kangsar Perak ni?
Bandar yang berkeluasan 204.94 km per segi ni terkenal dengan nama lain iaitu Bandar Diraja dan terkenal dengan adat Melayu yang sangat kuat. Maka tak hairanlah jikalau perusahaan labu sayong, sulaman tekat, keris dan pelbagai lagi masih mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat.
Dan, siapa tidak tahu kehebatan The Malay College Kuala Kangsar yang telah melahirkan ramai tokoh politik dan ahli pernigaan. MCKK ni adalah antara sekolah berasrama penuh yang sering mendapat tempat dalam toplist sekolah terbaik di Malaysia.
Rombongan Sahabat Media dan Railway Tourism baru-baru ini sempat singgah ke bandar Kuala Kangsar ini untuk meneroka keistimewaan yang terdapat di Bandar DiRaja ini. (alang-alang dari Victoria Bridge, moh ler singgah ke pekan kuala pulak).
bangunan-bangunan lama masih dikekalkan di bandar diraja ini.
Kalau ke Kuala Kangsar, jangan lupa pekena Laksa Karim. terbaik!
Saya difahamkan, laksa kuala adalah antara tarikan utama di Bandar DiRaja ini. Jadi kalau ke sini, singgah-singgahlah makan laksa. Bukan Laksa Karim je, tapi banyak gerai-gerai laksa kat sini yang boleh anda cuba.
Kat Bandar Kuala Kangsar juga banyak kedai-kedai yang menjual souvenir dan paling saya tertarik dengan jala ni. Haaa, nak tahu kenapa? Jawapannya ada kat bawah.
antara yang anda dapat lihat di bandar ini
inilah jawapannya... MEMANCING.
Bagi mereka yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Bandar DiRaja ini, jangan lupa merasai pengalaman naik bot penambang. Bot ini akan menyusuri Sungai Perak dan bagi yang gemar memancing, ini peluang terbaik untuk anda. Lain tempat lain lubuk ikannya yop!
picture credit to Nannie
Seperti yang saya cakap, bandar ni terkenal dengan perusahaan tradisional dan masih mendapat sambutan daripada penduduk dan juga pelancong yang datang berkunjung ke sini. Salah satunya adalah Labu Sayong.
Menurut cerita orang lama-lama, Labu ini dipercayai telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk semasa pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk telah menyumbang idea dan kebolehannya kepada penduduk kampung sehingga ramai yang mampu membuat labu sayong dengan baik.
antara kraftangan yang boleh anda beli sebagai souvenir
Stesen KTM Kuala Kangsar
(namun masih belum dibuka lagi)
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
(picture credit to Nannie)
Masjid yang terletak di Bukit Chandan ini telah dibina oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada tahun 1887-1916 kerana ingin membayar nazar sebaik sahaja pulih dari penyakitnya. Masjid ini juga adalah antara salah satu mercu tanda Malaysia dan lambang kemegahan penduduk Perak.
Victoria Bridge
Ini tak perlu saya cerita, just klik sini untuk info : Victoria Bridge
antara kuih muih tradisional yang wajib anda rasa
Istana Kenangan atau kini dikenali sebagai Istana Lembah
(picture credit to Khai)
Istana ini adalah antara simbol warisan diraja yang terdapat di Bandar Kuala Kangsar ini. Istana ini telah dibina pada tahun 1926 dan 100% diperbuat daripada kayu.
Sebenarnya banyak lagi tarikan yang terdapat di Bandar DiRaja Kuala Kangsar yang boleh anda lawati. Namun dek mengejar masa, kami hanya dapat singgah di beberapa tempat sahaja. Insyallah, akan datang lagi di masa akan datang.
Jadi, korang... AYUH, cuti-cuti Malaysia. :)
Jom Cuti-Cuti Malaysia Bersama Saya
Tahun Melawat Malaysia 2014
Program yang unik. Saya pasti ia adalah trip yang best.
ReplyDeletealhamdulillah :)
Deletebanyak tempat menarik di kuala kangsar
Deletenice sharing......Kuala Kangsar berbaloi untuk dilawati.
ReplyDeletewill be visiting soon.. hehe
Deletemasjid Ubudiah mesti pergi bila jejak kaki di kuala kangsar
Deletenice info! :)
ReplyDeletecantik menarik kuala kangsar
DeletePernah singgah stesen bas kuala kangsar ja. Hehe
ReplyDeletehaha, stesen bus pun boleh hehe
Deletejanji dah pernah jejak kaki di sini
DeleteAkak x habis explore lg kuala kangsar ni....mmg byk tempat cantik2
ReplyDeletetak pernah pegi lagi, tapi nmpak cntik .. hehe
Deleteso kena pergi...bandar diraja kan...
Deletebanyak sangat tempat best nak pergi
DeleteBanyak tempat yang menarik di kuala kangsar ni ye.
ReplyDeletebetul tu hehe
DeleteMasjid Kuala Kangsar tu paling unik...cantik
Deletemesti ada lagi tempat best nak jelajah
DeleteInsyaallah suatu hari nanti pergi sana. ;D
ReplyDeletekan. saya pun nak pergi juga. nampak menarik sangat.
Deletejom pergi sama-sama sally
Deletewill be visiting here bila ada peluang nant :)
ReplyDeleteteringin jugak nak pergi kuala kangsar
Deletecantik2 ny kraftangan :)
ReplyDeletenanti boleh beli
Deletesemua cantik kan
ReplyDeletedulu masa kecik selalu tengok majsid Ubudiah jadi ikon kad raya..
ReplyDeletebandar lama penuh dengan sejarah
ReplyDeletelagi bagus gov perak kekalkan tradisi bangunan lama kuala kangsar tu
ReplyDelete