IDEA UNTUK BAJU RAYA

By | 4/09/2012 08:52:00 pm
Raya lambat lagi.

Tapi rata-rata tailor sudah mula menerima tempahan. Seperti biasa, siapa cepat dia dapat!  

Saya? hehehe. tengah gelabah mencari design.. susahnya nak buat keputusan!!!  design yang tu saya nak, yang ni saya nak.. EH.. mana satu ni??? haa.. anda pula bagaimana? tahun ni tema apa? tempah kat mana? ehhh banyak pula soalan saya ni! hehehe.

Tahun ni juga tahun pertama saya beraya dengan encik H dan sudah tentulah kena fikir untuk dia sekali! hehehehe. Matching2 gitu! alah, baju lelaki simple je.. tak baju melayu johor, baju melayu pahang dan baju melayu apa pun boleh!!! tak ditelan dek zaman! senang bukan?

untuk raya tahun ni, saya dah kemukakan beberapa warna tema kat encik H, antaranya....

i) aqua green
ii)lavender
iii)sky blue
iv) dusty teal
v) light coral

dan, of course my favourite colour ... ivory white


untuk design pula, saya dah dapat beberapa design yang saya suka .. tapi sebelum tu minta maaflah sangat2..lupa nak save dari mana dapat gambar2 ni semua. hehehe. SORRY! (mana yg saya tak credit tu sorry tau! sumpah lupa!)

old time favourite! chiffon - jahit dengan lace/sulam+manik
dress dari Rizman Ruzaini 
kebaya pendek ni nampak sangat menawan!
design musim sekarang ke? ramai je buat bahagian leher macam ni!
meletup nyah!! mungkin ambil yg bahagian atas sahaja! 
kalau bawah pengsan! nak kahwin lagi kah?
design mcm ni pun saya suka jugak! (esp tang ribbon tu)
by FF Couture ... macam tak kena je dengan gaya ni
yang ni lawa juga. simple dan cantik
by Nurita Harith ..
by syara kim
i love this design but macam tak sesuai dengan saya je
baju Scha Al Yahya by Baharim ni pun cantik jugak!
sweet kan? especially bahagian ribbon tu
abaikan veil tu, tudung tu, dan kain panjang tu. 
ambil baju sahaja. OK TAK?
mungkin boleh ambil design dari bridesmaid dia ni! 
dari dulu sampai sekarang, baju Zery Zamry ini menjadi pujaan hati
putih bersih digayakan dengan bunga besar! 

banyak lagi design-design meletup dari pereka-pereka tempatan! i'm proud of them!!! baju diorang memang gah! duit saya je yang tak gah-gah! ($_$)

so, macamana? susah kan nak buat keputusan! tapi this year but hook or by crook, saya nak hantar kain awal! serik dah 3 tahun berturut-turut baju tak sempat siap! at last, kena pakai baju beli.. tak mahu lah macam tu.. dah la badan saya ni makin lama makin montel! confirm susah nak dapat size! 

anda tahu kat mana ada tailor yang affordable tetapi hasil jahitan mereka kemas dan cantik? berkongsilah dengan saya! email me : izzati_ghafur@yahoo.com
Newer Post Older Post Home
American Airliner Plane