TRAVELOGUE TO KUCHING VER.6

By | 3/11/2012 12:00:00 am
Bercuti di Kuching | Oleh sebab I rasa daH berjela-jela dah cerita pasal Kuching ni, dari ver 1 sampai lah sekarang ver 6. I think, version 6 ni, gabung je lah cerita-cerita sampai hari ke sepuluh.  kalau tak, cerita pasal Kuching ni takkan habis! hehehe.

Mesti ada di antara kamu sekarang rasa macam nak pegi sini kan? Cepat-cepatlah book tiket! Kuching ni best. Tak tipu!! Makanan kat Kuching semua sangat sedap. Bakal kick tastebuds anda.

Kalau datang ke sini, cubalah merasai suasana kehidupan mereka kat sini. belajar cara life mereka, budaya mereka, percakapan mereka dan apa sahaja mengenai sarawak! and you will feel like arghhh seronoknya Kuching ni. Yes, I did it! Mereka kaya dengan budaya dan adat.

Pelbagai kaum yang terdapat di Sarawak ni seperti Bidayuh, Cina, Melayu, Iban dan banyak lagi. Dan sebab tu jugalah, kat sini  terdapat variasi makanan.

Dah berhenti membebel. JOM layan gambar-gambar ni... (^_^)

Sungai Samarahan
Masa hantar Serina ke Unimas, we all sempat lagi singgah kat sini. Sungai ni banyak buaya tau dan juga banyak udang galah. Yang bestnya, siap ada feri angkut kenderaan untuk menyeberangi sungai 

 
 udang-udang ni masih hidup tau!! fresh dan besar-besar
tak dapek camni kat semenanjung dek! kalau ade pon mahal!

Taman Sahabat China-Malaysia
Taman ni dekat je dengan rumah amera. Taman ni dibuat sebagai simbolik persahabatan antara negara China dan Malaysia. Gambar kat bawah ni adalah pintu gerbang China.


Rumah Hijau Cafe
Rumah Hijau Cafe ni tak asing lagi bagi penduduk Kuching. Sangat famous tetapi makanan dia cepat habis. Siapa dulu dia la yang dapat makan. cafe ini terletak berhampiran dengan Pasar Satok.
 kat atas ni Mee Kari versi sarawak. Sangat pekat. U should try this!

Perut da kenyang, mata dah layu
katil da mula memanggil-manggil

Tibalah masa untuk I ke tempat penginapan seterusnya

Hilton Kuching
(i'm back.. hehehe)

Kali ni bilik agak masyuk, bilik yang sangat besar. Nak guling-guling sampai besok pun takpe. Hehehe. Tapi sayangnya kami berdua je. Sangat tak berbaloi!!! Hahaha.

KING RIVERVIEW SUITE  AT HILTON KUCHING


    
Peter Thomas Roth

Topspot Seafood
Malam tu sekali lagi dinner kat Topspot Seafood. Kali ni Encik H belanja. Yeay!! Kalau datang Kuching tak pekena seafood memang tak sah.

Bukit Mata Seafood
udang galah bakar cheese
udang masak nestum
sotong masak cili kering
ikan masak stim halia

Masa we all pegi tu, midin belacan dah abes.. terpaksalah tapau dari kedai lain!
MIDIN BELACAN memang terbaik!

my last day (not very last daaa...)

Hari kelima tu kira my last day at kuching. Sebab on the 6th tu, i tak pergi mana-mana lagi and my flight jam 12.45pm.. (sempat pergi Mira Kek Lapis je - amek kek lapis India yang diorder Jumaat lepas)

My last day dipenuhi dengan sesi food hunting. Biarpun merancang nak pergi pelbagai tempat seperti Matang Wildlife Centre, Wetland la dan macam-macam lagi, tapi akhirnya dengan pencarian jalan-jalan cari makan sahaja. hehehe. 

At first, I nak pergi Barong Tinuk, tetapi tutup pulak. Then, kitorang ke Seven On Seven, pun tutup. haishhh. Time-time last day ni la kau nak tutup ye? Last-last ke Bimmers Cafe je. Ketiga-tiga restaurant ni pernah masuk jalan-jalan cari makan Tv3. 
OMGGG sumpah mee jawa ni terbaik! sedap gila ok!

Then, we all jalan sekitar Muzium Kuching
Muzium Kuching berhantu?? taklah... karut je semua tu

Kat sini ada tiga muzium, Etnologi, Seni dan satu lagi I dah lupa apa. Dibelakangnya ada Aquarium yang menempatkan pelbagai jenis ikan, dan kat belakang tu ada taman. Kat taman tu ada kubur kristian dan cina. Kata Mera, kat situ juga ada makcik stall yang jual laksa sedap! 

Then, singgah kat Panggung Udara Kuching. Tempat ni very exclusive you all. Kalau nak buat pre wedding, kat sini pun boleh. It is a garden, but dibuat sebagai panggung udara. Kadang-kadang ada show kat sini. Depend!


Then singgah pula ke Planetarium Kuching or Civic Centre Kuching. Kalau nak tengok Kuching dari sudut 360 bolehlah naik menara ni. Memang nampak, cuma boring sikit. Tourist pun tak ramai ke sini. Kalau lapar, kat sini juga disediakan cafe kat tingkat satu.

Bolehlah makan feeling-feeling KL Tower. hahaha. Kat sebelah Civic Centre adalah Planetarium Kuching. Tapi masa we all pegi, tengah renovation. Tak dibuka lagi. Pameran start akhir bulan ni..  

Itu sahajalah cerita di Kuching! sangat best! SANGAT BEST. Kuching best for seafood. Best for those yang suka pada national park. Best for those yang suka history and culture.

sampai mummy tanya
"apesal da berisi ni? baru 10 hari pegi"
hahaha!!!

[END]

Newer Post Older Post Home
American Airliner Plane