Baru-baru ni aku join satu Program Masak-Masak Blogger atau lebih manja dengan nama 'Rendezvous Blogger Part 1 2014' yang bertempat di Abuain Kitchen Studio, Bandar Sri Putra Kajang. Terima kasih Nazlan (link) sebab sudi ajak.
Walaupun pada mulanya aku awkward (sebab Nazlan je yang aku kenal), tapi lama-kelamaan perasaan awkward tu hilang. Program yang berlangsung dari jam 9 pagi sampai 6 petang ini adalah bertujuan bagi memperkenalkan Abuain Kitchen Studio yang baru dibuka Januari lepas untuk mereka yang nak belajar memasak. Bagus tu.
Jadi, sepanjang hari tu aktiviti kami adalah makan, masak, makan, masak .. sampai kembung perut. Alhamdulillah, rejeki .. hehehe. Siapa kat sini nak belajar masak .. angkat tangan..!!! Ok jom sertai kelas memasak di Abuain Kitchen Studio Kajang.
Aturcara Program
Abuain Kitchen Studio ni adalah milik Encik Hakimin Muhammad dan aku difahamkan nama Abuain ni adalah gabungan nama keluarga mereka. Sorry kalau silap.
bersih dan sedap mata memandang
owner Abuain Kitchen Studio yang juga empunya blog kuahkari.com
Masakan pertama adalah dari Puan Najwa dan Encik Lutfi iaitu masakan arab. Untuk pengetahuan korang, Puan Najwa ni dilahirkan kat Saudi. Dibesarkan kat sana dan masa baru-baru kahwin, dia tak reti langsung cakap Melayu. Tapi lama-kelamaan, fasihlah sikit-sikit. Hehehe.
Dan selepas Program Masak-masak Blogger ini, sesiapa nak join kelas Puan Najwa bolehlah datang ke Abuain Kitchen Studio. Bayaran adalah RM150/seorang dan belajar masakan arab (starter/nasi mandy/dessert/drink). Siapa nak belajar masak dan nak resepi nasi arab silalah join!
Syabsyuqah dan Lagatil
Kemudian, kami rehat beberapa minit. Makanan tengahari disediakan. Bukan setakat makanan arab, pelbagai jenis makanan. Dari nasi, kuih muih, pulut durian .. pendek kata, macam-macam ada. Ala-ala potluck. Ada yang sudi membawa hasil air tangan mereka.
tengok camana aku tak kembung? ni baru tengahari.. petang bertambah
sesi gosip.. eh borak-borak. hehe
suasana di Abuain Kitchen Studio
Seterusnya adalah Demo Dessert by Puan Azian Elias. Demo membuat puding roti butterscotch. Istimewa puding roti butterscotch ni, dia ada ferrero rocher. Sedapnya. Memang berbaloi datang hari tu. Secara tak langsung bolehlah upgrade rasa puding roti yang aku buat sebelum ni. Thanks Puan Azian for the recipe of Butterscotch Bread Pudding. So yummy.
tekun
tengok tu.. pergh.. terliur tak?
Next, adalah tetamu istimewa iaitu Chef Adu Amran. Antara chef terkenal selepas Chef Wan. Haha. Bagi siapa meminati rancangan Masterchef Malaysia of course kenal. Chef Adu ni hebat dan mempunyai pengalaman memasak di London sebelum pulang ke Malaysia. Orangnya peramah dan tak lokek ilmu.
Ruginya korang tak join Program Masak-masak ni kerana free dan ada tetamu jemputan yang hebat seperti Chef Adu ni. Tapi takpe, lepas ni daftar terus kat Abuain Kitchen Studio ye? Hehehe.
Sesi borak-borak bersama Chef Adu
Chef Adu ni juga adalah owner Adu Amran Management and Services (Masterchef Izyan Hani pun under management ni juga). Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut, sila click link ini : link.
itu dia.. skill chef dah mai
Salad Salmon Kukus
Homemade Strawberry Jam and Roti
lepas je chef habis masak, semua datang dekat.. sebab tak boleh tahan bau
Sodap, den koba kek ekau.. hahaha
my ex-coursemate, Syaer selaku PA Chef Adu
Sesi bergambar dengan Chef Adu
Camwhore bersama Syaer
Seterusnya adalah Demo Udang Masak Lemak Cili Api Bersama Nenas by Puan Azie Azah. Tapi yang ni aku miss sebab duk borak-borak kat luar. Hahaha. Ya Ampun! Kita teruskan ke Demo Kuetiow Abang Zam. Ramai yang nak tahu rahsia buat kicap kuetiow tapi malangnya, demo ni dah siap-siap buat dari rumah. Jadi kalau nak tahu, joinlah kelas masakan ni ya.
Pssst, aku dah tahu buat Char Kuetiow setelah 2 kali tak jadi buat. Hahaha. Memang susah tapi korang jangan putus asa. Untuk menghasilkan masakan yang sedap, memang sekali sekala kena failed dan cuba, cuba dan cuba sampailah menjadi. Ini TIPS dari saya. :)
the making of Kueytiow
Next, adalah Demo buat Coklat by Izan Aziz. Supposedly, sebelum demo coklat adalah Sesi bersama Masterchef Izyan Hani. Tapi malangnya Masterchef Izyan Hani lambat sampai. Hampir dua jam kami tunggu dia, so teruskanlah dengan demo coklat ni.
Kelas buat coklat juga turut ada di Abuain Kitchen Studio. Siapa berminat khususnya bagi siapa yang nak buat business coklat ke or buat saja-saja untuk raya, bolehlah join ye.
Puan Izan Aziz
sedapnyaaa..
Dan yang terakhir pada hari itu, adalah sesi bersama Masterchef Izyan Hani. Ada yang dah balik time ni sebab lama sangat tunggu. Tapi takpelah, aku tunggu lah juga sampai dia datang. Hehehe.
Izyan Hani ni juara Masterchef Malaysia Season Kedua. Selain dari kerjayanya sebagai Ahli Geologi, dia juga mempunyai bakat dalam memasak. Orangnya manis dan banyak cakap, tak lokek berkongsi cerita. Eh, dia juga baru keluarkan buku bertajuk 'Cerita Rasa Izyan Hani Dari Dapur Bonda Ke Dapur Masterchef'. Sila beli cepat. Macam-macam resepi ada.
sesi pengenalan dengan Masterchef Izyan
sedang menerangkan cara-cara buat pavlova
alahai rasa nak grab dan makan terus
macam comel je.. macam sedap je
bergambar sebelum balik dengan Masterchef Izyan Hani
Fuh, memang memenatkan. Tapi ilmu yang aku dapat pada hari tu berbaloi-baloi. Bagi sesiapa nak join kelas memasak di Abuain Kitchen Studio, ni detailnya. Sila catat!
Abuain Kitchen Studio (exit Bukit Mahkota Nilai)
No.32, Jalan Seri Putra 1/2,
Bandar Seri Putra,
43000 Kajang.
No Telefon :
012 946 7994
Email :
wkhaihwm@gmail.com
Facebook :
Xdpt join sbb ade hal laa.. rugi2 x mai..ko mai rupenye ek..huhu
ReplyDeleteaah. aku join. rugi hang x mai. best!
Deleteevent live cooking seronok betul..
Deletebestnya
Deletekan
DeleteTerima kasih banyak-banyak menulis Entri ini dan juga terima kasih banyak-banyak kerana hadir tempoh hari, tidak sempat kita berborak panjang ya!
ReplyDeleteJemput datang lagi nanti!
sama-sama. kalau ada event masak-masak ajaklah lagi :)
Deletejgn lupa ajak akak tau
Deletenak join jugak
Deleteseronoknya dapat gather sesama bloggers :)
Deletebestnya..nk join jgk..:-)
Deletealaa. bestnya.
ReplyDeletehttp://nurulzayani.blogspot.com/
hehehehe. nanti join next time k?
Deleteakak pun nak join kalau ada peluang
Deletesaya pun sama, boleh tambah skill memasak
Deletekan, seronok sangat, kalau ada chance nak juga join.hehe
Deleteme too..i hope can be one of the lucky one to choose ;-)
Deleteah, yang goreng kuew teow tu cam kenal je
ReplyDeleteAbe Zam eh?
suami blogger kak ayu
aah :)
Deletemesti sedap kuew teow abe zam kan
Deletebestnya
Deletelook so yummy
DeleteTidak boleh tahan hendak tunggu siap memasak. :-)
ReplyDeletebau sedap.. buat semua jadi lapar. hahahaha
Deletebetul tu pavola pun comel..mesti sedap
Deletehaha betul sangat, terutama kalau tengah lapar
Deletebetul tu
Deletebest juga kalau dpt join kelas memasak..
ReplyDeleteboleh tambah skill nak masak menu kat rumah
Deletebetul2, boleh gain new menu lagi..
Deleteagreed
Deletebestny! :)
ReplyDeleteseronok pulak tengok kan
Deletekan
DeleteBestnyaaa. Sambil belajar masak dapat makan :p
ReplyDeletedapat jugak kenalan baru kan...
Delete& jumpa geng lama
Deletehaha betul2, setuju sangat.
DeleteAkak lg la rugi...mmg x pernah join je...baca kat sini je tgok betapa seronoknya event ni...
ReplyDeletetak pe akak nanti ada rezeki boleh pergi event macam ni
Deletekan next time boleh join kalau ada peluang ;)
DeleteMesti seronok kan..
ReplyDeletekan. nampak seronok je , dapat ilmu baru
DeleteDapat belajar masak ;)
ReplyDeletebetul2 hehe
Deletewah makan lagi.. blog tatie ni dah macam buku masakan..
ReplyDeletekan, best je tengok.. banyak gambar2 makanan yang sedap2.
Deletethu x pe..
Deletebestnya, smbil menimba ilmu masakan baru, dapat berkumpul dgn bloggers yang lainn
ReplyDeletekan..Kajang ni dh dkt dgn rmh akk..hehe
Deletesalad salmon kukus tu mcm sdp jer..
ReplyDelete