Latest Posts

Ahlah wa sahlan semua.
(amaran : entry ni mempunyai banyak gambar)

Benarlah kata orang, dari angan-anganlah sesuatu benda tu boleh jadi kenyataan. Beberapa hari sebelum berangkat, kat kepala ni asyik berangan kalaulah dapat bilik bertentangan dengan Burj Khalifa. Buka tingkap nampak Burj, nak tidur nampak Burj. Alahai, seronoknya kalau dapat.

Tup, tup ... bila melangkah masuk ke dalam bilik kat Manzil Downtown Hotel ni, rasa seperti bermimpi. Apa yang di-angankan tu jadi kenyataan. Alhamdulillah, syukur. 

Manzil Downtown Dubai

Hotel Manzil ni terletak kat Downtown Dubai, kalau Emirati sini panggil area ni "The Heart of Dubai". Kawasan ni kira kawasan elite kat sini. Berdekatan dengan hotel ni, Dubai Mall. Mall terbesar di dunia. Kalau nak pergi situ, jalan kaki je. Dekat gila!

Dekorasi hotel ni berkonsepkan tradisional arabic combine dengan modern concept. Memang cantik dan sangat selesa. Masuk-masuk je ada seperti satu aura meresap kat badan. Heeee. 

Lobby
 Front desk
Yang ni boleh ambil dan makan.. It's free!!
Welcome drink .. Boleh juga minta arabica coffee kalau nak.
Kemudahan internet dan komputer
Burung hidup

Hotel ni taklah tinggi mana. Bilik pun ada 4 jenis kategori je iaitu, deluxe room, deluxe pool view room, deluxe burj view room dan suite burj view room. Rasa-rasa korang, mana satu bilik aku? 

My room 615

Jenis Bilik :
Deluxe Burj View Room

Simple je bilik ni kan? Tak sarat dengan perabot dan nampak luas. By the way, hari tu seorang satu bilik. Dapatlah feeling lebih sikit. Hihihi. =P


Yang syok tentang bilik ni, of courselah pemandangan luar. 

Pemandangan luar .. (I miss this room so much)
Siang
Malam

Harga bilik?? Menggeletar tulang lutut bila check harga dia..  Tapi pengalaman stay sini selama empat malam, lebih bernilai dari nilai wang ringgit. Sampai sekarang kalau ingat mesti senyum-senyum kambing.. Sumpah rindu bilik ni wei. Tsk, tsk.

via Booking.com 

TV dia pun canggih, 42 inci flatscreen IPTV. Segala info pasal hotel, boleh klik kat sini. Ala-ala seperti komputer. Nak request something pun just klik kat remote tv. Oh ya, jangan lupa check message kat tv ni. Kengkadang hotel bagi message. Hehehe.


Toilet pula berkonsepkan terbuka. Memang dari luar pun boleh nampak. Tapi itu untuk bathtub. Kalau nak privasi, mandilah di tempat shower. Ikut suka korang ... Tapi kalau stay sorang-sorang macam aku, balun je dedua sekali. Hahaha.


Di sudut lain pula, ada meja tulis dan coffee & tea making facilities. Malangnya aku bukanlah pecinta coffee, so tak terusik sikit pun. Cuma teh dia je aku usik, teh TWG. Heee.


Kat bilik ni, korang tak perlu bimbang kalau tertinggal kepala plug. Boleh cas di belakang tv dan juga kat tepi katil. By the way, plug mereka sama macam plug kita. :)

Tempat Cas
Dalam almari
Ini pun berat ...

Tiap-tiap malam ada je surprise dari hotel. Strawberry salut coklatlah dan macam-macam lagi. Ni buat aku bertambah suka dengan Manzil Downtown Dubai ni. Cuma ... hurm takde papelah. Hehehe.


Anddddddddddddddddd, another part yang aku suka pasal hotel ni, Boulevard Kitchen. Kat sinilah kitorang sarapan setiap pagi. Main menu tetap (which bila korang duduk, pelayan dia akan datang and tanya nak makan apa), tapi for self-service menu hari-hari bertukar.

Bahagian tertutup
Bahagian terbuka di dalam
Bahagian terbuka di dalam
Sekejap ni kat bawah sekejap kat atas
 Variasi Jus .. (Susu kurma pun ada)
 Roti
 Variasi Minuman
 Jeruk?
 Bukan sekadar Omelet dan telur.. more than that!
 Bahagian Salad
 Kacang-kacang
 Buah-buahan (siap bagitau ni vitamin apa)
Kurma

Hotel ni juga dilengkapi dengan facilities seperti gym dan swimming pool di tingkat 1. Untuk gym dia buka 24 jam dan untuk swimming pool dari 7 pagi sampai 7 malam. Haaaa... Best kan? Tapi dek kerana jadual yang sangat padat, tak sempatlah nak bergym sangat. 

 
Gym
Temperature-controlled swimming pool

Dari sini ke tempat lain tak susah mana pun. Senang je access dia. Kat luar hotel ada tempat tunggu teksi. Kat sebelah hotel ada tempat tunggu bas. Sangat-sangat senang. Macam aku cakap, lokasi dia sangat best dan strategik. Memang aku suka gila area ni.

 

5 hari 4 malam tu rasa kejap sangat. Tak puas sebenarnya dok menghadap Burj Khalifa ni. Entah bila lagi boleh stay sini. Kenalah menabung .. Ye dop? Apa-apapun, terima kasih Dubai Tourism dan Emirates Airlines kerana menaja percutian ni. Terima kasih Manzil Downtown Dubai.

Sedih nak meninggalkan bilik T_T

Manzil Downtown Dubai Hotel
Sheikh Mohammed bin Rashid Boulevard,
Downtown Dubai, Dubai,
United Arab Emirates.
Sejak balik dari Dubai hari tu, ramai yang bertanya pasal Dubai. Apa yang best kat Dubai, panas ke Dubai, mahal ke Dubai dan macam-macam lagi. Actually semua ni bergantung kat korang sendiri. Ada duit semua benda tak mustahil. Kannn? Hiks.

Pengalaman kat Dubai tempoh hari sangat menyeronokkan. 5 hari tu rasa singkat sangat. I need more more and more days kat Dubai. Kalau korang tanya aku pasal Dubai, aku jawab .. Dubai ni sesuai untuk semua usia. Especially kanak-kanaklah. Nak main ski ada, nak tengok haiwan laut ada aquarium besar, nak pergi mall ada mall terbesar, nak mandi mandi pergi Atlantis and soon ada Legoland dan USS kat sini. Memang best!! Semua ada. Tetiba rasa macam nak pindah Dubailah. Eh? Hihihihi.

My Room View di Manzil Downtown Dubai

Kalau tanya panas ke idok, aku suggest korang datang hujung tahun (diorang panggil winter time). Lagi better dan lagi sejuk. Nak pergi Safari Desert pun best. Tak panas sangat. By the way, masa aku ke Dubai baru-baru ni adalah musim summer. Haa, jangan tak tahu Dubai pun ada winter and summer time. Hahaha. Eh siyes, tak main-main hokay!

Itinerary ke Dubai? Yelah, aku bagi. Nahhh!!!

HARI PERTAMA


10.30 am : 
Berlepas ke Dubai dengan flight EK345

13.30 pm : 
Tiba di Dubai International Airport (Waktu Dubai)

14.30 pm : 
Check-in at Manzil Downtown Dubai

15.30 pm : 
City Tour
- Jumeirah Public Beach
- Jumeirah Fishing Harbour
- Gold Souk & Spice Souk (***)
- Abra
- Dubai Museum (***)
- Jumeirah Mosque
- Al Fahidi District

19.00 pm :
Cultural Dinner di The Sheikh Mohammad Centre for Cultural Understanding 

21.00 pm :
Balik ke hotel balik. 
_______________________________________________________
HARI KEDUA

08.30 am : 
Sarapan pagi di hotel

9.30 am : 
Bertolak ke Atlantis Dubai

10.00 am :
Mandi manda di Aquadventure Waterpark Atlantis (***)

13.30 pm :
Makan tengahari di Kaleidoscope Atlantis The Palm

14.30 pm :
The Lost Chambers Aquarium Dubai (***)

16.00 pm :
Tea-time di Madinat Jumeirah (***)

16.30 pm :
Abra Tours di sekitar Madinat Jumeirah (abra bermaksud boat)
Free time di Souk Madinat Jumeirah

19.00 pm :
Cooking class di Top Chef Dubai (***)

21.00 pm :
Balik ke hotel
_______________________________________________________
HARI KETIGA

08.30 am :
Sarapan pagi di hotel

10.00 am :
Sesi Terbang di Ifly Dubai (***)

12.00 pm :
Makan tengahari di Al Fanar (***)

14.00 pm :
Explore Alserkal Avenue Arts District & Salsali Private Museum

15.00 pm :
Tea time di Tom & Serg (***)

16.00 pm :
Merasai pengalaman bertinju di Round10Boxing

18.00 pm :
Dubai Aquarium & Underwater Zoo 

19.15 pm :
Dubai Lake Ride & Dubai Fountain (***)

20.00 pm :
At the Top Experience Burj Khalifa (***)

21.00 pm :
Free & Easy di Dubai Mall

22.30 pm :
Balik ke hotel
_______________________________________________________
HARI KEEMPAT

08.30 am :
Breakfast di hotel

10.00 am : 
Emirates A380 Experience (simulator) di Dubai Mall (***)

12.00 pm :
Singgah di Jumeirah Beach Residence Walk & Dubai Marina (***)

12.30 pm :
Lunch di Seven Sands Emirati Restaurant & Lounge (***)

14.00 pm :
SKI DUBAI di Mall of Emirates (***)

17.30 pm :
Jalan-jalan di Box Park & Citywalk

19.00 pm :
 Dinner di Kuai, Boxpark

21.00 pm :
Balik ke hotel
_______________________________________________________
HARI KELIMA

07.30 am :
Sarapan pagi di hotel

08.00 am : 
Check Out

08.30 am : 
Tiba di Airport & Check in

10.30 am :
Berlepas ke Malaysia

21.45 pm :
Tiba di Malaysia

END.

Yang bertanda (***) maksudnya best gila dan wajib pergi. Haha.

Dari Dulu Sampai Sekarang, Ini Favourite Guwe ..

American Airliner Plane