Latest Posts

I'm speechless .... ketika mereka announcedkan group 14 sebagai pemenang. Alhamdulillah, syukur. Memula rasa tipis harapan nak menang. Sebab mati-mati aku ingat group Bro Framestone yang menang sebab diorang cepat gila keluar masa kat bilik Escape.

Tapi biasalah, rezeki tak terjangka. Alhamdulillah. Kami bertiga je - aku, Firdaus dan Miera Nadhirah. Tapi jujurnya, antara kami bertiga di Firdaus atau Freddy nilah paling genius. Escape Room memerlukan team work yang kuat dan padu. Tengsss korang! Hahaha.

Halamak!! Laaaa, mesti korang pelik. Apahal Escape Room? Lari dari tajuk ke? Tajuk menang tiket pergi Cebu tapi intro pasal Escape. Kuikuikui. 

Actually, Sabtu lepas Airasia Blogger Community atau AABC telah menganjurkan event Unlock The Fun @ #AABCHangout yang berlangsung di Escape Room Berjaya Times Square. Ramai ler yang join. Ben Ashaari, Bro Framestone, Nisa Kay dan lain-lain lagi. 

Bekalan Dari Airasi Sebelum Jamuan Ringan
Siapa Paling Creative Dia Menang Tiket Ke Hong Kong .. Too Bad Aku Kalah

Total semuanya 80 orang. 80 orang ni yang berdaftar di bawah Airasia Blogger Community. Meriah gila uolsss.. Escape Room ni diconquer oleh Airasia je pada hari tu. So, bolehlah feeling-feeling seperti bapak aku yang punya. Kuikui.


Semua Dah Tak Sabar Nak Mulakan Cabaran

Kalau korang nak tahu, Airasia Blogger Community sangat aktif. Macam-macam event diorang anjurkan. Yang aku pergi Bohol dan Manila tahun lepas tu under AABC la. Tapi kitorang takdelah travel sekali harung 80 orang. Turn by turn. Insyallah.


PR, Daphne Cheah Ui Jen

Unlock The Fun @ #AABCHangout ni bukan je setakat main dalam Escape Room, tetapi juga ada beberapa game lain seperti tarik tali, cari kunci dan melukis. Diorang kata group 14 dapat banyak point kat game tu. Hiks. Aku rasa kalau takde game tu, mahu group aku kalah. 

Exercise Ramai-Ramai Dulu
Blindfold 

Kena Cari Kunci Dan Buka Tabung Ini

Cabaran Melukis
(orang depan bagi gambar, peserta no 1 melukis, pass kat orang kedua, then ketiga kena teka)

Cabaran Tarik Tali

Group Photo Sebelum Memulaka Cabaran Escape Room

Eh, bukan tu je. Terdapat 3 kumpulan layak ke final. Masa ni jantung kami bertiga macam mahu pecah. Mana taknya, ingatkan kalah. Hahaha. Cabaran terakhir ni, siapa selesaikan masalah teka teki dengan cepat, dialah champion untuk event ni. Soalan tu bapak gila susah. Hahaha. Nasiblah si Miera ni pantas. Alhamdulillah, group kami menang. Yahoooooo!!!

Bergambar Kenangan Selepas Menang

Thank You Airasia, Airbus & Escape Room

Kata-kata Dari Aziz Laikar

Beratur Untuk Goodie Bag

The Airasia Communication Team

Hadiah Yang Aku Menang ...!!! Thank You Airasia

Dalam Goodies Bag Semua ...

Cantiknya Baju Ni. Suka Sangat!!!

Courtesy Of Khai Azfar's Go Pro
Courtesy Of Fairuz Majid's Camera

Kalau korang nak tahu, T-shirt merah ala-ala uniform stewardess Airasia tu bukanlah sebarang T-shirt. Ada maksud tersirat dan tersurat. Cewah!! Itu adalah t-shirt Airasia MAKNA 'A Meaning To Life Campaign'.

Airasia dengan kerjasama MAKNA (National Cancer Council of Malaysia) akan melancarkan fun raising campaign untuk mengumpul dana untuk support aktiviti-aktiviti MAKNA dalam meningkatkan kesedaran mengenai kanser kepada orang ramai dan memberi bantuan kepada pesakit kanser kat Malaysia ni.

T-shirt Airasia MAKNA ni akan dijual di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang dan segala keuntungan akan disalurkan kat MAKNA. Haaa, bagus ni beli dan pakai sambil beramal. Kalau si jejaka pula, t-shirt ala-ala pilot. Both nice!! Aku nak dua-dua please!! Hahaha.

Kempen 'A Meaning To Life Campaign' ni berlangsung dari April hingga June 2015. Jom beli t-shirt ni. Kain dia sangat berkualiti tinggi. :)

Thank you so much Airasia, Airbus dan Escape Room. Syok gila event ni!!! :)



Sebenarnya... aku tak tahu pun yang aku tercalon kat Best Travel Blog 2015 sempena Malaysia Social Media Week 2015. Sesungguhnya lately kalut sangat. Sebab bermula besok aku takde kat Malaysia. Nampaknya macam takde masa nak meraih vote. Hahaha.

Tapi alang-alang dah tercalon, apa salahnya mencubakan? Walaupun masa suntuk, TAPI aku minta jasa baik korang pembaca blog Kisah Tatie untuk tolong vote blog ni bagi kategori Best Travel Blog 2015. Manalah tahu ada rezeki kan?? Kalau kalah pun nak buat camana dah nasib. Haha.

Bawah Selepas Ruggedmom

Entah siapa yang nominate blog Kisah Tatie pun tataula. Tapi terima kasih. Cuma lucu betul baca kat part info Best Lifestyle Blog. Hahaha. Ada-ada je korang ni.=D

Kalau ikutkan ramai yang lebih layak. Sebab mereka ni otai. Otai yang merantau ke beberapa negara di pelosok dunia dan menceritakan pengalaman mereka di blog. Pergi sendiri, pengalaman sendiri dan duit sendiri. Of courselah, cerita diorang tu lebih mahal. Kan?

Tapi kalau korang rasa Kisah Tatie ni best, silalah undi. Hehehe.

First, pergi ke laman web

Kemudian, pergi ke ruangan vote :

Seterusnya, cari kategori Best Travel Blog :

And last, cari blog Kisah Tatie and Klik Vote.

Thank you semua and good luck kepada semua peserta :)
Alang-alang berada di Perlis Indera Kayangan, aku sempatlah singgah di Kafe Blackwood untuk pekena kopi. Dengarnya kopi di kafe Blackwood ni menjadi kegemaran raja Perlis. Okay jom kita try.

Me and my masscomm friend, Nana
Souvenir pun ada juga















Yang ni sedap sangat
Antara kopi yang dibuat oleh Blackwood Perlis
Ape benda ntah
My coffee ...

Sedap ke idok?
Okaylah not bad. Something yang aku patut try bila berada di negeri Perlis.
Halllooooo ...

Ini kali pertama aku stay di Hotel Starcity Alor Setar. Ramai yang tanya best ke tak stay di hotel Starcity Alor Setar ni? 

First sekali, hotel ni biasa-biasa aje. Murah pun murah tapi lokasi dia berdekatan dengan kedai makan dan few places, itu yang aku suka tu. Cumanya bilik dia basic je.

Pintu Masuk Bilik Di Starcity Alor Setar
Bilik di Starcity Hotel







 F1 Hotel Manila's Review | Saje aku simpan entri ni lama-lama kat draft. Tapi kesian pula kat mereka yang asyik-asyik tanya.. "Hotel apa yang best kat Manila??". Okaylah, aku buka cerita. Tak sampai hati pulak nak simpan seorang. Lagipun hotel ni best dan selesa. Ngeee.

Ini trip kedua ke Manila. Kalau compare hotel sebelum ni dengan yang sekarang, best lagi yang sekarang ni. F1 Hotel Manila ni terletak di kedudukan yang best. Dekat dengan restoran halal, dekat dengan shopping mall dan lain-lain lagi. 

Makan, makan, makan .. Janji dekat dengan restoran halal!

Me & F1 Hotel Manila

F1 Hotel Manila ni dulu dikenali sebagai Best Western Premier F1 Hotel. Tapi aku lagi suka nama sekarang. Pendek dan senang nak ingat. Hotel ni takdelah jauh mana dengan airport. Lebih kurang 6.3 km je. Tapi aku ingatkan korang. Manila ni jam dia boleh tahan persis Jakarta. So, janganla take sweet time bila nak ke airport. Takut nanti terlepas flight.


Lobi hotel ni terletak di tingkat atas. Pelikkan? Apa-apa sajalah, asalkan selesa. Hotel ni juga menyediakan free shuttle untuk kemudahan pengunjung yang menginap di sini.

Free Shuttle Service

Memang aku tatau langsung jenis bilik, rupa bilik, keadaan bilik. Sebab trip ke Manila ni semuanya Airasia yang tanggung. Aku pula lupa nak survey. Pasrah je la dapat bilik macamanapun. Tapi sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik, mata aku terpukau. Homai...!!! Cantik gila.

Jenis Bilik : City Suite


Lepas je dapat bilik, terus aku keluar merayap sekitar hotel. Excited punya pasal. Haha. Hotel F1 Manila ni memang tak mengecewakan. Dari segi bilik, kemudahan sampailah ke lokasi. Aku suka semuanya. Hahaha.

Swimming Pool Sampai 3 .. Hahaha. 
TropicalVibe Bar
Spa
Gym

Cepat-cepatlah book hotel ni! Have fun in Manila. :)


American Airliner Plane