Latest Posts

Cerita pasal Klana Resort Seremban | Satu perasaan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata apabila melangkah masuk ke Klana Resort Seremban baru-baru ni. Tersenyum simpul lantas mengingatkan kembali memori manis 3 tahun lepas di sini. Siapa sangka, lepas tiga tahun, kami ke sini lagi bagi menyambut anniversary yang ketiga. Lebih manis, menginap di bilik yang sama. Such a sweet memory for us.

Klana Resort Seremban
Lobby

Kedai-Kedai

JENIS BILIK : 
EXECUTIVE SUITE

Klana Resort ni takdelah tinggi mana, 6 tingkat je. Cuma persekitarannya Klana Resort ni yang sangat menenangkan. Terletak di Jalan Penghulu Cantik, satu kawasan yang sangat calm dan sesuai bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota.

Berkenaan dengan bilik pula, kami ditempatkan di executive suite di tingkat enam. Masuk je bilik, bau bunga-bunga menusuk ke dalam hidung. Arghhh, rindunya kesibukan dan kekecohan di sini 3 tahun lepas. *senyum kambing giteww... hahahaha*


Kat Executive Suite Klana Resort ni, tak perlu nak rebut tengok tv sebab ada dua tv, tak perlu nak rebut tandas kot tetiba sakit perut, pun ada dua tandas. Haha. Pendek kata, ianya sangat luas. 

Pemandangan Luar

Kat sini kerja kitorang makan, makan, makan. Sebab sedap sangat restoran-restoran yang ada kat Klana Resort Seremban ni. Seperti contoh, Selera Coffee House, Yuri Japanese Restaurant dan lain-lain. Kat sini tak perlu risau. Sebab semuanya HALAL.

Selera Coffee House

Yuri Japanese Restaurant

Sebelah malam pula layan liveband di Cascades Lobby Lounge. 


Jika korang ada baca entri aku yang lepas, kitorang ada buat team building kat sini. Alah, bukan team building pejabat. Just a small group of team building. Kot-kot korang datang beramai-ramai dengan kawan, tatau nak buat apa kat Klana Resort ni, bolehlah request nak buat team building. Manyak syokkkk maaaaa... Lebih-lebih lagi kalau datang dengan member.

Swimming Pool

And last, sebelum balik kami sempat singgah di Seri Ratu Spa Klana Resort Seremban untuk sesi spa. Seri Ratu Spa ni one of the best spa in Seremban. Harga pun sangat berpatutan. Bagi mereka yang cari tukang urut masa pantang, Seri Ratu Spa pun ada buat khidmat urut untuk mereka yang tengah berpantang. Untuk bakal pengantin pula jangan lupa dapatkan pakej spa pengantin. 

 

Overall, Klana Resort Seremban ni best, cuma mungkin boleh ubah suai bilik agar kelihatan lebih fresh dan moden. Apa-apapun, semua tu masalah kecil je. Percayalah, bila datang sini... korang dah tak pandang benda-benda tu semua. Banyak benda-benda best kat sini. Especially makanan, liveband dan lain-lain lagi.

Untuk ke sini, korang boleh exit tol Port Dickson, dah ambil ke kiri untuk ke Ampangan. Ala, Waze kan ada. Oh, petang-petang kalau-kalau nak beriadah, bolehlah ke Lake Garden Seremban. Dekat je. And last, thank you Klana Resort Seremban. Insyallah kami datang lagi. 

Ceritanya bermula begini ... Sejak dua menjak ni, aku memang busy tersangat-sangat sampai banyak benda yang aku terlupa dan misplaced. Entahlah, aku pun tak pasti berapa ribu semut aku dah telan. Gulp!


Apa yang pasti, aku terlupa kat mana aku letak rantai nikah aku. Dem!!! Nak bagitau mummy confirm kena marah. So, aku sesenyap. Hilang sejak balik dari trip Sahabat Media ke Johor Bahru Ogos tahun lepas. Bayangkan dekat 5 bulan aku mencari rantai ni bagai nak rak. Semua tempat aku dah geledah. Penat hoi geledah dan kemas balik. Dah jadi 2 kerja dan result masih sama. TAK JUMPA! Sobsss..

Flashbacklah Macamana Pun Takkan Jumpa Tanpa Izin DariNya

Sampailah aku bagitahu si Nik. Aku boleh lagi gelak-gelak. Memang aku pasrah jika rantai ni dah hilang. Malas nak fikir takut cepat tua sebab stress. Tapi lagi aku cuba nak jadi cool, selagi tu lah dalam hati ni resah. Minta-minta jangan terbuang kat tong sampah!! Hurm..

Jadi, si Nik ni share satu doa dengan aku. Doa apabila ditimpa musibah atau kehilangan sesuatu aka barang. Memang sebelum ni aku ada google pasal Doa Cari Barang Hilang. Tapi biasalah dah kata pelupa, google and forget. So, tadi masa nik share doa ni, aku cepat-cepat baca. Takut terlupa balik. Guess what?? 

Tiba-tiba macam tergerak hati nak godek satu tempat ni. Walhal sebelum ni aku dah geledah habis dah. So rasa macam give up pun ada nak cari rantai ni. Tengah-tengah cari, tetiba tangan terasa something. Ehhhh, ehhh... Alhamdulillah, tak sampai beberapa minit pun cari dah jumpa. 5 bulan aku cari bagai nak gila, after baca doa ni terus jumpa rantai yang hilang ni. Ajaib sungguh..

Tapi ingat, first sekali kena percaya pada kekuasaanNya. Kun Fa Ya Kun, semua ni terjadi dengan izin dariNya. Tapi, aku nak share doa yang aku dapat dari Nik. Manalah tahu kot-kot korang pun tengah mencari barang yang hilang, bolehlah amalkan doa ni. :)

Insyallah jumpa, jika tak jumpa redhalah dengan ketetapan olehNya.  Anggap sahaja ini semua duniawi yang takkan kekal ke akhirat. Terima kasih Nik atas perkongsian. 

Doa Apabila Ditimpa Musibah Atau Kehilangan Sesuatu

Tahun 2015 ini, genap 10 tahun Gaya Travel Magazine ditubuhkan. Korang pernah baca tak majalah Gaya Travel Magazine (GTM) ni? Jika tak pernah, bolehlah korang dapatkan majalah ni sekarang di kedai buku berhampiran korang. Bagi yang dah pernah baca mesti tahu kelebihan majalah Gaya Travel Magazine ni berbanding majalah-majalah lain yang terdapat di pasaran.

Majalah pelancongan berbahasa Inggeris ni padat dengan info berkaitan dengan pelancongan dan lain-lain lagi, amat sesuai bagi mereka yang dahagakan info berkaitan dengan pelancongan tidak kira dalam atau pun luar negara. Selain tu mereka juga kerap mengadakan trip yang dipanggil, Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia atau KCC1M Gaya Travel.

Gaya Travel Turns 10

Dan kelmarin aku dijemput untuk menghadiri majlis Gaya Travel Magazine & friends get-together. Majlis yang berlangsung di Bagasta Boutique Guesthouse Kampung Baru Kuala Lumpur ni berlangsung dengan meriah sekali. Selain dari meraikan ulangtahun ke-10 Gaya Travel Magazine, kitorang turut celebrate junior GTM, Adam anak blogger RubydotMy.

Gaya Travel & Friends Get-Together

Dah tak payah cerita panjang lebar, jom tengok gambar-gambar sepanjang event ini. Sebelum tu, terima kasih atas perkongsian gambar-gambar ni. Ada yang aku ambil dari Whatsapp dan lain-lain. Terima kasih juga Gaya Travel Magazine kerana sudi mengundang Kisah Tatie ke event ini. :)

GAYA TRAVEL & FRIENDS GET-TOGETHER


P/S : Tak sabar nak join trip Gaya Travel untuk tahun ni. 


Mood cuti-cuti Malaysia masih berkobar-kobar dalam hati meskipun Tahun Melawat Malaysia 2014 telah berlalu. Sebabnya masih terdapat beberapa daerah kat Malaysia ni yang aku tak pergi lagi. Jadi, mood tu masih menebal. Tapi kan, kalau sebut pasal Malaysia, mestilah kita nak pergi ke tempat yang menarik kan? Sebelum ke tempat menarik tu mestilah cari penginapan yang okay dan selesa.

Jadi, hari ni aku suggest beberapa hotel yang boleh dikategorikan sebagai PENGINAPAN MENARIK DI MALAYSIA MENGIKUT NEGERI. Seperti yang korang tahu Malaysia ni ada 14 negeri dan semuanya mempunyai penginapan yang unik dan istimewa. Jom pergi!~

 WILAYAH PERSEKUTUAN

Wilayah Persekutuan terbahagi kepada tiga, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Antara tiga-tiga ni, aku highlight Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memandangkan ia adalah ibu negara Malaysia. Untuk Kuala Lumpur, aku suggest Villa Samadhi Kuala Lumpur. Siapa yang pernah pergi sini pasti nak pergi lagi.

Siapa sangka di tengah-tengah kesibukan ibukota ada penginapan yang romantik seperti Villa Samadhi ini? Lokasi yang menarik dan suasana yang romantik di Villa Samadhi ini seringkali menjadi perhatian mereka yang baru berkahwin untuk dijadikan sebagai port honeymoon.

Villa Samadhi
Keistimewaan : Lokasi di tengah-tengah ibu kota Malaysia
For more info bolehlah klik sini :

http://www.kisahtatie.com/
Credit to Villa Samadhi's Website

 SELANGOR
Jika lokasi Villa Samadhi terletak di tengah-tengah kota, berlainan pula dengan Firefly Park Resort yang terletak di Bukit Belimbing Kuala Selangor. Chalet kayu yang dibina sepanjang tebing sungai ini sering mendapat perhatian mereka yang ingin melihat firefly di waktu malam. Meskipun, Firefly Park Resort ini tidak semewah Villa Samadhi tetapi pengalaman menginap di sini pasti memukaukan korang dengan kehadiran kelip-kelip yang berterbangan di waktu malam. 

Firefly Park Resort
Keistimewaan : Lokasinya di tebing sungai
For more info bolehlah klik sini : 
http://www.kisahtatie.com/
Credit to Tripadvisor

PERAK

Lain pula cerita dengan The Banjaran Hotspring Retreat di Ipoh, Perak ni. Mendapat jolokan sebagai Malaysia's First Luxury Natural Hot Springs Wellness Retreat, resort yang bertaraf 5 bintang ini telah beberapa kali memenangi anugerah pelancongan. Suasana di sekelilingi resort yang berkeluasan 16 ekar ini sangat mendamaikan dan menenangkan jiwa. Sesekali jom pergi sini. Tak jauh pun dari Kuala Lumpur. Bolehlah plan menghabiskan cuti hujung minggu kat sini. :)

The Banjaran Hotspring Retreat Perak
Keistimewaan : First Luxury Natural Hot Springs Wellness Retreat
For more info bolehlah klik sini : 

http://www.kisahtatie.com/

 KEDAH

Seterusnya, kita ke Gunung Jerai pula. Entri yang lepas, aku ada cerita pasal The Regency Jerai Hill Resort. Ternyata pengalaman menginap di sini memang sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Udara yang segar, panorama yang indah dan dikala senja, korang boleh menyaksikan keindahan matahari terbenam dari atas gunung ini. Memang cantik! Berada di sini seperti berada di luar negara, dengan rekabentuk chalet yang unik dan suasananya yang sejuk. Arghhh, rindunya The Regency Jerai Hill Resort ni. Nak pergi lagi.. :(

The Regency Jerai Hill Resort
Keistimewaan : Panorama matahari terbenam dan pemandangan sawah padi di Kedah
For more info bolehlah klik sini : 

http://www.kisahtatie.com/

PULAU PINANG

Hard Rock Hotel adalah rangkaian jenama perhotelan antarabangsa yang terkenal di dunia. Semasa pembinaan hotel Hard Rock di Penang, aku memang ternanti-nanti bilalah hotel ni nak siap sepenuhnya. Kerana kebanyakan hotel Hard Rock tidak pernah mengecewakan pelanggan-pelanggannya. Bagi mereka yang gilakan 'Hard Rock Cafe', ini ibaratkan 'Must Visit Place' untuk mereka. Tak kisahlah kalau hotel tu ada Hard Rock Cafe ataupun hanya ada Hard Rock hotel je pun.


Hard Rock Hotel Penang
Keistimewaan : Winner of Tripadvisor Excellence Award 2014 & jenama rangkaian Hard Rock
For more info bolehlah klik sini : 
.
http://www.kisahtatie.com/

PERLIS

Masih ingat entri aku yang lepas pasal Homestay Kampung Ujung Bukit Perlis?? Kampung Ujung Bukit Perlis ini masih menjadi destinasi pilihan bila ke negeri Perlis. Dengan panorama sawah padi yang kehijauan dan bukit bukau sekelilingnya, korang pasti rindu dengan tempat ni bila dah pulang ke rumah. Bagi siapa yang nak privasi, kat Kampung Ujung Bukit ni juga ada chalet-chalet menarik yang boleh korang sewa.

Homestay Kampung Ujung Bukit
Keistimewaan : Hamparan sawah padi di tengah-tengah kawasan chalet/homestay
For more info bolehlah klik sini : 

http://www.kisahtatie.com/

KELANTAN

Tok Aman Bali Resort adalah antara resort yang terkenal di negeri Kelantan. Lokasinya yang terletak jauh 50 kilometer dari bandar Kota Bharu. Tok Aman Bali Resort ni mempunyai pantai yang indah dan bersih. Bagi yang tertanya-tanya, Tok Aman Bali ni kat mana, jawapannya adalah di Pasir Puteh Kelantan.

Tok Aman Bali Resort
Keistimewaan : Antara pantai yang cantik dan bersih di Kelantan
For more info bolehlah klik sini : 


TERENGGANU

"Kajang Pak Malau, kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang pak malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu". Kekdahnya bila berada di tempat penginapan seterusnya ini korang akan rasa seolah-olah seperti zaman dulu kala. Lokasi filem Hikayat Merong Mahawangsa ini dahulunya adalah rumah klasik di negeri Terengganu yang berusia ratusan tahun, kemudian dipasang balik di Kampung Mangkuk, Setiu, Terengganu. Uniknya, rumah-rumah di Terrapuri Heritage Village ini tidak menggunakan satu paku pun. Haa?? Camana tu?? Rujuk di entri lama : Terrapuri Kisah Tatie.

Terrapuri Heritage Village
Keistimewaan : Rumah klasik Terengganu yang berusia ratusan tahun.
For more info bolehlah klik sini : 



 PAHANG

Dulu sebelum kewujudan Time Capsule Retreat, aku sering berangan-angan, alangkah seronoknya jika kat Malaysia ni ada penginapan yang unik seperti di negara-negara luar. Konsep yang luar biasa dan lain dari chalet, hotel mahupun homestay. Kemudian, bila Time Capsule Retreat ni dibina, wahhh, wahhh, wahhh. Teruja sampai ke hari ini. Sedang merancang untuk ke sini dalam masa terdekat ni, siapa nak ikut Kisah Tatie angkat tangan!!! Hahaha.

Time Capsule Retreat
Kelebihan : Penginapan di kolong konkrit
For more info bolehlah klik sini : 

Credit to : Tripadvisor

JOHOR

Pengumpul-pengumpul tegar permainan lego pasti teruja bila sampai ke Legoland Hotel Johor ini. Kerana senibina hotel ini semuanya berkonsepkan lego. Legoland Hotel Johor ini mempunyai 248 bilik dan kos pembinaannya sahaja dah menelan belanja lebih 190 juta. Apa yang pasti, Legoland ini adalah destinasi percutian keluarga yang menarik di selatan tanah air.

Legoland Hotel Johor
Kelebihan : Hotel berkonsepkan lego
For more info bolehlah klik sini :


SABAH

Berangan nak pergi Maldives tetapi mempunyai bajet yang tipis? Apa kata korang tukar plan ke Sipadan Water Village Sabah. Rekabentuk chalet Sipadan Water Village ini diinspirasikan dari senibina etnik Bajau dan dibina di atas air laut yang jernih seakan sama seperti di Maldives. Bagi kaki-kaki dive, ini ibarat resort persinggahan mereka. Rasanya kebanyakan dari kita dah tahu kawasan sini mempunyai terumbu karang yang cantik dan selalu mendapat perhatian pelancong dari luar negara.

Sipadan Water Village
Kelebihan : Resort atas air di pulau tercantik Malaysia
For more info bolehlah klik sini : 

Credit to Tripadvisor

SARAWAK

Teringin nak menginap di rumah panjang yang exclusive di Sarawak?? Jom ke Hilton Batang Ai Longhouse Resort, Lubuk Antu Sarawak. Dengar lokasinya mesti meremang bulu roma but please, don't judge! Sebab lokasinya sangat wow dan bombastic. Batang Ai Longhouse Resort ni adalah dibawah kelolaan Hilton. Semua mesti tau kan jenama perhotelan Hilton. Hotel ni nampak exclusive tapi harganya masih affordable. Jomlah ke sini feeling-feeling menginap di rumah panjang sambil menyaksikan panorama indah.

Hilton Batang Ai Longhouse Resort
Kelebihan : Konsep Rumah Panjang Sarawak
For more info bolehlah klik sini : 
Credit to Borneo Adventure's Website

MELAKA

Negeri Melaka mempunyai lokasi-lokasi penginapan yang unik dan menarik. Susah sebenarnya nak pilih. Ada bustel la, Portuguese hotel la dan macam-macam lagi. Tapi aku nak highlightkan Philea Resort & Spa Melaka yang terletak di Ayer Keroh Melaka. Resort yang aku boleh cakap 'masih fresh' ni mempunyai konsep yang cukup unik dan sangat selesa. Philea Resort & Spa ni bertaraf 5 bintang dan dikelilingi kawasan hutan dan udara yang segar.

Philea Resort & Spa
Kelebihan : Penginapan di Pine Log 
For more info bolehlah klik sini : 

Credit to Tripadvisor

NEGERI SEMBILAN

Yang ni tak perlu aku explain sebabnya di entri minggu lepas pun aku dah cerita pasal Eagle Ranch Resort. Eagle Ranch Resort Port Dickson ni mempunyai pelbagai jenis penginapan antaranya rumah kampung, log cabins, paddock chalets, bandwagons dan tepees. 

Eagle Ranch Resort Port Dickson
Kelebihan : Kepelbagaian jenis penginapan
For more info bolehlah klik sini : 


Selamat Melancong semua!! :)
Thanks for visiting my blog.

Entri terakhir untuk PERCUTIAN SUPERSTAR LIBRA BERSAMA PAK NIL. Tetiba rasa sebaklah bila dah sampai hari terakhir. Sayangnya nak berpisah dengan kapal mewah ni. Entah bila lagi boleh merasa feeling-feeling mak datin kat atas kapal ni. Hahaha. 

Ada yang bertanya pasal WIFI kat atas Superstar Libra Star Cruise ni. Yes, itukan ibarat nyawa pada zaman teknologi ni. Korang jangan bimbang, kat atas Superstar Libra ni ada wifi cuma korang kena bayarlah. Tak mahal pun. Nak internet tak? Kalau nak jangan berkira sangat!! Hahaha. 

Entri last ni tak banyak yang aku nak cerita. Kapal pun semakin menghampiri Pulau Pinang, maka masing-masing sibuk kemas barang. Jadi suasana sekitar kapal macam sunyi, dah semua kat dalam bilik. Sunyi je persekitaran kat atas kapal ni. Sobsobsob. 


Dan jangan lupa collect passport korang balik. Sebelum collect passport, make sure korang dah hantar balik international plug adapter, dah bayar segala bil dan bersedia untuk check out. Ni memudahkan korang bila nak turun nanti. Takdelah sangkut ke apa. Sebab masa nak turun nanti swap card buat kali terakhir, kalau misalnya ada baki tertunggak, tak pasal-pasal tak boleh turun. 

Masa Untuk Ambil Passport
Thank You Pak Nil 
Wah, Dapat Sijil Ditandatangani Oleh Captain dan Pak Nil

Sobsss, dah sampai ke penghujung. Sedihlah!! T_T. 

 
Yeay Dah Sampai
Last Photo Bersama Artis HLive Astro Yang Menyerikan Lagi Trip MHTT Ni

FLASHBACK KENANGAN 4 HARI 3 MALAM
DI SUPERSTAR LIBRA STAR CRUISE



Sehingga kita berjumpa lagi Superstar Libra. Hugs!


American Airliner Plane