Latest Posts

Kalau sebut pasal 'NASI', aku tahu. Nasi ayam, nasi tomato, nasi briyani, nasi goreng... alahai sedapnya! Tapi kalau uols tanya aku pasal sejarah padi memang satu benda aku tak tahu. Nasib baiklah ada Muzium Padi Kedah. Masa trip Sahabat Media ke Kedah beberapa bulan lepas, kami sempat singgah ke Muzium Padi Kedah. Apa yang menarik kat muzium ni? Apesal aku baru tahu kewujudannya sedangkan ia dah dibina lama? Erk.

Jom Ke Muzium Padi Kedah
Ce Teka Apa Nama Jentera Ni

MUZIUM PADI KEDAH

Kedah memang sinonim dengan nama 'Negeri Jelapang Padi'. Sejuk je mata bila berkunjung ke Kedah. Kiri kanan hijau. Ditambah pula pemandangan sawah padi, Gunung Jerai dan lain-lain. Nyaman!
Tapi jangan lupa singgah ke Muzium Padi Kedah. Antara tempat wajib yang harus dikunjungi, especially for first timer. Lokasi Muzium Padi ni ialah di Gunung Keriang Kedah, kira-kira 8km dari Alor Setar. Mula dibuka 10 tahun lepas (12 Oktober 2004).


Waktu Operasi Muzium Padi Kedah
9 am - 5 pm (setiap hari)

Harga Tiket Muzium Padi Kedah
RM 5 (dewasa)
RM 2 (kanak-kanak)


Macam yang aku cakap, ini kunjungan kali pertama aku ke Muzium Padi Kedah ni. Memang tidak menghampakan. Muzium ni sangat besar. Kat luar siap ada kuda. Eh, bukan kuda kat atas ni. Kuda atas ni patung kuda. Sebaliknya, kuda hidup.

Kuda Padi
4WD Yang Membawa Rombongan Kami
Cara Tradisional

Jom tengok apa yang ada kat dalam Muzium Padi Kedah ni.


Muzium Padi ni bukan je ada barang-barang berkaitan padi, malah kat sini padat dengan info mengenai padi. Sebab tu muzium ni dikira special. Muzium Padi ni terbahagi kepada 3 aras. Sangat-sangat besar!


Pameran Lukisan Berpusing

Pameran ni sangat unik. Korang duduk je. Nanti dia berpusing. Keseluruhannya menceritakan tentang kawasan sekitar Gunung Keriang ni. Aku rasa ini lagi hebat dari lukisan-lukisan yang lain. 


Turun je, kena merentasi tangga dan sekelilingnya seperti gua. Unikkan?


Selebihnya mengenai padi. Produk-produk yang terhasil dari padi. Eh, sebenarnya bukan beras je tau. Tapi banyak lagi benda seperti mee dan lain-lain. 


Lebih istimewa, ini adalah muzium pertama berkonsepkan padi yang dibina di Malaysia dan yang keempat di dunia selepas Philippines, Japan dan Germany.


And last, shopping time di Kedai Cenderamata yang terdapat di Muzium Padi ini.

Borong Jangan Tak Borong

Muzium Padi Kedah
06570 Alor Setar, Kedah

Last photo with driver kami. Thank you!
Sambung kisah seterusnya, percutian anniversary ke Hong Kong. First of all, thank you B P International Hotel Hong Kong sebab layan permintaan aku melalui email nak buat kejutan kat husband. Weeee ... 

B P International Hotel terletak di area Tsim Sha Tsui dan merupakan hotel yang bertaraf 4 bintang. Apa yang best, lokasinya yang sangat strategik. Berdekatan dengan Masjid Kowloon, makanan halal, berhadapan dengan 7E dan money changer, berhampiran dengan tempat shopping best dan jeti untuk ke Hong Kong Island. Pendekkan cerita, aku suka lokasi hotel ni.

Luar Hotel
Lobi
Receptionist Counter

B P International Hotel Hong Kong ni mempunyai 529 bilik dan 25 tingkat. Apa yang aku lihat, ia menjadi pilihan pelancong yang datang ke Hong Kong. Kat bahagian receptionist counter je tak lekang-lekang dengan kehadiran pelancong. Sentiasa ramai!!! Fuh~


Siap Ada Update Departure/Arrival Flight Lagi
Ingat Lagi Tak Lambang Ni?

B P International Hotel ni telah memenangi banyak award.  Antaranya : 


Kalau dah 10 awards, dah semestinya best. So far, sepanjang penginapan aku kat sini memang takde masalah. Staff pun friendly dan sedia membantu. Cuma bilik aku berhampiran dengan lift, so kengkadang dengar bunyi bising orang bercakap dengan nada kuat. Kihkih.


Hallway

Jenis Bilik : Executive Room

Masuk-masuk je, wahhhhh... haruman bunga ros menusuk hidung. Exclusive sangat ni. Mekasih  B P International Hotel Hong Kong. Sekali dengan aku terharu. Awwwww.... hahahaha. 


Panorama View


And siap complimentary Red Wine lagi. Tapi sayangnya, macamana dia kat situ, sampai sudah kat situ. Takpelah, jadi perhiasan bilik jelah. Nak minum haram.. Hahahaha.


Fruits & Chocolate

Jom ke tandas... Tandas pun exclusive juga. Ada section wet and dry. Section dry seperti sinki dan wardrobe. Manakala wet pula bilik mandi dan tandas.

2 Sections
Ini Bahagian Wet
Toiletries
Bathrobe

And last, favourite kami berdua.... Buka tingkap je tengok panorama Victoria Harbour di malam hari. Sinaran limpahan cahaya malam yang menyerikan bandar Hong Kong. Ohseeemmmm sangat wei. Miahaha.

Victoria Harbour View 

B P International Hotel
No 8, Austin Road, Tsim Sha Tsui
Kowlood, Hong Kong

Website
B P International Hotel


Kisah seterusnya bersambung di next entry ~

Trip ke Hong Kong sempena anniversary ke-3 memang sangat mencabar. First, nak arrangekan masa. Yela, Encik H lately busy bebenar. Karang kita dah arrange, dia pula kena pergi keje. Second, pergi time cuti sekolah. Serik woi. Ingat flight to London je yang penuh, sekali hamek kau. Hampir semua time full.

Bab hotel, dah cover baik punya. Thanks BP International Hotel and Tourism Hong Kong for the treatment. Tapi bab flight memang gila. Last minute bagi tahu Encik H pasal plan ke Hong Kong (dah kata suprise). Hahaha. At first dia memang tak percaya. Betul ke bini dia ni, betul ke, ke tipu-tipu..

Sekali dengan aku terkena bila Cathay Pacific full. Kitorang terpaksa tunggu kat waiting list. Eh, tak boleh jadi ni. 7 orang menunggu di waiting list. Harapan tipis. Nak tak nak, pergi balik kat kaunter MAS, beli another tiket. Fuh, lari sana, lari sini. Akhirnya ada seat juga. Tu pun last minit tinggal 2 (sebab ada orang tak check in). Legaaaa..!!

Ke Hong Kong Kita Pergi
Thanks Stewardess Sebab Tolong Ambil Gambar Kami

Depart dari Kuala Lumpur 4 petang. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong takdelah jauh mana. 3 jam ++. Sambil-sambil tu layan movie dalam flight, makan dan selfie. ops!

Hong Kong International Airport

Winter In Hong Kong? Dok ehhh, masa aku sampai tu cuaca sama je dengan Malaysia. Takdela sejuk. Toksahlah  berangan nak pakai boot tinggi-tinggi and baju sejuk. Tapi kalau pergi around Februari tu, maybe sejuk sikitlah kot.

Sampai-sampai je, terus cari public transport. Dari Hong Kong Airport ke Tsim Sha Tsui, kami menaiki Airport Express. Itu je paling cepat. Tapi kena tukar stesen, then naik MTR.

Beli Tiket Di Sini

Harga Tiket Airport Express (person)
HK$110/person (RM44)

Dari Stesen Tsi Yi ke Tsim Sha Tsui
around HK$ 10

Next, bersambung di entry seterusnya ~

American Airliner Plane