Latest Posts

Sebenarnya aku ragu-ragu nak suggest kat korang stay kat Hotel Bayu di Baling ini. Keadaan hotel ni yang seperti tidak terurus, tetapi bukan bermakna aku nak mengeji. Mungkin Hotel Bayu Baling ni boleh menambah baik dari segi makanan dan juga keadaan bilik. 

Maybe sebab hotel ni dah berusia. Biasalah hotel lama kan? Tapi kalau korang ke Baling, aku rasa inilah hotel yang paling okay untuk stay. Hopefully, Bayu Hotel Baling mengambil teguran aku ni di sudut positif.


Hotel Bayu Baling ni terletak di Baling Kedah. Korang pernah pergi Baling? Ini first time aku sampai Baling. Not bad!! Macam-macam ada. And, Hotel Bayu ni terletak berhampiran dengan Pekan Baling. Kalau dapat bilik yang menghadap panorama, memang terbaikla. Bangun pagi-pagi rasa aman je.
Hotel Bayu Baling
Receptionist 
Lobi

Yang tak bestnya kat Hotel Bayu Baling ni, korang kena mendaki anak tangga untuk ke bilik. Alahai, jenuhnya. Bayangkan kalau dapat tingkat paling atas. Mahu pengsan aku.. Haha.


Bilik pula, aku nak komen sikit. Sedikit berhabuk dan berbau. Tuala pula, aku suggest korang bawalah sendiri dari rumah. Sorry Hotel Bayu, I have to be honest. Tapi sesuailah dengan harga bilik. Menginap di Hotel Bayu Baling ni takdelah mahal mana. Murah dan jimat.

Toilet
Kopi Kedah
Lounge 

Overall, aku bagi 2.5/5 bintang kat hotel ni.

Serious kalau Hotel Bayu Baling ni menjaga kualiti dan kebersihan, mesti ramai yang datang. Mungkin boleh upgrade beberapa perabot agar nampak sikit fresh dan tidak lesu. Makanan sarapan pagi please check. Aku tak mahu nyatakan kat sini kenapa, but serious mengecewakan. hurm!

Peta ke Bayu Hotel

Maaf sekali lagi Hotel Bayu Baling. Anggaplah teguran aku ni sebagai salah satu cara untuk memperbaiki mutu hotel ini. Insyallah semua boleh diubah. Apa-apapun terima kasih Tourism Malaysia Kedah kerana menaja penginapan Kisah Tatie di sini. ~

Behold Bohol.

Where the azure sea meets the blue sky and powdery white sandy beaches means endless fun under the sun. BOHOL

Where more than thousand hills are alive to the whisper of fresh countryside breeze and are changing color to chocolate brown during summer. BOHOL

Where the Philippine Tarsier leaos freely in sanctuaries as the Boholano community unites and converge efforts for the preservation of the cuddly yet endangered mammal. BOHOL

____________________________________

Kat Mana Lokasi Bohol??

Bohol adalah pulau terbesar di Visayas, iaitu di tengah-tengah Philippines dan dikelilingi 72 pulau-pulau kecil. Bohol sangat famous dengan keindahan alam semulajadi.

Bergambar Dengan Governor Bohol di Kediamannya

Flight Ke Bohol :

Seperti yang aku cakap kat entri lepas, untuk ke sini korang kena naik flight. Setakat ni belum ada direct flight dari Malaysia ke Bohol. Apa korang boleh buat adalah beli tiket Airasia dari Kuala Lumpur ke Manila dan seterusnya ke Tagbilaran ...

KL - Manila - Tagbilaran - Manila - KL

Tagbilaran Airport 
Airasia Zest Stewardess

Dari Kuala Lumpur ke Manila, Airasia terbang 2x sehari


Dari Manila ke Tagbilaran, Airasia terbang 3x sehari


Pssst, please try makanan-makanan di penerbangan Airasia Zest especially dessert. Sinful Chocolate Cake is the best!! (Kalau ada sesape nak pergi sana, aku nak kirim!! Sedapnya)..Tak sama okay menu sana dengan menu Airasia biasa except for Nasi Ayam Uncle Chin and Nasi Lemak Pak Nasser tu memang menu wajib kat semua flight.


Airport Tax :
Tagbilaran Airport 100 Peso
Ninoy Aquino (Manila) Airport 500 Peso

Tukaran Matawang :
Peso 

(check nilai matawang asing di sini : XE)

Cuaca :
Bulan November hingga April adalah mildest time of the year. Boleh jadi hujan lebat atau hujan renyai-renyai atau panas. Summer time dari bulai Mei hingga Julai (the best time untuk melawat Chocolate Hills). Ogos - Oktober adalah bulan yang tidak dinasihatkan untuk lawat area Bohol dan mana-mana di Philippines. Bulan ni aku trauma sikit sebab banyak typhoon, earthquake dan lain-lain. So unpredictable. So, kalau nak melawat Bohol, datangla sepanjang bulan Mei hingga Julai.

Makanan Halal di Bohol:
Non. Sepanjang aku kat sana tak nampak pula restoran makanan halal. Aku suggest bawalah makanan seperti Maggi dan etc. 


Sticky Rice and Mango

Rice Coffee

Makanan Tradisi Bohol :
 Pasalubong - Peanut Kisses - Cab Cab - Tableya 
- Ube  - Cacao - Guso - Nilusak Saging - Kalamay
- Calamay - Brua - Balbacua - Fish Sinanglay



Pengangkutan Awam di Bohol :
Tricycle Ride/ tuk-tuk
Teksi
Habal-habal/ motor
Sewa Kereta (link)
Jeepneys/ Bangkas
V-hires

Bahasa Yang Digunakan di Bohol :
Cebuano
Boholano
Tagalog
English (ramai yang fasih dalam bahasa Inggeris)

Jenis Plug Yang Digunakan Di Bohol :
Diorang pakai plug lain, sila bawa international plug adapter

_____________________________________
Korang pernah dengar Bohol? Sebuah pulau yang cantik di Philippines yang kaya dengan keindahan alam semulajadi seperti pantai, gunung ganang, sungai, sawah padi dan lain-lain lagi. Dah tentu-tentu ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan kat Bohol ni.

 Hari 2 malam memang tak cukup nak cover satu Bohol ni. Sebab dia ada banyak tempat-tempat best. Next time, insyallah aku datang balik. Hahaha.


Itinerary 3 Hari 2 Malam ke 
Bohol Philippines

5 November 2014
- Depart dari Ninoy Aquino International Airport Manila
- ETD at Tagbilaran Airport Bohol
- Meet & Greet with Bohol Governor
- Depart for Bohol Countryside Tour
- Drop by Blood Compact Shrine
- Visit Santa Monica Church & Museum
- Proceed for Loboc River Cruise & Lunch
- Depart for Tarsier Watching
- Depart for Chocolate Hills Adventure Park
- Dinner at Bohol Beefarm Organic Dinner
- Check in at South Palms Beach Resort

6 November 2014
- Breakfast at the Hotel
- Depart for Abatan River Life Tour
- Lunch
- Proceed to La Manok Island
- Dinner at Anda White Beach

Note : Perjalanan dari bandar ke Anda White Beach & La Manok Island memakan masa selama 2 jam ++ (pergi balik dalam 4 jam ++)... 

7 November 2014
- Breakfast at the hotel
- Check out
- ETD from Tagbilaran to Manila

_______________________________

Hotel in Bohol :
South Palms Beach Resort, Panglao Island

Flight to Bohol :
Airasia Zest

Trip kami bermula dari Manila (menginap di F1 Hotel selama 1 malam), dan 2 malam lagi di Bohol. 100% di tanggung oleh Airasia. 5 stars treatments from A to Z. Thanks Airasia.

Sambutan Dari Tourism Bohol

Nanti aku share Tips Percutian Ke Bohol and Tempat-tempat Menarik di Bohol di entry akan datang. Bohol is the best!! Hahaha. Thanks Airasia.
AWAS !! Jangan sesekali merokok di Bandaraya Bersejarah Melaka, kalau taknak kena saman. Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Peraturan ini diwartakan pada tahun 11 April 2010 dan bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam tentang bahayanya merokok. Bukan sahaja bahaya kepada si perokok, tetapi juga kepada orang awam di sekelilingnya.  Baguskan?

Jumlah Denda Jika Merokok Di Melaka

Kompaun dikenakan sebanyak RM250 kepada mereka yang merokok di sekitar kawasan larangan, maksimum boleh cecah RM10,000 dan dipenjara selama 2 tahun. Fuh, strict gila!! Janganlah korang ingat boleh merokok, orang tak nampak. Sebab mata-mata ramai. Cubalah try kalau duit berkepuk-kepuk. Haha.




"Mereka yang melanggar peraturan itu boleh didenda antara RM250 hingga RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan."

Tempat-Tempat Dilarang Merokok Di Melaka

Ada lima kawasan UTAMA yang dilarang merokok di negeri Melaka, antaranya .. seluruh bandaraya Melaka, Melaka Raya, MiTC, Pusat bandar Jasin dan Pusat bandar Alor Gajah.

JADI KALAU TAKNAK KENA DENDA, JANGANLAH MEROKOK!! Hihihi. Peringatan kepada semua pelancong-pelancong yang ingin datang ke negeri Melaka. :)


BARU. Segalanya masih baru. Dalam erti kata lain, masih bau-bau kedai lagi perabot-perabot di RC Hotel ini. RC Hotel ini adalah antara hotel baru di negeri Melaka. Sebuah boutique hotel bertaraf empat bintang yang terletak cantik di tepi Sungai Melaka. 

RC Hotel Melaka

Apa yang memukaukan di RC Hotel ini adalah hiasan dan perabot dalam hotel ini. Mendapat sentuhan klasik dan modern, mata terpana bila melangkah masuk ke hotel ini. Kalau dari luar biasa-biasa je.. Tapi bila masuk .. kemudian masuk lagi bilik.. Perghhhhh.. Rasa macam fairytale pun ada juga. Haha.

Lobi
Jamuan Makan Untuk Delegasi Media 
Bahagian Luar

Lounge

Serious aku tak sangka. Kalau tengok dari luar, mungkin aku judge hotel ni biasa-biasa je. Tapi bila masuk je bilik, terus feeling-feeling princess. Katil dia cantik! Tambah pula dressing table yang klasik.. Haih, terus rasa malas nak keluar bilik.

Pemandangan Dari Sudut Tepi Tingkap
Pemandangan Dari Sudut Pintu Bilik

CANTIK TAK??? CANTIKKAN?? 

Toilet
Toiletries
Dressing Table, Biskut & Etc
Siap Ada Ni Lagi.. Canggih!
Lampu
Biskut Tu Hari-Hari Bertukar
Dalam Almari
Selfie Di Balkoni

Aku cukup suka dengan perhiasan dalam bilik di RC Hotel ni. Walaupun hotel ni nampak kecil, tapi bilik dia luas. Mengenai harga pula, taklah mahal sangat. Affordable dan berbaloi dengan bilik. Petang-petang boleh berjalan kaki di tebing Sungai Melaka. Sesekali nampaklah bot lalu lalang.


Actually Melaka banyak hotel-hotel yang unik dan menarik. Salah satunya RC Hotel Melaka. Kalau mahukan kelainan, bolehlah try menginap di sini. Masih fresh lagi hotel ni. Cuma hotel ni berbau sikit.. Bau macam baru.. Alah, biasalah hotel baru. Mestilah ada pelbagai bau. Hahaha. Bau cat + bau perabot + bau batu bata... hahaha. 

Stay RC Hotel time weekend best. Sebab hanya 4 minit jalan kaki ke Jonker Walk sahaja. Dekat sangat. Kalau korang datang Melaka, naik Rayani Air or Malindo, jarak dari hotel ke Airport Batu Berendam hanya 7.3 KM je.. Hehehe.



RC Hotel
No 36, Jalan Kampung Pantai,
Kampung Pantai, 75200 Melaka

No Telefon :
062833233 

Website 


__________________________________________
Kenapa aku suka join Fam Trip? Sebab melalui Fam Trip lah aku dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru dan juga melawat tempat-tempat unik. For a blogger, dengan fam trip sangat penting. Selain dari menambahkan kenalan, kat sinilah korang boleh distribute business card korang. Penting hokayy?!

Kalau pergi event, satu dua tempat je cover. Kalau pergi fam trip, card-card korang tu bolehlah diedarkan dengan lebih jauh. Memang sekarang orang pakai SEO je untuk blog. Mudah dan senang. Tapi takkan SEO je, sesekali kenalah perkenalkan blog korang tu kat orang lain. Supaya orang ingat dan kenal, oh ... inilah blog si Peah, si Timah, si Jenab, si Abu..

The best thing, setiap tempat yang dilawati pasti disambut dengan meriah oleh tuan tanah. Kalau nak pergi sendiri nan hadonya... Orang pun malas nak layan. Sebab tu lah aku tak pernah jemu untuk memenuhi undangan dari pihak Tourism Malaysia.

Aktiviti-aktiviti yang diaturkan oleh pihak penganjur pun best. Lagi banyak kita pergi, lagi banyak kita perolehi. Kalau pergi dengan kawan-kawan lain feelingnya, pergi seorang lain, pergi secara ramai-ramai pun lain .. Arghhh, ada pros and conslah. Tahun ni saja, dah banyak fam trip aku join.. 

The latest one, haruslah Mega Familiarisation (Mega Fam) Programme by Tourism Malaysia sempena Rumah Terbuka Deepavali Malaysia. Bukan kitorang je yang join. Ada media-media dari luar, lebih kurang 9 negara yang join. Macam-macam tempat yang kitorang pergi kat Melaka.

Sesi Taklimat dan Pengenalan


Actually aku dah miss 2 trip ke Melaka, satu by Sahabat Media dan satu lagi by Gaya Travel Magazine. Oh ya, selain aku, blogger-blogger yang rajin turun padang join Fam Trip ni seperti Shakkido, Ruby, Rosmaria, Lily Riani, Farah, Emily dan lain-lain lagi.


Mega Familiarisation (Mega Fam) Programme by Tourism Malaysia 
sempena Rumah Terbuka Deepavali Malaysia



__________________________________


Ini adalah sebahagian daripada itinerary trip Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sempena Mega Familiarisation Programme 2014. Terima kasih Motac kerana sudi mengundang Kisah Tatie untuk ke trip yang menyeronokkan ini. ~

American Airliner Plane