Latest Posts

Alang-alang dah menginap di Kansai Airport Washington Hotel, rugi lah kalau tak pergi RINKU PREMIUM OUTLET OSAKA. Jarak dua-dua tempat ni sangat dekat. Kira-kira 5 minit masa perjalanan kaki dari hotel dan tak payah susah-susah nak lintas jalan. Sebab ada jejantas yang yang menghubungkan hotel dengan outlet.


Kat Jepun ni sama je macam Eropah dan Amerika. Kat sini juga ada banyak outlet dan salah satunya RINKU PREMIUM OUTLET OSAKA lah. Rinku ni agak famous sebab dia berhampiran dengan airport Kansai. 

Alah, macam touch n go. Pergi Osaka, tak sah la kalau tak singgah RINKU PREMIUM OUTLET OSAKA ni. Selain dari premium outlet, kat Rinku ni juga ada Seacle, ferris wheel dan macam-macamlah. Kat sini juga ada restoran Halal. Yang ni aku tak sempat discover lagi. Sebab masa sangat-sangat terhad. 

Ambil Angin Petang
Ferris Wheel

Sebut pasal brand kat RINKU PREMIUM OUTLET ni, dia ada macam-macam. Dari jenama high street fashion seperti Adidas, Roxy, Gap, Godiva, Cole Haan, Coach sampailah ke jenama mewah seperti Burberry, Salvatore Ferragamo, Tag Heuer, Ralph Lauren dan lain-lain.

Dari Satu Tempat Ke Satu Tempat Dengan Jejantas
Ruang Bersantai

Masa aku pergi tu weekdays dan kedai pun dah nak tutup. Orang dah tak ramai. Nak shopping pun senang. Cuma agak terkocoh-kocoh kejar masa.


RINKU PREMIUM OUTLET OPERATION HOURS :
10 AM - 8 PM

Tatie Was Here
Suasana Malam
Ferris Wheel Di Waktu Malam

Kalau ke Osaka, singgahlah RINKU PREMIUM OUTLET.

3-28, Rinku Ourai Minami,
Izumisano-Shi, Osaka, Japan.
Kalau tak bertukar-tukar hotel memang tak sah. Itulah aku. Kengkadang kat sana, kengkadang kat sini. Bukannya apa, sekadar nak merasa peralihan angin. Memang leceh, nak packing, nak tolak beg, nak check in, nak check out. Huh, penat!

Tapi dalam penat pun sebenarnya best. Boleh explore tempat lain dengan lebih luas lagi. Selain dari X-Wave Hotel di Umeda, aku juga menginap di Kansai Airport Washington pada malam terakhir aku kat Osaka.

Kansai Airport Washington Japan

Tatie Was Here

Bagi yang gila shopping, gila outlet, gila branded things, ini hotel terbaik untuk korang. Serious aku tak tipu. Sebab jalan kaki 10 minutes je ke Rinku Premium Outlet. Korang boleh shopping, balik hotel, shopping lagi, balik hotel.. ha ulanglah sampai pengsan! Hahaha. Errr, sanggup ke?

Kalau korang perhatikan, memang malam-malam terakhir aku suka menginap di airport hotel. Baik di India, Jakarta mahupun Paris. Semuanya sebab mudah. Serik dah nak tertinggal flight. Kalau stay berhampiran airport, diorang ada sediakan free shuttle. Bolehlah jalan lenggang lenggok mak minah. Hiks!

Menggunakan Toiletries Jenama Shiseido

Water Good For Drinking
Kimono
Sandal

Pemandangan Luar Bilik
Pemandangan  Hotel Waktu Malam
Jejantas Menghubungkan Hotel-Outlet

Keluasan bilik lagi luas dari X-Wave hotel. Berhampiran dengan hotel ni juga ada stesen keretapi untuk ke town. Harga tiket keretapi jangan tanya. Sebab aku dah beli return ticket (bas) dari Kansai Airport. So, dari Kansai Airport aku naik shuttle bas ke Kansai Washington Hotel. Hehehe. Jimat!

Kansai Airport Washington Hotel
1-7, Rinku Orai-kita, Izumisano-city, 
Kansai International Airport, Osaka,
Japan.

Website :

Tak kenal, maka tak cinta. Begitulah pepatah. Lama lama kita kenal, lagi kita suka. Ewah! Apa kaitan dengan tajuk entri kali ni? Sebenarnya aku nak story pasal trip ke Tagal Tinopikon Park di Penampang. Penampang? Kampung Stacy AF? Ye betul!

Pengalaman di Tagal Tinopikon Park sangat-sangat berharga. Kalau di Kuching aku ke Kampung Annah Rais untuk mengenali etnik Bidayuh Sarawak, begitu juga Tagal Tinopikon Park. Kat sini ia dikenali sebagai kampung masyarakat Kadazan Dusun.


Dari Kota Kinabalu ke Tagal Tinopikon Park takdelah jauh mana. Around 45 minutes by bus. Tagal Tinopikon Park ni terletak bersebelahan dengan Sungai Moyog. Tagal bermaksud larangan dalam bahasa Kadazan Dusun. Apa kaitan Tagal? Dilarang memancing kat kawasan ini.

Walaupun kat sini line telefon tak berapa elok, usah risau dan gelabah. Segala aktiviti di Kampung Notorus ini bakal membuatkan korang lalai dengan aktiviti menarik di kampung ni.


Masa kami sampai tu hujan renyai-renyai. Tapi sikit pun tak mematahkan semangat kami untuk explore apa yang menarik di Tagal Tinopikon Park ini. Kat sini kami melakukan aktiviti seperti menari tarian sumazau, jungle trekking ke Air Terjun Tambokou dan Wasai, menikmati makan tengahari lauk tradisional dan mendengar alunan muzik tradisional mereka. Actually banyak lagi aktiviti yang korang boleh buat kat Tagal Tinopikon Park ni. Depend pada masa korang je.

Meh lah like page ni dulu : AJ Best Travel SB
Salah Seorang Masyarakat Kadazan Dusun
Guna Dapur Dulu-Dulu
Lunch 

First time aku makan makanan tradisi Sabah. Kalau dulu tertanya-tanya juga, apa juadah selain seafood. Sekali, amek kau! Ada yang boleh masuk tekak dan ada yang tak boleh masuk tekak. Antara yang diorang hidangkan seperti manuk sapak goul (ayam masak kicap), kapayas (betik masak dengan daun cekur), batang keladi masak ikan masin, tundok muncuk (pucuk ubi kayu), bambangan (mangga), tuhau (halia) dan lebih istimewa makan dalam tempurung kelapa macam gambar kat atas.

Lepas makan, kami meneruskan acara jungle trekking dan lain-lain lagi. 

Mak Menoreh Getah Nakkkk.. haha

Tarian Sumazau

Aku pula try menari .. hahaha

Group photo paling epic. Haha. fail!

Wei rugi, wei rugi. Datang Sabah tapi tak merasai kehidupan mereka. Cepat contact diorang. Camana nak sampai ke Tagal Tinopikon Park Sabah ni? Jawapannya ada kat bawah. Salin cepat!

Camana Nak Pergi Tagal Tinopikon Park?

Melalui
AJ Best Travel Sdn Bhd

Facebook :

Website :

Harga Pakej Tagal Tinopikon Park :
RM160 (dewasa)
RM140 (kanak-kanak)
 *kanak-kanak bawah 4 tahun free*

Saree cantik, chapal murah, maruku sedap, henna merah ... Haaa, semua ni boleh didapati di Little India atau nama lain Brickfield. Mentang-mentang dah nak Deepavali.. Haruslah aku recce tempat murah nak beli saree. Bolehlah feeling-feeling Kajol di pagi Deepavali. Kihkihkih..

Kalau dibandingkan Brickfield sekarang dengan Brickfield lama, aku rasa jauh beza. Tetiba Brickfield digelar Little India. Tu pun selepas one day aku tanya member, kat mana nak cari henna murah dan dia suggest Brickfield Little India. Oh!

Air Pancut Gajah
Suasana Di Little India


Sri Kota
Bazaar Makanan
Henna
Accessories
Pakaian Kanak-Kanak

Memandangkan Deepavali dah semakin hampir, makin meriahlah Little India Brickfield ni. Macam-macam promosi ada dari makanan, perhiasan, baju .. macam-macamlah. Sebelum 2009, Little India dikenali di Jalan Masjid India. Tetapi pada tahun 2009, secara rasminya PM kita melancarkan Brickfield sebagai 'Little India' yang baru. Ok fine, lepas ni siapa nak belanja saree satu? Haha.

__________________________________________
American Airliner Plane