Latest Posts

Baru-baru ni sempatlah aku menyelit kejap kat event Airasia-Caterham Meet and Greet Session. Event ni diadakan di Asian Aviation Center of Excellence atau kalau dak-dak Airasia panggil, Airasia Academy. 

Airasia-Caterham Meet and Greet session ni meraikan pelumba Malaysia, Zulfahmi Khairuddin. Korang kenal tak siapa Zulfahmi tu? Pelumba muda yang mempunyai semangat yang tinggi. Eh lupa pula, thank you Airasia kerana sudi jemput Kisah Tatie menyertai event ni. Hehehe. =)


Dalam event tu, kami sempatlah bertegur sapa dengan Zulfahmi dan Ratthapark Wilairot, pelumba yang berasal dari Thailand. Dua-dua ni cukup hebat. 

Antara Blogger Yang Join

Dan hari tu juga lah ada sesi cabutan bertuah. Orang yang bertuah tu juga adalah seorang blogger. Ini aku jeles!! Sebab dia menang sepasang tiket paddock untuk Shell Advance Malaysian Motorcycle Grand Prix 2014 nanti. Wohooooo!!

Cabutan Bertuah

SIAPA PEMENANGNYA???
.
.
.
.
.
.


Hadiah Birthday katanyaaa..
Pass Paddock Yang Dimenangi Oleh Eazy
Zulfahmi Khairuddin

Sedikit Info Mengenai Zulfahmi Khairuddin

Nama penuh : Muhammad Zulfahmi Khairuddin
Tarikh lahir 20 Oktober 1991
Berat : 57 kg
Tinggi : 168 cm
Jenis Motosikal : Honda

Rider kedua dari Malaysia selepas Shahrol Yuzi yang bertanding di World Championship. Musim ini dia bakal membawa nama Ongetta-Airasia di pentas dunia dengan kehebatannya sebagai pelumba motosikal dari Malaysia. Bravo!

______________________________________________

Airasia-Caterham Meet N Greet Session ini adalah sebahagian dari aktiviti Airasia Blogger Community. For more info, bolehlah melihat hashtag # AABC #airasiablogger di Instagram .. Thank you Airasia.
Time aku kecik-kecil dulu, belum ada lagi Upin dan Ipin, Boboiboy, blablablabla .... Yang ada Usop Sontorian, Anak-Anak Sidek dan Kampung Boy. Boleh kira pakai jari je kartun hasil kreativiti anak jati Malaysia pada masa tu. 

Tapi antara bebanyak tu, Kampung Boy la paling menyerlah. Sampai sekarang pun kalau buka channel 611 Astro , masih ada lagi Kampung Boy. Legend sungguh!

 
Watak Utama Kampung Boy, Lat

Kampung Boy ni adalah hasil kreativiti kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau Datuk Lat, anak kelahiran Perak. Kampung Boy ni bukan je famous kat Malaysia, malah pernah mendapat anugerah Fukuoka Asian Culture Prize pada tahun 2002. 

Dan .... sejajar dengan namanya yang famous, Little Red Cube Johor telah berbesar hati membuka sebuah restoran yang diberi nama LAT'S PLACE. Tempatnya di Puteri Harbour, Johor. Pssstttt, ada sesape nak sponsor me buka Kisah Tatie's Place pula? Hak Hak.

LAT'S PLACE JOHOR BAHRU

Bahagian Luar Lat's Place

Pintu Masuk Lat's Place


Kaunter Bayaran


Bahagian Dalam Lat's Place


Sempatlah kitorang menjamah bihun Singapore dan air teh tarik kat Lat's Place ni sebelum lunch di Traders Hotel Johor tempoh hari. (aku lupa nak amek gambar.. lol).

Oh ya, sambil-sambil makan tu bolehlah berinteraktif bersama Lat yang muncul secara tiba-tiba di kaca kat dining hall tu. Kus semangat! Nasib tak tercekik masa tengah makan. Haha. Interaktif bersama kartun ini dikatakan first-of-its-kind in the world. 

Tukar Kerja Sekali Sekala



Kedai Souvenir


Sesi makan kat Lat's Place ni terbahagi kepada tiga, iaitu 

Breakfast Time at Lat's Place
hanya weekend & public holiday 
9 am - 11 am

Lunch Time at Lat's Place
11 am - 7.30 setiap hari

Dinner Time at Lat's Place
6 pm - 8 pm setiap hari
*dinner show 6 till 7.30 pm*


Masa terbaik untuk ke Lat's Place adalah malam. Dinner selama 80 minit sambil dihiburkan dengan show yang pasti menghiburkan. Yang ni aku tak sempat nak 'rasa'. Tapi dengar cerita meriah uols! Tengokla kalau rajin, aku nak try datang time malam pula. Insyallah.

Nak book tempat kat Lat's Place? Sila book di sini : Lat's Place Johor atau call terus 1300 88 LATS (5287) Malaysia atau +603 2203 9667 (luar Malaysia).

Cuba Teka Apa Yang Sedang Aku Buat? Haha.

Korang tahu.... betapa excitednya aku pergi Kuala Lumpur International Tattoo 2014 beberapa hari lepas. Mana taknya, acara KL Tattoo ini bukanlah acara tahunan tetapi once dia ada, perghhhh.. Terangkat bulu roma wei bila melihat semangat angkatan bersenjata ni mengadakan perarakan pancaragam. 

Berlangsung di Stadium Merdeka dari 10 hingga 12 Oktober, KL Tattoo ini adalah sebahagian dari acara Tahun Melawat Malaysia 2014. Aku sampai awal. Sempatlah singgah ke Perkampungan Tattoo. Makan-makan kat sana dan beramah mesra dengan peserta. Antara pasukan yang mengambil bahagian :

South African National Ceremonial
The Singapore Armed Forced Central Band
The Royal Brunei Armed Forced Band
United Arab Emirated Army Band
Turkish Armed Forces Harmony Band
TNI 'Bhineka Eka Bhakti' Drum Band (Indon)
Royal Malaysian Police Band
Myanmar Army Drum Band Squad
Royal New Zealand Air Force Band
The Band of the Parachute Regiment
Republic of Korea Navy Symphonic Band
Royal Thai Armed Forces Band
Malaysia Armed Forced Band

12 Negara, 13 Pancaragam - 3000 peserta
Meriahnya uolsssss!!!

PERKAMPUNGAN KL TATTOO


GAMBAR SEKITAR KL INTERNATIONAL TATTOO 2014


American Airliner Plane