Latest Posts

Ingin jadi 'Ninja'?? Ayuh ke Burger King sekarang! Bermula dari 3 Mac lepas, Burger King telah melancarkan promosi Burger 'Ninja' dimana korang berpeluang merasai keenakan Black Charcoal Bun Burgers dan Jumbo Franks. Semuanya istimewa dari Burger King Malaysia.

Mungkin trend masa kini, rata-rata penjual burger berlumba-lumba mengeluarkan burger yang rotinya berwarna hitam, tak terkecuali Burger King Malaysia. Hehehe. Tapi, promosi Ninja dari Burger King ini hanyalah untuk jangkamasa pendek sahaja dan dijangka berlarutan sehingga penghujung April 2014. Cepat selagi promosi belum berakhir.

Burger Ninja ini mempunyai 3 set yang berbeza iaitu Deluxe Beef Whopper Patty, Deluxe Chicken Tendergrill Patty dan Chicken Jumbo Franks. Istimewanya burger ini, ia mempunyai roti arang sebesar 4 inci yang berwarna hitam yang ditaburkan dengan sesame seeds. 

Jumbo Franks

Jumbo Franks dari Burger King Malaysia ini berbeza dengan hotdog-hotdog lain. Ia mempunyai sosej ayam jumbo yang dicampurkan dengan dengan sos teriyaki lazat dan dihidangkan bersama salad dan bawang panggang yang segar. Sosej ayam ini diletakkan di antara dua kepingan hirisan ayam salai yang enak.

terliur?
blogger, Maha (link) dengan rakusnya meng-ngap Jumbo Franks
hahahaha

Deluxe Chicken Tendergrill Patty

Kat sini korang boleh pilih, nak ayam atau daging. Tapi kita prefer daging. Teksturnya yang lembut, rasanya yang sedap .. huish, terliur bila mengenangnya. aduhai, mana nak cari tengah malam macam ni. T_T


Deluxe Chicken Tendergrill Patty
amboi, Nannie (link) tak pandang kiri kanan dah.

Deluxe Beef Whopper Patty
Highly recommended !!! Sedapnya tak terkata. Try tau!

menggoda sangat daging tu

haa .. yang ni  sopan sedikit. Hahaha

Dan sebelum terlupa, set-set 'Ninja' ni datang sekali dengan air anggur dan fries. Bermula dari harga RM 5.95, korang bolehlah beli sekarang. Tak perlu melenggahkan masa. Cuba hari ni jugak sebab promosi ni singkat. Pejam celik, pejam celik je dah habis. Hurm!

Cara-cara nak buat Burger Ninja

Hello assalamualaikum.

Panas betul hari ni kan? Berbahang betul. Rasa macam duduk dalam sauna. Nasib baik tadi masa balik naik commuter tak ramai orang. Kalau tak sure bau perfume original. Pengsan! Hahaha. 

Anyway, panas-panas ni best jugak pekena cendol kan? Sedapnya. Tetiba teringat cendol terkenal kat Seremban, Haji Shariff Cendol. Korang dah try belum? APA??? BELUM? ruginya..!!! 

Bagi readers di luar Seremban, kita nak bagi tahu ni. Kalau ke Seremban, singgah-singgahlah Haji Shariff Cendol. Cendol ni dah lama dan famous di bandar Seremban ni. Jauh? Jangan risau. Cawangan terbaru Haji Shariff Cendol ni adalah di Seremban 2.

Kira, kalau Exit Tol Seremban lebih kurang dalam 10 minit dengan menaiki kenderaan. Lokasi baru Haji Shariff Cendol terletak berdekatan dengan City Park Seremban 2. Bukan dekat belah balai polis tu, tapi dekat belah Petronas sebelah KFC tu. Alah, dekat-dekat dengan Restoran Oriental Seremban 2. Tak jumpa juga.. bertanyalah. Hahaha.. 

kedai cendol famous 

Haji Shariff Cendol mempunyai pelanggannya yang tersendiri terdiri daripada pelbagai kaum, Melayu, India dan Cina. Rata-ratanya adalah pelanggan tetap dari zaman berzaman. Macam kitalah, dari bapa turun ke anak. Selera kami sama. Wah, gitu!

Istimewa kat sini adalah cendol, tetapi di cawangan terbarunya di Seremban 2, Haj Shariff Cendol bergabung dengan Deen Rojak. Homaiiig, rojak yang best tu pun ada sekali. Yup, gabungan mantap! Yummy.
tauke yang friendly
suasana .. kalau kat cawangan lama sampai berdiri pun ada
as usual mine, tak mahu cendol (hijau)
WEIRD? dah biasa dah. hahaha
cendol biasa

Harga Cendol masih sama iaitu RM2. 
Murah dan Sedap

WAJIB TRY,  HARUS TRY, KENA TRY
HAJI SHARIFF CENDOL SEREMBAN
(^_^)
Deen Rojak
Mee Goreng RM4
Rojak RM4

Okay.. dah...!! Jomlah ke sana ..

Panas-panas ni tiada yang lebih masyuk melainkan dapat pekena ais
Lebih-lebih lagi cendol sedap dari Haji Shariff Cendol'

PERGHHHHHH, nak pergilah. OKBAI.
*mood tengah haus*
Mencari sesuatu yang lazat, gempal dan berkuah?
ehh, apa kontroversi sangat ayat ni? kahkahkah

Hep!! Jangan fikir kuning ye kawan-kawan. Sebenarnya hari ini aku nak cerita tentang udang galah yang terdapat di Restoran Mi Kari Udang Galah Resipi Hj Saharudin Cheras. Pernah dengar tak? 

Restoran yang mempunyai kelainan daripada restoran lain yang terdapat di ibu negara ini, sebab keistimewaannya terletak pada udang. Yang bestnya, korang boleh memilih saiz udang yang korang nak. Dari L ke XXL dan harga mestilah berbeza. Tapi tak mengapa, sebab sebaik sahaja udang ni selamat 'di-ngap' korang akan melupakan tentang harganya. Wah, gitu!

perbezaan saiz dan harga

Terubat rindu di hati terhadap ayahanda apabila pekena Mee Kari Udang Galah. Mana taknya, kalau makan udang pun, mesti masak lemak, masak cili, masak butter. Tapi terlupa pasal Mee Kari Udang Galah yang dulu menjadi kegemaran ayahanda. Nasib baik terjumpa restoran ni, terubatlah sedikit rindu setelah sembilan tahun lamanya tak makan Mee Kari Udang Galah.

Bercakap pasal udang galah, kat Restoran Mi Kari Udang Galah RHS ini bukan sahaja menyajikan mee kari udang galah, malah korang juga boleh try menu lain seperti nasi arab udang galah, nasi briyani udang galah, mee rebus udang galah dan mee bandung udang galah.


Restoran yang terletak di Jalan Dwitasik Bandar Sri Permaisuri Cheras ini adalah resepi turun temurun keluarga Haji Saharudin. Udang di sini semuanya segar-bugar dan bagi memastikan kualiti kesegarannya, udang-udang ini diimport dua hari sekali dari 'lubuk udang' terkenal di tanahair.

suasana di restoran mee kari udang galah
cashier

Selain dari udang galah, kat sini juga terdapat menu lain seperti hidangan roti Malaysia - roti canai, roti bawang dll, nasi berlauk (yang dihidangkan mengikut hari dari jam 12pm-3pm), pelbagai jenis nasi goreng, kuetiow dan lain-lain lagi. Terpulang kepada selera korang nak makan apa hari tu.

istimewanya kat sini
nasi berlauk kami iaitu pada hari Khamis.

Lauk hari Khamis di Restoran Mi Kari  Udang Galah RHS :
- nasi putih
- ketam masak cili Singapore
- ayam masak kurma
- tempe dan tauhu goreng
- sawi jepun sos tiram
- sambal belacan

komen : semua sedap kecuali sawi jepun sos tiram agak masin sedikit.

me, nannie dan nazlan
mee kari , mee rebus dan mee bandung
UDANG GALAH

komen : perfecto!!! sedap sangat. dah nama pun specialty kan?

mee kari

mee rebus

mee bandung

warna warni sungguh. haha
Masam Manis
Kedondong, Lime and Asam

Chocolate Milkshake

Orange's Eleven
orange, pineapple, lychee and longan

Grape. I Joe
Grape, Lychee, Longan and Soda
Lychee Ais

Jus Tembikai

Selain tu, bagi yang mahukan suasana sejuk, kat sini juga ada bilik ber-aircond.
extra charges? NOOOO, its free. pilihlah nak duduk kat luar ke dalam



semuanya di Restoran Mi Kari Udang Galah Resepi Haji Saharudin



Dan semestinya produk dari Koperasi, Garam Gunung Pureline juga turut dijual kat Restoran Mi Kari Udang Galah ni. Haaa, best ni!! Dengar cerita, banyak khasiatnya. Jom try.



TAK TERLIUR KE TENGOK UDANG GALAH YANG SEXY TU?
hahahaha.

Alamat Restoran Mi Kari Udang Galah 
No 18, Jalan Dwi Tasik 2,
Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Facebook :
Mi Kari RHS

email :
meekariug@yahoo.com

Korang diberi masa selama 45 minit untuk melepaskan diri 
tik..tok..tik..tok.. 
masa berjalan dengan cepat 
panik, cemas .. keluar segala peluh jantan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
itulah yang korang alami apabila berada di Escape Room
suspend, cuak, nervous 

Escape Room adalah tarikan terbaru di negara ini. Berkembang dengan pesat selepas pembukaan cawangan pertama di Curve pada tahun lepas, kini mempunyai empat cawangan di sekitar Kuala Lumpur.

FYI, Escape Room ini adalah Malaysia's First Real Escape Game. Hebat tak hebat, itulah hakikatnya. Nak lagi hebat, korang kena try sendiri. Uji kehebatan minda korang apabila berada di bilik escape ini.

Escape Room Setiawalk

Dan yang terbaru adalah di Escape Room Setiawalk. First of all, thank you Joseph Teng. Dialah yang invite aku ke Escape Room. Susah jugaklah nak set time untuk ke Escape Room ni. Asyik full slot je. Nasib hari tu, ada juga slot. Tak fikir panjang, aku terus booked 'Crime Scene : The Homicide Unit' kat Escape Room ni. Actually nak ambil bilik lain, tapi asyik full je.. 

Tapi, sebaliknya berlaku bila Joseph bagitahu bilik ni seram. SERAM?? Alamak. Nak tukar masa dah tak boleh sebab dah inform yang lain. So, kena terima je lah.. Dupdapdupdap jantung berdegup kencang. Nervousnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ececece.


Walaupun Escape Room mempunyai empat cawangan iaitu di E@Curve, Bandar Botanic Klang, Setiawalk Mall dan Berjaya Times Square tetapi setiap cawangannya mempunyai bilik yang berbeza. Dan bilik-bilk ini juga mempunyai tahap level yang berbeza dari level terendah sampai level yang tertinggi iaitu empat. Ikut suka koranglah. Kalau rasa bijak, ambillah yang paling susah.

Tapi dalam kes aku, aku tak tahu 'Crime Scene' tu susah. Tu lah, tak siasat. Terus ambil je tanpa berfikir panjang. Hahaha.

First of all, kalau korang nak try Escape Room ni, 
silalah ke websitenya terlebih dahulu escaperoom.com.my

Then, click kat booking

Pilih mana satu yang korang nak. Nanti bila dah pilih akan keluar macam ni..


ingat .. diorang terima dalam CASH sahaja. 

Sekarang, kembali ke Escape Room Setiawalk.

ruang menunggu

Cara-caranya adalah ...
pemenang mingguan

kalau korang pilih Dungeon, inilah yang korang kena pakai

locker tempat simpan barang juga disediakan and FREE

 'Crime Scene : The Homicide Unit' @ Escape Room

Untuk Crime Scene ni, kami kena menyelesaikan kes pembunuhan. Kiranya, kami ni macam CSI lah. Masa diberikan adalah 45 minit untuk selesaikan misteri ni sebelum tuan rumah balik. Damn! Scary. Semuanya kena guna kreativiti dan minda korang. Nasiblah hari tu team kami 5 orang. Bolehlah divide kerja. Haha. Cuba bayangkan kalau dua orang sahaja. erk!

Tapi jangan bimbang. Sebab ada 2 talian hayat yang korang boleh guna. Tekan butang Bell, then pekerja Escape Room ni akan bantu dan bagi hint. Jadi gunakanlah talian hayat ni bila betul-betul desperate. 

ini throwback balik.. sebab tu bawa beg. haha
pelbagai halangan
serammmm!!!

Tapi kumpulan kami tewas pada saat akhir. Padahal clue dah ada di depan mata.
Haih.....Too bad !! 

Takpelah untuk first time, tambah pula kami nervous. Hehehe. Insyallah kami akan datang balik sebab tak puas hati dengan kekalahan kami. Escape Room memang best dan rugi kalau korang tak try. WAJIB TRY!!! I repeat WAJIB. Nak buat team building pun boleh. Tapi kena tengok timelah. Hehehe.

team kami kalah
Losers vs Winners
satu lampu bagi setiap team untuk pengembaraan dalam Escape Room

Jadi tunggu apa lagi. Ayuh ke Escape Room Setiawalk ..

Escape Room Setiawalk
Unit 2, 3 & 4, Level 3, Block K,
Setiawalk Mall, Persiaran Wawasan, 
Pusat Bandar Puchong, Selangor.

Harga Masuk Escape Room

akhir sekali, jom tengok teaser Escape Room Setiawalk Mall.

American Airliner Plane