Latest Posts

Meriahnya Malaysia kerana kaya dengan adat dan budaya. Meriah! Dalam satu tahun, pelbagai raya yang kita sambut. Tapi paling excited sekali mestilah raya Aidilfitri. Dah seronok berpuasa, mestilah teruja nak raya. Kan? Kan? Kannnnnn? Ke aku je yang rasa macam tu?

Tapi, hari ni bukanlah nak cerita pasal Aidilfitri. Lambat lagi tu, walaupun dah kedengaran ramai yang mula merancang nak buat pattern apa baju raya tahun ni (excitednya korang) dan beberapa hari yang lepas, aku telah dijemput oleh pihak Tourism Kuala Lumpur untuk cover event Chinese New Year Cultural Festival and Pelancaran KL Horse and Carriage Ride

Mestilah ada makan-makan dan semestinya HALAL tanpa was-was. Alhamdulillah. Kenyang perut dengan satay. hehehehe. Event yang disertai pelbagai kaum dan dimeriahkan dengan kehadiran pelancong asing ini juga turut disertai oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz

Gong Xi Fa Cai 
gosip apalah budak bertiga ni

Kereta kuda ni bukanlah yang pertama kat Malaysia. Kat Pantai Batu Buruk Terengganu pun ada. Cuma, ini adalah bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 serta mengembalikan nostaglia 1800s. Yang menariknya, kereta kuda ni diimport khas dari dua negara iaitu Belgium (kuda) dan Istanbul (carriages).

Dengan adanya 'Merdeka Heritage Carriage Ride' ni dijangka dapat menarik lebih ramai pengunjung dari luar negara dan membawa mereka meneroka bangunan bersejarah di sekitar Dataran Merdeka bermula dari 15 Mac ini. Berminat? Jomlah. 

Kuala Lumpur Merdeka Heritage Carriage Ride Time 
Sesi Pagi 10am till 11.30am
Sesi Petang 3 pm till 4.30pm

*1 carriage boleh membawa 4-5 orang dewasa *

inilah kereta kuda yang dimaksudkan
dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan

Antara tempat-tempat yang akan dibawa oleh kereta kuda ini adalah :
- Sepanjang Jalan Mahkamah Persekutuan
- Bangunan Sultan Abdul Samad
- Masjid Jamek
- Panggung Bandaraya
- Jalan Raja
- Gereja St Mary
- Kelab Diraja Selangor
- KL City Gallery

Harga Tiket Kereta Kuda / Price of Merdeka Heritage Carriage Ride
RM50 (seorang) / rm200 (satu kereta kuda)
* tiket boleh dibeli di KL City Gallery*

Diharapkan, berterusanlah kereta kuda ni ye. Seperti di Intramuros, Manila. Takdelah orang bersusah payah kena pergi Pantai Batu Buruk lepas ni semata-mata nak naik kereta kuda. Jom naik kereta kuda di Malaysia.

my facebook
throwback @ Intramuros, Manila

bacaan doa sebelum memulakan majlis

Selesai sudah upacara perasmian, kini makan-makan pula. Sempena KL Chinese New Year Festival, pihak Hotel Federal dan Hotel Capitol sudi menaja Yee Sang. Pergh, panjang gila meja Yee Sang ni. Tapi tak mendapat tumpuan pun. Mungkin terlampau panjang dan nampak pelik. Haha. Atau mungkin makanan lain lagi menarik. Hurm, maybe.

Yee Sang .. sumpah tak pernah makan. haha
angkat tinggi-tinggi katanya
beberapa persembahan budaya dan adat Malaysia
salah satu persembahan yang aku rasa menarik
kata-kata aluan dari menteri
dung dang dung dang by Chief Nazri dan Ku Nan
dengan blogger, Kongsi Bersama Nora (link)

Hari tu juga banyak booth-booth yang menarik dibuka khas dan tidak hanya kepada culture cina semata-mata, malah ada juga yang lain. Memang happening habis! Rugi siapa tak join kami.

Caricature
Chinese Lantern Booth
Mencanting Batik
Henna Art
Pasu Seramik dan Menganyam Beg
Menganyam Manik
Menganyam Tikar
Chinese Calligraphy
Susah wei, nasib cina ni tolong tunjuk ajar

dan banyak lagi aktiviti .. ada yang free dan ada yang berbayar.

Now, jom tengok tempat makan pula. Tempat makan ni terbahagi kepada tiga bahagian. VIP Lounge, Media dan Public. Tapi aku hentam dua tempat .. public dan media. ekekeke. burp, kenyang!

VIP LOUNGE
Untuk vvip seperti Menteri, Duta-duta dan orang kuat yang terlibat dalam acara ini. Aku memang tak termasuk dalam list vip. hahaha


MEDIA
Untuk blogger dan media. Sempena event ini juga ada beberapa blogger dari luar negara turut serta. Makanan kami ala buffet cuma tak semeriah public punyalah. Satu khemah sahaja.

Media Only

Makanan kami

Sebelah saya tu blogger dari Vietnam

PUBLIC AREA
Ini pula untuk public. Setiap seorang dapat poskad dan setiap booth yang mereka pergi dapat cop. Yang terbaik kat sini adalah teh tarik dia. Fuh, memang ter'TARIK' wa cakap sama lu. Sedap!


map
poskad
ramaikan? dan sebenarnya lagi ramai dari ni

suasana jadi hangat dan hangat

ni gambar bila dah petang.. pun masih ramai orang

Fuh, memang meriah. Memang kenyang. Memang puas hati. Tengok mat salleh makan, aku rasa puas hati sangat. At least diorang enjoy makan makanan negara ni. Sesuatu yang amat dibanggakan. Orang kita berlagak tak suka makan makanan Malaysia. Konon lidah mat salleh harus western 24jam (seperti contoh dalam drama 'Projek Memikat Suami' .. ekeke), tapi mat salleh sendiri enjoy makan makanan kita. Ha, camana tu?

berselfie dengan Ku Nan

Yang terakhir sebelum balik, adalah acara wajib setiap kali sambutan Tahun Baru Cina, iaitu tarian naga @ dragon dance. Yang hebatnya, mereka ni adalah pemenang World Championship Lion Acrobatic Dance Troupe, iaitu  Malaysia Khuan Loke Dragon and Lion Dance Association. (link)

Khuan Loke Dragon and Lion Dance Association
Contact : 016 383 4947 | khuanloke@hotmail.com

semangat tahun baru cina
dragon dance

Itu sahaja aktiviti sepanjang pelancaran Kereta Kuda dan Festival Budaya Tahun Baru Cina 2014 peringkat Kuala Lumpur. Alhamdulillah, cuaca baik ... tak berapa panas dan tak hujan.

ignore muka mengantuk saya .. hahaha
meja dah licin pun orang still datang

dan akhir sekali walaupun dah Cap Go Meh, aku tetap nak wish..
kepada readers berbangsa cina especially Ellie dan Wendy (kalau korang baca)

HAPPY BELATED CHINESE NEW YEAR

p/s : nak angpow please. haha

ok dah habis. jom balik.
Hari ni aku nak ajak korang ke Wet World Air Panas Pedas. Huh, kat mana tu? Semestinya kat Pedas Negeri Sembilan. Tak syoklah kalau hanya tahu nyanyi lagu 'Rembau Most Wanted' tapi tak selami apa yang istimewanya kat sana. Kan?

Wet World Air Panas Pedas ni memang terkenal bagi penduduk Noghori sebab keunikannya yang luar biasa. Tapi korang yang duduk kat luar Negeri (ecececeh fefeling duduk oversea), tu tahu ke kewujudan Wet World Air Panas Pedas ni?

Meh sini aku nak cerita sedikit. Wet World Air Panas Pedas ni adalah milik syarikat OWG atau nama panjangnya Only World Group yang juga mengelolakan Wet World Shah Alam, Kota Tinggi Waterfall Resort, Wet World Batu Pahat dan banyak lagi. Kira Well-Known jugalah. Click sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai OWG : link.

Dannnnnn, kat Wet World Air Panas Pedas bukanlah air panas semata-mata, tetapi juga mempunyai pelbagai tarikan lain yang semestinya buat korang rasa taknak balik. Haha.

Lagi best bayaran masuk ke Wet World Air Panas Pedas ni murah gila!!! Haa, apa? Jauh? Dok eh, dekat je dengan tol Pedas/Linggi. Kalau korang boleh bersusah payah ke Port Dickson, kenapa tidak ke Pedas? Jarak aku tengok lebih kurang sama je. Nak dekat lagi lalu tol Senawang. Kalau ke sini lalu Senawang, korang bolehlah pekena cendol famous kat tepi jalan tu. Seronoknya!!!


entrance

sentiasa penuh
di sini bermula sejarah Air Panas Pedas
Ingat tu !!!
Kerusi Rest N Go pun ada?? 
Untuk korang yang akan meneruskan perjalanan jauh, mana tahu badan lenguh-lenguh selepas mandi... hehehehehe :)

Harga Tiket Masuk Wet World Air Panas Pedas

Hari Biasa
Dewasa - RM 10
Kanak-Kanak RM8

Cuti Sekolah/Public Holidays
Dewasa - RM12
Kanak-kanak RM10

Ehhhhh, murahnya?? Jangan tak percaya!!! Mandilah sepuas-puasnya.

as usual
membantu anda
kedai souvenir
kadar sewa pelampung

Double Tube :
Rental RM15
Deposit RM 10

Single Tube :
Rental RM10
Deposit RM10

kandungan Mineral Air Panas
 
memang tak ramailah masa aku pergi sebab tengahari. 
tapi kalau pergi malam .. perghhhh, meriah!!
sila patuhi syarat!!
reflexology walk, bagus untuk kesihatan kaki anda
tempat duduk comel bagi kanak-kanak
permainan kanak-kanak
hehehe .. MR Turtle
take away corner
kuih muih, nasi, buah, sandwich.. waduh-waduh kelaparan gwe tengok!
eh, nak kemana tu?
untuk disewa
harga sewaan cabana/pondok

dan banyak lagi .... ada slide, ada river, macam-macam adaaaaaaaaaaaa...



Lebih istimewa, kat sini ada mini zoo. Bersuka-ria sambil belajar.
Wah .. bagus tu!


mini zoo
erkk, kesukaan Mr Bean

Wet World Air Panas Pedas juga sering menjadi tumpuan company-company besar untuk mengadakan family day. Bukan setakat company di Negeri Sembilan, malah menjadi pilihan company-company dari Melaka, Johor, Selangor dan juga SINGAPORE. WOW!!!


Dan jangan khuatir, kat sini juga terdapat surau khas untuk anda menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Bersih dan selesa. Hehehehehehe :)

surau
bilik rawatan kecemasan
kantin
ada juga
jom makan !!
nyum.. nyum

Dah, jom pergi hari ni... 

picture credit to wet world

Wet World Air Panas Pedas
Lot 603, Mukim Pedas,
71400 Pedas, Negeri Sembilan

No Tel :
06 6858 027

Email :
sales.wwapr@owg.com.my

American Airliner Plane