Latest Posts

Teruja! Teruja ! Teruja!

Tahukah anda MATTA FAIR kembali lagi? Tapi kejap .. bukan minggu ni pun. Saja kasi korang excited lebih. Hahahahaha.

Sekurang-kurangnya kita boleh menabung dari sekarang. Kan?

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Februari bakal melabuhkan tirai. Kemudian, datanglah bulan Mac. Bulan yang ditunggu-tunggu sebab Encik H lahir pada bulan ni. Eh? hahaha. Bagi kaki-kaki travel tu, sila save the date. WAJIB! Kalau korang ter-miss date ni, nasiblah.

Nak tiket murah tak? Nak hotel murah tak? Nak pakej murah tak? Semuanya ada kat MATTA FAIR 2014 nanti. Apa yang korang perlu buat adalah alert, buat alarm kat calendar, simpan duit dan beli tiket. Mudah sangat.


Bermula dari 14 sehingga 16 Mac, bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur (ehem, catit cepat), korang bolehlah dapatkan pakej-pakej pelancongan yang hebat kat Matta Fair nanti. Semuanya murah. Naik juling biji mata ni tak tahu nak pilih destinasi mana. Hahaha. Rambang mata!

Nak pergi Australia ke, Los Angeles ke (cepat MAS dah nak tamatkan penerbangan ke sana 31 April ni), Brazil ke atau mana-mana sahajalah. Semuanya suka hati koranglah. Sebab pakej-pakej yang ditawarkan murah daripada biasa. Kat mana? Kat MATTA FAIR 2014 lah. | Pakej Pelancongan Murah 2014.

Ada yang cakap, "Kami kat Sabah, camana nak pergi?" .. Ala kesiannya. 

Ha, takde masalah. Sebab agensi-agensi travel ni pun kadang-kadang masukkan sekali kat Groupon (link), Mydeals (link), Milkadeal (link) dan lain-lain lagi. Jadi, korang kena alert. Kalau malas-malas pun, buka je Wego (link). Sebab kadang-kadang syarikat penerbangan ni buat offer yang menarik. Kalau malas nak buka satu-satu, buka je Wego. Website tu akan compare harga-harga tiket dan hotel.

Eh, seriouslah. Aku ajak korang, aku pula yang excited lebih. kahkahkah.

Tapi jangan lupa tau! Tahun ni Tahun Melawat Malaysia 2014. Lagi bagus sekiranya kita dapat menyokong industri pelancongan di negara kita ni. Sebab Tahun Melawat Malaysia bukanlah every year. Jadi gunakanlah peluang ni sebaik yang mungkin.

Banyak juga aku dengar promo-promo sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ni. Sesuatu yang wow dan bakal buat korang teruja. Excitednya! 

Seluas 24 000 sq, di Hall 1, 1M, 2, 3 dan Linkway PWTC, korang bolehlah ajak mak, ayah, kakak, adik, abang, sedara-mara mahupun jiran. Eh, kawan pun boleh juga. Datang beramai-ramai memeriahkan MATTA FAIR 2014 ni. Pergilah bercuti, rehat-rehatkan minda.

Harga tiket? RM4.10/person. Boleh beli online. Click sini : Harga Tiket Matta Fair


Dan, korang yang datang bukan sahaja hanya beli tiket flight dan hotel. Korang juga boleh join contest yang diadakan kat MATTA FAIR 2014 nanti. Hadiahnya mestilah amazing dan best! Pakej percutian eksklusif dan bombastic! Hahahaha. Okaylah, jangan lupa save the date tau! Jumpa di sanaaaaa.

MATTA FAIR 2014
14-16 Mac 2014
10 am - 9 pm
PWTC Kuala Lumpur

FACEBOOK :
MATTA FAIR KL

WEBSITE :
MATTA FAIR 2014


Ingat lagi tak Ajikah? Kawan aku yang duduk nun jauh kat Filipina tu. Ha, la ni dia balik Malaysia.. "Yahooo!!", jerit kuat-kuat! Excited kemain tapi disebabkan aku busy maka, tak dapatlah jumpa dia selalu. Tapikan... hari tu, dia sempatlah datang rumah aku. Siap sleepover lagi masa Encik H pergi koje.

The next day tu, kami buat random trip to Melaka. Macam yang aku selalu cakap, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Tak payah fikir panjang, amek kunci dan pergi. Enjoy your trip! Ini tips tau. Mana tahu korang pun nak buat kerja gile then teragak-agak nak pergi ke tak, tak ke ye.. blablablabla. PERGI JE!!

Memang ni random trip pun. Kami takde tujuan. Tapi kata Ajikah, dia nak pekena Klebang Coconut Shake. Kita layankan aje. Nasiblah geng kami Dian pun ada kat sana. So, kami ke rumah Dian terlebih dahulu. Oh ya, Dian ni tauke CikAyu Closet dan Ayu Thaiya Spa kat Melaka. Korang search je kat Instagram. Fynn Jamal pun dikhabarkan pernah datang spa cik Dian kita ni.

Maka, bermulalah episod Jalan-Jalan Cari Makan kat Melaka | Tempat Makan Best di Melaka | Visit Malacca Malaysia 2014. Eh, banyaklah pula. Dah jom!!

KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE
Klebang, Melaka

Percaya atau tidak, walaupun dulu aku sekolah kat sini, kemudian sambung diploma kat sini juga.. Aku tak pernah minum coconut shake ini. Percaya tak? hahaha. Itulah hakikatnya. Bukanlah sebab tak tahu tempat, tapi sebab aku tak minum air kelapa. Hahaha.

Nasib baiklah kat Klebang Original Coconut Shake ni bukan sahaja air kelapa semata-mata. Malah kat sini juga ada ABC, air tebu dan lain-lain minuman. Selain tu, korang juga boleh lepak minum kat sini sambil menikmati kuih-muih tradisional. Memang sini hotspot. Tak perlu aku nak terangkan. Pelancong asing pun kalau ke Melaka pasti akan ke sini. Kata mereka, "so delicious and tasty".

Eh, tapi sebelum tu, jangan lupa baca Entri JJCM Melaka yang dulu : link.

Kat tepi jalan tu take-away, masuk dalam sikit adalah gerainya
sentiasa ramai orang
harga pun boleh tahan.. tak mahal 
antara yang dijual kat sini Bihun, Nasi Lemak dan lain-lain
Ada juga jagung, cendol dan ABC
tengoklah minah Philippines ni punya makanan .. kuat makan!
coconut shake. anda wajib TRY
sesi camwhore dengan bride-to-be, Dian

PACIFIC COFFEE COMPANY
Dataran Pahlawan, Melaka

Siapa yang pernah pergi Hong Kong pasti tahu Pacific Coffee Company kan? Cumanya, kat Malaysia ni lagi famous Starbucks berbanding Pacific Coffee Company ini. Dah tak payah nak banding-banding, setiap kedai kopi mempunyai kelebihan yang tersendiri. 

Tapi aku suka hiasan dalaman di Pacific Coffee Company Dataran Pahlawan ni. Lebih privasi dan classy. Dua tingkat, korang boleh pilih nak duduk atas ke bawah. Janji anda wajib pekena blueberry cheese cake dia. Fulamakkkk, sedap gila.

suasana yang sejuk mata memandang
combo set yang murah!
nak semua please. tergoda!!
again, camwhore. bukti kami dah sampai sini. hahaha
yummy!!!

HARD ROCK CAFE MALAYSIA
Lorong Hang Jebat, Melaka

Malaslah nak cerita pasal batu keras kafe ni. Famous kot Batu Keras ni. Hampir satu dunia ada cawangannya. Cuma yang bestnya, ini adalah Hard Rock Cafe Melaka. Ciri-ciri bangunannya pun sangat unik. Aku jangka, tourist luar pasti tertarik dan stop kejap kat sini. Sebab suasana kat sini best sangat. Lebih-lebih lagi dekat je dengan Jonker Walk.

Ini pun sama, first time aku jejak kaki ke sini. Kalau tak di Dian craving nak makan kat sini. Entah bilalah aku boleh ke Hard Rock Cafe Melaka ni kan? Selalunya aku hanya lalu je. Fikir parking mesti pening kepala. Jadi aku postponed dan postponed. Alhamdulillah, sampai juga akhirnya. 

camwhore dulu

masa kami sampai ni liveband tak start lagi

Hard Rock Nachos

suasana sekitar

menunya.. nasi lemak  HRC dengar cerita enak..

sorang sakit mata, sorang sakit jiwa, sorang lagi sakit angau. haha

Itulah sahaja pengembaraan jalan-jalan cari makan kami. Kesimpulannya, memang kalau jalan dengan Dian, aktivinya makan, makan dan makan. Mentang-mentanglah dia kurus, metabolisme tinggi. Makan banyak pun kurus. Yang kami berdua (ajikah) ni pula kalau makan banyak, jadi macam ular sawa kekenyangan. Hahaha.

Thank you Dian and Ajikah for the awesome trip! Next time kita random jalan lagi.

Jonker, I miss you. 
Baru-baru ni aku join satu Program Masak-Masak Blogger atau lebih manja dengan nama 'Rendezvous Blogger Part 1 2014' yang bertempat di Abuain Kitchen Studio, Bandar Sri Putra Kajang. Terima kasih Nazlan (link) sebab sudi ajak.

Walaupun pada mulanya aku awkward (sebab Nazlan je yang aku kenal), tapi lama-kelamaan perasaan awkward tu hilang. Program yang berlangsung dari jam 9 pagi sampai 6 petang ini adalah bertujuan bagi memperkenalkan Abuain Kitchen Studio yang baru dibuka Januari lepas untuk mereka yang nak belajar memasak. Bagus tu.

Jadi, sepanjang hari tu aktiviti kami adalah makan, masak, makan, masak .. sampai kembung perut. Alhamdulillah, rejeki .. hehehe. Siapa kat sini nak belajar masak .. angkat tangan..!!! Ok jom sertai kelas memasak di Abuain Kitchen Studio Kajang.

Aturcara Program

Abuain Kitchen Studio ni adalah milik Encik Hakimin Muhammad dan aku difahamkan nama Abuain ni adalah gabungan nama keluarga mereka. Sorry kalau silap.

bersih dan sedap mata memandang
owner Abuain Kitchen Studio yang juga empunya blog kuahkari.com

Masakan pertama adalah dari Puan Najwa dan Encik Lutfi iaitu masakan arab. Untuk pengetahuan korang, Puan Najwa ni dilahirkan kat Saudi. Dibesarkan kat sana dan masa baru-baru kahwin, dia tak reti langsung cakap Melayu. Tapi lama-kelamaan, fasihlah sikit-sikit. Hehehe.

Dan selepas Program Masak-masak Blogger ini, sesiapa nak join kelas Puan Najwa bolehlah datang ke Abuain Kitchen Studio. Bayaran adalah RM150/seorang dan belajar masakan arab (starter/nasi mandy/dessert/drink). Siapa nak belajar masak dan nak resepi nasi arab silalah join!


Syabsyuqah dan Lagatil

Kemudian, kami rehat beberapa minit. Makanan tengahari disediakan. Bukan setakat makanan arab, pelbagai jenis makanan. Dari nasi, kuih muih, pulut durian .. pendek kata, macam-macam ada. Ala-ala potluck. Ada yang sudi membawa hasil air tangan mereka. 


tengok camana aku tak kembung? ni baru tengahari.. petang bertambah

sesi gosip.. eh borak-borak. hehe

suasana di Abuain Kitchen Studio

Seterusnya adalah Demo Dessert by Puan Azian Elias.  Demo membuat puding roti butterscotch. Istimewa puding roti butterscotch ni, dia ada ferrero rocher. Sedapnya. Memang berbaloi datang hari tu. Secara tak langsung bolehlah upgrade rasa puding roti yang aku buat sebelum ni. Thanks Puan Azian for the recipe of Butterscotch Bread Pudding. So yummy.


tekun

tengok tu.. pergh.. terliur tak?

Next, adalah tetamu istimewa iaitu Chef Adu Amran. Antara chef terkenal selepas Chef Wan. Haha. Bagi siapa meminati rancangan Masterchef Malaysia of course kenal. Chef Adu ni hebat dan mempunyai pengalaman memasak di London sebelum pulang ke Malaysia. Orangnya peramah dan tak lokek ilmu. 

Ruginya korang tak join Program Masak-masak ni kerana free dan ada tetamu jemputan yang hebat seperti Chef Adu ni. Tapi takpe, lepas ni daftar terus kat Abuain Kitchen Studio ye? Hehehe.


Sesi borak-borak bersama Chef Adu

Chef Adu ni juga adalah owner Adu Amran Management and Services (Masterchef Izyan Hani pun under management ni juga). Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut, sila click link ini : link.


itu dia.. skill chef dah mai

Salad Salmon Kukus

Homemade Strawberry Jam and Roti

lepas je chef habis masak, semua datang dekat.. sebab tak boleh tahan bau
Sodap, den koba kek ekau.. hahaha

my ex-coursemate, Syaer selaku PA Chef Adu

Sesi bergambar dengan Chef Adu
Camwhore bersama Syaer

Seterusnya adalah Demo Udang Masak Lemak Cili Api Bersama Nenas by Puan Azie Azah. Tapi yang ni aku miss sebab duk borak-borak kat luar. Hahaha. Ya Ampun! Kita teruskan ke Demo Kuetiow Abang Zam. Ramai yang nak tahu rahsia buat kicap kuetiow tapi malangnya, demo ni dah siap-siap buat dari rumah. Jadi kalau nak tahu, joinlah kelas masakan ni ya. 

Pssst, aku dah tahu buat Char Kuetiow setelah 2 kali tak jadi buat. Hahaha. Memang susah tapi korang jangan putus asa. Untuk menghasilkan masakan yang sedap, memang sekali sekala kena failed dan cuba, cuba dan cuba sampailah menjadi. Ini TIPS dari saya. :)


the making of Kueytiow

Next, adalah Demo buat Coklat by Izan Aziz. Supposedly, sebelum demo coklat adalah Sesi bersama Masterchef Izyan Hani. Tapi malangnya Masterchef Izyan Hani lambat sampai. Hampir dua jam kami tunggu dia, so teruskanlah dengan demo coklat ni.

Kelas buat coklat juga turut ada di Abuain Kitchen Studio. Siapa berminat khususnya bagi siapa yang nak buat business coklat ke or buat saja-saja untuk raya, bolehlah join ye.


Puan Izan Aziz

sedapnyaaa..

Dan yang terakhir pada hari itu, adalah sesi bersama Masterchef Izyan Hani. Ada yang dah balik time ni sebab lama sangat tunggu. Tapi takpelah, aku tunggu lah juga sampai dia datang. Hehehe.

Izyan Hani ni juara Masterchef Malaysia Season Kedua. Selain dari kerjayanya sebagai  Ahli Geologi, dia juga mempunyai bakat dalam memasak. Orangnya manis dan banyak cakap, tak lokek berkongsi cerita. Eh, dia juga baru keluarkan buku bertajuk 'Cerita Rasa Izyan Hani Dari Dapur Bonda Ke Dapur Masterchef'. Sila beli cepat. Macam-macam resepi ada.


sesi pengenalan dengan Masterchef Izyan

sedang menerangkan cara-cara buat pavlova

alahai rasa nak grab dan makan terus

macam comel je.. macam sedap je

bergambar sebelum balik dengan Masterchef Izyan Hani

Fuh, memang memenatkan. Tapi ilmu yang aku dapat pada hari tu berbaloi-baloi. Bagi sesiapa nak join kelas memasak di Abuain Kitchen Studio, ni detailnya. Sila catat!

Abuain Kitchen Studio (exit Bukit Mahkota Nilai)
No.32, Jalan Seri Putra 1/2,
Bandar Seri Putra, 
43000 Kajang.

No Telefon : 
012 946 7994

Email :
wkhaihwm@gmail.com

Facebook :

American Airliner Plane