Latest Posts

Kalau Homestay Dorani bertemakan sawah padi, di homestay Banghuris pula bertemakan estate seperti estate getah dan ladang buah-buahan. Kat sini tidak kurang hebatnya. Sering menjadi tumpuan pelancong khususnya dari negara matahari terbit. Jika anda menginap di sini, anda dapat merasa pengalaman menanam pokok dan lagi istimewa pokok itu akan ditanda dengan nama anda sebagai tanda kehadiran korang ke sini.



Banghuris ini gabungan dari tiga kampung iaitu, Kampung Bukit Bangkung, Ulu Chuchuh dan Ulu Teris. Paling membanggakan, Kampung Ulu Chuchuh pernah memenangi anugerah 'Kampung Terbaik' peringkat Negeri Selangor pada tahun 1993.

Tapi sayangnya, kami kesuntukan masa di sini. Jadi tak banyak aktiviti yang boleh kami lakukan. Homestay ni terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang KLIA. Dekat je, lalu jalan belakang ke Gold Coast Resort. Haaaa.. alang-alang sampai sini, singgahla makan seafood kat Bagan Lalang. Nyums.

HOMESTAY TERBAIK DI SELANGOR
Paluan kompang yang menyambut kami
HOMESTAY TERBAIK DI SELANGOR
Sampai-sampai je, kami dijamu dengan air kelapa fresh
HOMESTAY TERBAIK DI SELANGOR
Mee Sup Yang Enak
HOMESTAY TERBAIK DI SELANGOR
OMG OMG .. Durian Pun Ada ..

Sambil makan, kami dihiburkan dengan persembahan penduduk kampung

HOMESTAY TERBAIK DI SELANGOR

dan penyanyi, EWAL AF

EWAL AKADEMI FANTASIA
EWAL AKADEMI FANTASIA

Sementara tu, ada yang mengambil kesempatan untuk 

MEMANCING







Paling saya excited adalah acara menoreh getah. Maklumlah, dulu selalu ikut arwah abah visit estate-estate getah masa dia kerja Risda. Tapi tak pernah pula try menoreh. Kali ni tak boleh lepaskan peluang. Kena cuba alang-alang dah sampai sini. Sumpah, seronok sangat. 

Selain dari dapat pengalaman berharga, anda juga dapat ilmu berkaitan getah. Penat sebenarnya jadi penoreh getah.. hehehe. 




tu diaaa.. semangat anak Risda

menoreh biar ada style.. haha

Then, kami dibawa ke ladang buluh. Kalau nak feeling seperti berada di oversea, silalah datang sini. Tempat ni cantik sangat kalau nak buat pre-wedding. 

sebelum diedit

hasil edit



tengok, semua teruja bila ke sini... walaupun hanya sekadar 
ladang buluh, tapi pemandangan sini sangat cantik.

bersama team SMCC1M

jom support Visit Malaysia 2014

 Antara aktiviti yang anda boleh lakukan kat sini :
- memancing
- menanam pokok buah yang menandakan anda datang sini
- menikmati muzik tradisional dan folk dances 
- menikmati buah-buahan tempatan
- menoreh getah
- menuai biji kelapa sawit

Berminat? Contact mereka sekarang !!

No Tel :
0126628548 (Hj Basir Wagiman)
0192325758 (Hj Salam Wagiman)

Alamat :
Kampung Hulu Chuchoh, Sungai Pelek
Sepang, Selangor


Stress di tempat kerja? Memerlukan percutian singkat tetapi dekat dengan Kuala Lumpur? Haaaa.. ini dia, Homestay Dorani yang PATUT  anda pergi. Hilang stress bila melihat kehijauan sawah padi Homestay Dorani. TENANG!

Terlebih dahulu, terima kasih Tourism Selangor dan semua yang terlibat dalam menjayakan misi Program Media dan Artis ini. Homestay Hj Dorani ni terletak berhampiran dengan KL. Orang noghori cakap, "dokek jo ngan tompek ekau".

So, saya nak ajak anda semua pergi dua-dua homestay ni. Selain dari menikmati panorama semulajadi, korang boleh juga mencuba beberapa aktiviti seperti mencanting batik, mengagau ikan keli, menoreh getah, memancing ikan cara traditional, buat bahulu traditional... ehhh kalau saya cerita, sampai besok pun belum tentu habis. hahaha. 

Apa yang pasti, kat homestay ni menjanjikan kelainan dan keunikan untuk anda semua. Bagi mereka yang takde kampung macam aku ni,  rasa teruja bila menjejakkan kaki ke sini. Lebih-lebih lagi bila dapat berlari-lari anak di sawah padi, mandi-manda di tali air, makan buah-buahan di tepi kolam ikan... fuhhhhhh, masyuk! layan habislah~


 Homestay Dorani, Sabak Bernam
(Terima kasih Tourism Selangor)

Siapa tak tahu Homestay Dorani ni.. Sejak dua menjak, homestay ni makin famous. Lebih-lebih lagi bila, One Nation Emcees dan Jimmy Palikat shooting klip video "Anak Kampung" kat sini.


layan dulu lagu ni .. ambil feel~

subhanallah, teruja tatkala sampai di sini



homestay paling terkenal kat Malaysia


Aktiviti Mencanting Batik :

sebelum
dan selepas.. hasil kumpulan kami... 

Aktiviti Buat Bahulu : 

jadi tukang kacau je..

pertama kali tengok cara tradisional buat bahulu

by my group.. perhiasan dapat sekitar ini.. 'asal boleh'. haha

Aktiviti Mengagau Ikan :

sesi meng'gogoh' ikan (dalam bahasa jawa) atau dalam melayu,
mengagau ikan... * tangkap ikan guna tangan *

selepas.. hahaha. comot tapi seronok sangat


Lepas mengagau ikan, kami diberi pilihan nak mandi di ...

tali air

atau

parit

dua-dua pun best, dua-dua pun pengalaman baru bagi saya

Sebelum balik, ada acara penyampaian pingat dan hamper.. Malangnya, kumpulan saya dapat tempat terakhir sebab kami semua kalah teruk kat aktiviti mengagau ikan.. geli punya pasal, sikit je ikan kami dapat dan kumpulan artis yang diketuai oleh Talha Harith berjaya dapat No 1. hehehe.

sesi penyampaian medal 

hamper dan medal. jadilah daripada takde..

info : produk Masri adalah keluaran IKS di kawasan ini

Okay seterusnya.. jom tengok beberapa gambar kami sepanjang kat sana










dan trip ini dimeriahkan dengan kehadiran 

Talha Harith, Erry (budak couple seminggu), Kay AF9

kat sini anda boleh aktiviti seperti :

- belajar cara-cara buat layang-layang
- menumbuk padi
- menggagau ikan (wajib try at least sekali seumur hidup)
- melawat kilang Nata de Coco
melawat kilang kerepek pisang
- melihat kelip-kelip
- melawat dan belajar cara buat bahulu traditional
- menginap di Homestay Dorani

Berminat?? Contact mereka sekarang !!

No Tel :

Email :
doranihomestay@yahoo.com

Website :

Alamat :
No.1, Parit 1,
Sabak Bernam, Selangor

Thank you Nuffnang

Semalam ada Premiere Screening 47 Ronin yang dilakonkan oleh pelakon hebat, Keanu Reeves. Thanks Nuffnang, sekali lagi aku terpilih untuk ke Premiere Screening ini. Cerita ni memang awesome-lah sebab pelakon pujaan hati, Keanu Reeves berlakon. kihkih.

Korang kalau nak tengok cerita ni, sila ke pawagam hari ini okay? sebab cerita ni release hari ni- 19/12/2013. Make sure jadi yang terawal yang tengok. Barulah best... hehe. Adik-adik yang ambil result PMR hari ni pun boleh tengok lepas tu, sebab cerita ni diklasifikasikan sebagai PG-13.


Sinopsis :

Berdasarkan kisah benar pada abad ke-18, kisah ini adalah antara yang popular dalam sejarah samurai kat Jepun. Kisah ini menceritakan tentang 47 ronin (samurai) yang setia dan bersumpah untuk membalas dendam di atas kematian master mereka yang dibunuh oleh seorang treacherous.  

Kemudian, seorang pemuda bernama Kai yang hidup dalam buangan telah menyertai Oishi untuk sama-sama mengembalikan maruah mereka. Nak tahu siapa Oishi, kenalah tengok sendiri. Aku malas nak cerita lebih sebab nak kasi suspend sikit. Hehe.

Korang mesti tengok cerita ni tau... WAJIB!!!!

Movie :
47 Ronin

Tempat :
GSC Tropicana City Mall


Trailer :



Rating:
4/5

Class:
PG13
Hi assalamualaikum

Apa perancangan korang sempena sambutan tahun baru ini? Tinggal beberapa hari sahaja lagi kan?Selain dari promosi Visit Malaysia, pihak Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan mengajak korang memeriahkan Colours Of Negeri Sembilan 2013 - satu acara yang julung-julung kalinya diadakan sempena sambutan tahun baru ini.

Daisypath Vacation tickers
nampak tak excitednya saya? ishh..

Dengan sertai acara ini, korang dapat sesuatu pengalaman yang berbeza dan unik. Yela, ini tak.. Asyik-asyik sambut tahun baru kat bandar je, saya pun naik boring dah. Kali ni kita sambut di PD Waterfront jom. Sambil menunggu detik tahun baru, petang tu bolehlah pergi picnic ke, naik jetski ke, sambil beriadah dengan teman dan keluarga. Paling kurang pun, pergi makan laksa or burger bakar kat Teluk Kemang... Nyummm! *adeh dah terliur den haa.. sodapnyo*

bogo baka versi tolok komang

Terdapat artis undangan yang bakal memeriahkan acara ini seperti Nas Adila, Yantzen, Ana Raffali, Dj Fuzz dan orang noghori, Waris... Wah, meriah gitu! Sambil mengira detik, sambil dijamu dengan persembahan hebat oleh mereka ni semua. Of course, tepat jam 12 malam, ada pertunjukan bunga api.. wow, best! sambil melayani angin laut sepoi-sepoi bahasa, sambil melihat bunga api yang sudah semestinya cantik. teruja iolsss..!!

Colours Of Negeri Sembilan 2013
31 Disember 2013 @ PD Waterfront
4 pm - 12 am

Eh tak sabarnya!!


Bagi mereka si kaki jalan, jangan lepaskan peluang. Sempena pelancaran Tahun Melawat Malaysia yang juga diadakan pada malam tu nanti, korang juga berpeluang mendapatkan pakej-pakej pelancongan dengan harga istimewa.. Eh, TAK NAK KE? Saya nak!!!!

Jom cuti-cuti satu Malaysia bersama saya...



American Airliner Plane