Latest Posts

Krabi, KRABI, Krabi .. Tak bosan ke asyik ke Krabi??

Sejujurnya, aku try elak nak pergi sini. Rasa banyak lagi pulau kat Thailand yang aku tak sampai lagi. Tapi kalau ikut dari segi aktiviti melibatkan keluarga, Krabi antara yang paling atas dalam list.

Krabi bukan setakat snorkeling dan lepak kat tepi pantai semata-mata. Lebih dari tu. Makan, minum, island hopping, nature, culture, massage, pondan (ops) dan lain-lain lagi.

Pergi Krabi, stay area Aonang tau!

Dari Malaysia, kitorang naik Airasia. Sampai je sana, hotel transfer dah menanti. Actually kalau book via hotel ni agak mahal la (800 baht). Better amek je teksi kat luar airport (600 baht). Nak jimat lagi, naiklah bas. Tapi lamalah nak sampai. Remember, time is so precious! Kahkah.

Kereta ni dilengkapi dengan wifi.

HARI PERTAMA :
1.40 pm : Tiba di Krabi
2.40 pm : Sampai di hotel, check-in & rehat di Princeville
5 pm : Jalan area Ao Nang
6.30 pm : Early Dinner kat Restoran Bamboo
8 pm : Massage time 


Hari pertama more to relax memandangkan ni kali pertama kakak and anak-anak dia sampai Krabi. Massage WAJIB tiap-tiap malam. Hahaha. Murah wei. Thai massage around 200 baht (RM24/sejam). Kat Malaysia mana nak dapat harga macam tu kan?? 

HARI KEDUA :
7.30 am : Breakfast kat hotel
8.25 : Berkumpul di Ao Nang
8.30 am : Island hopping start (Phi-phi Island Tour)
5 pm Balik dari Island Hopping
5.30 pm : Continue di Swimming Pool Hotel
7 pm : Dinner di Restoran Bangboo (lain tau dengan Bamboo)
9 pm : Massage again! hahahahaha

Sayangnya, kitorang tak boleh pergi ke tempat paling famous (tempat Leonardo Di Caprio berlakon) - Maya Bay disebabkan cuaca tak elok. Aku memang tak recommend korang pergi akhir Ogos-Disember sebab monsun. Akhir Ogos ni kira permulaan monsun. T_T

Untuk Phi Phi Island Hopping ni, boleh refer entri lama :


HARI KETIGA :
8 am : Breakfast kat hotel
8.30 am : Pick up tiba di hotel
8.35 am : Safari & Nature Tour
- Stream Waterfall
- Emerald Pool
- Tiger Cave Temple
- Elephant Safari
4 pm : Kembali ke hotel & rehat
5 pm : Lepak pantai depan hotel (Ao Nang Beach)
8 pm : Dinner at Bangboo (again!!)
9 pm : Massage time


Hari ketiga, Encik H datang Krabi. Yeay!! Sukalah bebudak tu uncle favourite diorang datang. Hari ketiga ni more to nature. Lagi banyak berjalan kaki sebenarnya. Nak masuk Emerald Pool tu dalam 800 meter, pergi balik 1.6 km. Kalau masuk lagi ke Blue Pool, tambah lagi 600 meter (sehala). Sama juga dengan Stream Waterfall. Cuma ke Elephant Safari je tak penat. 

Yang ni aku tak buat entri khas lagi pasal nature tour ni. Next entrilah ye. Sabar!!

HARI KEEMPAT :

Hari keempat, tinggallah kami berdua. Sebab kakak dan anak-anak dia dah balik awal-awal pagi lagi. Hari keempat, kitorang habiskan masa pergi 4 islands. Ini first time aku ke sini. Not badlah. 4 islands ni dekat je dengan pantai Krabi. Habis pun cepat, by 4pm dah habis.

8 am : Breakfast di hotel
8.30 am : Pick up dan berkumpul di Ao Nang
8.45 am : Start 4 islands tour
4 pm : Tiba di pantai Ao Nang balik dan balik hotel
4.30 pm : Ambil tuktuk ke gerai Halal Ao Nang
6.30 pm : Jalan kaki balik hotel & survey harga souvenir
8.30 pm : Dinner kat Lemon Seafood Restoran
9 pm : Massage time

** Kalau naik tuk-tuk, rajin-rajinlah minta tawar **


HARI KELIMA :

Hari kelima adalah hari terakhir kat Krabi. Flight jam 510 petang. Banyaaaaaaaaaaaaakkk lagi masa kitorang ada. Kalau hari-hari sebelumnya, kitorang ending dengan massage, hari terakhir ni, kitorang mulakan dengan massage. Hehehe.

9.00 am : Breakfast kat Hotel
11 am : Check out hotel & simpan barang kat hotel
1130 am : Massage time 
1240 pm : Jalan-jalan sekitar Ao Nang 
3 pm : Teksi sampai dan gerak ke airport

Walaupun perjalanan sejam lebih dari Krabi ke Kuala Lumpur dengan flight, tapi sumpah ini antara pengalaman yang sangat-sangat menakutkan!! Sepanjang perjalanan cuaca kurang baik. Kalau sebelum ni, turbulence hanya menamatkan seketika minuman panas, tapi hari tu dengan stewardess sekali, pilot tu suruh duduk. Memang sangat-sangat menakutkan wei.. Macam naik roller coaster! Haha.



Dah acapkali ke Krabi, tapi banyak lagi tempat yang aku tak pergi dan banyak lagi aktiviti aku tak buat. Macam Hong island, James Bond Island dan lain-lain lagi. Korang kalau ke Krabi, planlah jadual dengan betul. Kebanyakan tour bermula jam 8.30 pagi. 

Sebelum ni stay di Ao Nang View La Villa (bajet hotel) dan terkini stay di Princeville Hotel, lokasi yang meletup!! Hahahaha. Both ada pros and cons. ;)

Untuk rujukan, boleh baca entri lepas :
3) Krabi Weekend Night Market
4) Howdy Relaxing Hotel, Krabi Town
5) Berkayak di Krabi
6) Phi Phi Island Tour
7) Elephant Safari Krabi
8) Had Noppharathara Park Krabi
9) Ao Nang View La Villa
10) Sewa Motosikal Murah di Krabi
11) Percutian Bajet ke Krabi

Next entri : 
1) Princeville Krabi
2) Elephant Safari & Nature Tour
3) 4 Islands Tour

Peta Krabi

Hai .. Assalamualaikum semua.

Puaslah fikir nak update apa lagi ye pasal Jakarta. Memandangkan dulu dah banyak kali cerita pasal ibukota Indonesia yang terkenal dengan 'macet' ni. Tapi macet-macet tu la yang aku suka. Nampak meriah sikit berbanding pergi kawasan yang sunyi sepi dan ngeri. Muahaha.

Holla Jakarta

Baru aku teringat, aku belum lagi cerita pasal Somerset Berlian Jakarta. Somerset Berlian Jakarta ni ada dua, satu untuk resident satu lagi hotel. Tapi masa aku pergi hari tu, ramai gila orang arab yang stay sini. Maybe sebab dekat dengan shopping mall macam Senayan and etc tu kot.

 
Somerset Berlian Jakarta

Kitorang stay 3 hari 2 malam dan ambil 2 apartment jenis 3 bedroom deluxe. Walaupun lokasinya berdekatan dengan Senayan City Mall dan bertaraf 5 bintang, tapi harganya tak mahal mana pun. Untuk 3 bedroom deluxe around RM450 termasuk tax. Murahkan?


Kat pintu masuk ada kolam ikan dan kolam kura-kura

Kalau korang pergi bercuti dengan keluarga, aku suggest stay sini. Selesa, dekat dengan tempat shopping dan tenang je. Lebih spesifik lagi, hotel ni terletak kat kawasan elite Permata Hijau. Buka tingkap je, nampak rumah-rumah bungalow besar. *telan airliur jela tengok rumah kat sini*


Front Desk

Waiting Area

Internet Corner
Restoran
Swimming Pool
Kids Area
Lift

Dua-dua apartment lebih kurang sama. Cuma tingkat je berbeza, tingkat 2 dan tingkat 11. Tingkat 2, kakak dan family dia. Tingkat 11, mummy, Alia  and me. Kalau nak view cantik, baiklah tingkat ataskan?? Ngeeee...

JENIS : 3 BEDROOM DELUXE

Luas dan selesa
Ruang Tamu
Master Bedroom
Bilik Kedua
Bilik Ketiga
Toilet Share Untuk Bilik Kedua dan Ketiga
Bilik Menggosok
Free
 
Dapur
Tempat Basuh Baju
Tandas Cangkung Pun Ada.. Hahahaha. Legend!
Mummy Gembira, Anak-anaknya pun gembira.. Hehehe

Best tak?? Bestkan?? Lengkap!! FREE Wifi?? Haruslah ada. Cuma agak lembab sikit. Hahaha. But its okay. Bukan selalu kat bilik pun. Most of the time kat luar. Ngeee.

Secara keseluruhannya, puas hati dengan hotel ni. Layanan staff dia, kemudahan dia, lokasi dia ... Cuma, cuma, cuma ...... breakfast dia je, tak banyak pilihan. Semuanya okay!

Pemandangan Swimming Pool Dari Atas
Pemandangan Luar .. Rumah-rumah Kat Sini Besar Gila!! 

Masa kat sini, sempatlah saudara dari Padang datang and join us for lunch. Lama tak balik kampung Bukit Tinggi, Insyallah tahun depan. Hehehe.


_______________________________________

** Gambar menggunakan Go Pro Hero4, Iphone 5 dan Lumix GF7.

Hola ... Assalamualaikum..

Semua sihat? Ada yang plan nak ke Jakarta? Haa, yang mana plan tu mesti tengah cari supir (driver) kan? Nak jalan kat Jakarta ni senang bila ada supir. Kalau naik teksi pun senang. Cuma kalau teksi stuck time macet tu, meter dia masih berjalan. Agak sakitlah nak bayar. Hahaha.

Tapi kalau ada supir, semuanya jadi senang. Kau suruh je diorang bawa pergi mana. Tol, minyak dan perkhidmatan semua dah termasuk dalam bayaran. Dari pagi sampai tengah malam .. 24 jamlah ...!! Tak payah pening-pening. Dari sini ke sana, sana ke situ .. Memana jelah.. Semua diorang boleh bawakkan. 

Kalau setakat pergi Jakarta, just nak pergi 2-3 tempat naik teksi je. Kalau stay kawasan yang ada tuk-tuk, naik tuk-tuk je. Tapi tak semua kawasan ada tuk-tuk. Tak semua kawasan senang dapat teksi. Itu masalahnya. Haaa!


Eh, banyak cakap pulakkan? Hahaha. Aku rasa aku belum up lagi entri pasal supir. (kalau ada pun, aku dah lupa .. hahaha). Dalam banyak-banyak supir, ada a few yang jadi favourite. Salah satu Pak Taufiq. Aku tahu ramai yang dah guna khidmat Pak Taufiq. 

Kengkawan aku pun ramai dah guna khidmat dia. Kalau korang tanya aku, aku memang suggest Pak Taufiq and etc. Dia tahu mana tempat shopping best, tempat makan best. Tapi kenalah cakap bajet korang. Kang dia bawa tempat mahal, kan dah parah?? Hahaha.

As usual, beberapa hari sebelum pergi aku whatsapp Pak Taufiq. Dengan dia ni, ko whatsapp je. Tak perlu call. Jimat sikit. Haha. 

Rm450 sehari untuk van besar ... 

Apa yang perlu ko tanya??
- harga terkini untuk berapa orang yang datang (jangan lupa minta diskaun)
- kalau nak pergi Bandung, tanya sekali berapa rm
- jangan lupa survey tempat mana ko nak pergi, then tunjuk list tu kat dia
- kalau boleh elakkan pergi tempat shopping banyak sangat. u gonna waste ur time berjam-jam dalam tu. kan? kan?


Perlu ke tak supir kat Jakarta? Jawapan aku perlu jika ko nak pergi banyak tempat. 

Kalau nak pergi shopping, silalah ke ITC, Pasar Pagi Mangga Dua, Mayestik, Thamrin dan Tanah Abang. 

Kalau nak pergi beli barang kahwin, silalah pergi Pasar Tibet Ramayana (kad kahwin & doorgift), Tanahabang, Mayestik, ITC Cempaka Emas & etc.

Kalau nak pergi tempat pelancongan, silalah pergi Ancol, Taman Mini Indonesia, Tugu Monas, & etc ..

Kalau nak pergi makan, silalah ke Nasi Padang Sederhana, Nasi Padang Garuda, Jalan Sabang, Pondok Sedap Malam dan lain-lain.


Kalau datang Jakarta, jangan lupa contact Pak Taufiq .. Tunjuk je entri ni kat dia .. Pastu jangan minta diskaun!! Hehehehehe. Selamat berlibur!

Pak Taufiq 
+62 878 213 57 597

American Airliner Plane