Latest Posts

Jika anda berada di area Lot10 pada pagi Rabu yang lepas, anda akan tengok seorang perempuan berlari ke sana, berlari ke sini sambil pegang board Visit Malaysia 2014. Ngeee... dan perempuan itu adalah saya. *facepalm*

Ini bukan KERJA GILA tetapi ini adalah untuk sesi photoshoot bersama media yang bertemakan jalan-jalan. Terlebih dahulu, terima kasih Utusan Malaysia kerana memilih blog Kisah Tatie.

Walaupun pada mulanya, agak segan untuk berjalan-jalan, kejar lampu hijau dan memegang board VMY di kawasan ramai orang, tapi dek kerana arahan abang photographer, kita ikutkan ajer.. hahaha. Pengalaman baru dan bermakna bagi saya.

sebelum

after

Thank You Kak Ya Ambam for sponsoring me make up. Berbaloi-baloi!!! Dengan harga serendah RM300 anda mampu tampil jelita dan anggun dengan sentuhan magik daripada Kak Ya Ambam. Jadi apa tunggu lagi? Contact Kak Ya Ambam sekarang. Gerenti puas hati. Kak Ya ni make up artis area Seremban dan sekitar Negeri Sembilan. Jadi kalau anda cari mak andam sekitar Seremban dan Negeri Sembilan ni, bolehlah guna khidmat Kak Ya. (kak ya guna product-product MAC & NARS)

Blog :

No Tel :
019-2928499


Jadi, projek pada hari itu adalah bersama Utusan Malaysia untuk ruangan Blogger Pilihan Utusan siri 28 Disember 2013. Ini projek pertama featured in media untuk tahun ni. Terima kasih Yuji.Semuanya last minit. I dapat tahu pun sehari before photoshoot. Terus blur nak pakai baju apa. Hahaha. Tapi memandangkan Yuji cakap, pakai casual bertemakan nak pergi jalan-jalan.. Terus capai apa yang ada. 

Tempat : 
area Lot 10, Kuala Lumpur

Projek :
Blogger Pilihan Utusan









dan hasilnya ....

Keratan Akhbar Utusan Malaysia - 28 Disember 2013

Terima Kasih Azrul (ex-classmate), Yuji (wartawan) & abang photographer, Kak Ya Ambam (make up) & Jannah (peneman). Pengakhiran tahun baru yang cukup bermakna. 

Selain tu, Blog Kisah Tatie juga featured in ...

China Press 13 Disember 2013

Media Hiburan 21-27 Disember 2013

Terima kasih semua especially my beloved followers and readers.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2014

Next entry, Summary 2013. Nantikan.


Jom cuti-cuti satu Malaysia bersama saya...



Terletak di Negeri Melaka, namanya tidak asing lagi bagi penduduk Semenanjung Malaysia. A Famosa Resort sering menjadi destinasi percutian pilihan khususnya mereka yang sudah berkeluarga. 

Di sini, terdapat pelbagai tarikan seperti Water Theme Park, Safari Wonderland,  Old West (dahulu dikenali sebagai Cowboy Town) dan Sport & Recreation. Semuanya di tanah seluas 520 hektar ini.

MAPS credit to A Famosa Resort

Dan baru-baru ini, saya berpeluang mewakili Blooggers Dot Com, bersama 7 orang yang lain untuk meneroka tarikan terbaru di Water Theme Park dan Safari Wonderland. Terlebih dahulu, terima kasih A Famosa Resort kerana sponsor everything, pengangkutan dari Kuala Lumpur, makan minum, semua sekali. Trip ini adalah usaha sama, A Famosa Resort dan Blooggers Dot Com.

credit to Google Maps, click sini : maps

Jika ini kali pertama anda ke sini, anda harus melalui Highway Plus Utara-Selatan (NSE) dan Exit di Tol Simpang Ampat untuk sampai ke A Famosa Resort ini. A Famosa Resort dibuka pada setiap hari kecuali hari Selasa, namun jika musim cuti sekolah, ia dibuka setiap hari. 

Opening Hour 
Isnin, Rabu-Jumaat : 11am-7pm
Sabtu-Ahad/ Cuti Sekolah: 9am - 8pm

Harga (jika beli dengan meal sekali)
click sini untuk beli online , ON9

Berbalik pada cerita asal, team kami seramai 8 orang diketuai oleh Rawlins (his blog : byrawlins) sambil diguide oleh Zack, executive PR & Marcom A Famosa Resort. Memang best dan sempoi satu team dengan diorang ni semua. 

jalan masuk ke A Famosa Resort (Safari Wonderland & Water Theme Park)

kami @ blooggers team

Cuaca memang menyebelahi kami pada hari itu. Panas sepanjang hari. Alhamdulillah. Nak naik semua slides pun senang, cuma pada musim peak, keadaan di A Famosa Resort agak padat dengan jumlah pengunjung yang datang. Ada yang pergi berkelah, ada yang mengadakan family day, company team building dan banyak lagi lah. Nasib kami sempat merasai beberapa slides utama. Hehehe.


Pintu masuk Water World

thanks Zack, layanan 5 stars kami dapat sepanjang hari tu



as usual .. kat mana-mana pun wajib.

antara yang anda WAJIB pergi

Sewa Locker
saiz  kecil : Rm 4 / sekali  guna
saiz besar : Rm 12 / sekali guna


Penyewaan Pondok /  Tiub Pelampung

click gambar untuk imej lebih besar

cabana/ pondok

tiub pelampung

Water Theme Park ini adalah terbesar di Malaysia dan mempunyai tiga bahagian utama, iaitu keluarga, adventure dan kanak-kanak. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan lain seperti surau, khidmat kerusi roda, bilik persalinan, kedai souvenir, kedai runcit dan kafe-kafe makanan (side walk cafe, fast food pavilions, food court dan bistro). Semuanya lengkap, anda datang ke sini dan enjoy setiap kemudahan yang ada.

Kategori : FAMILY/ KELUARGA
- sandy beach
- wave pool
- lazy river
- inner tube slides
- family raft ride

credit to A Famosa Resort

Wave Pool

Lazy River

Inner Tube Slides

Kategori : ADVENTURE
- high speed slides
- body slides
- splash

credit to A Famosa Resort

High Speed Slides


Big Ice Cream (tarikan terbaru)


Splash

Kategori : KIDS/KANAK-KANAK
- Arabian Village
- Kids Adventure Play Pool

credit to A Famosa Resort

Kids Adventure Play Pool

SERONOK SANGAT!!! Masing-masing macam dah tak nak balik. Lagi best jika anda datang secara berkumpulan. Boleh buat aktiviti seperti telematch dan lain-lain. Pengalaman yang tak mampu saya nak cerita kat sini. Jadi, anda kena rasai sendiri especially Big Ice-Cream. Sama seperti di I-city, cuma di A Famosa Water Park ini, lebih tinggi dan lebih panjang slide dia. 

high tea kat Side Walk Cafe sebelum pulang

bergambar kenangan dengan team blooggers 
No Photography Allowed? Opss!!

A Famosa Resort
Jalan Kemus, Simpang Ampat, 
Alor Gajah, Melaka

Website:

No Tel :
03-2781 8888

Terima kasih Blooggers Dot Com dan A Famosa Resort.
 Kami ENJOY!!


Jom cuti-cuti satu Malaysia bersama saya...

Saya percaya ada di antara kita adalah peminat setia filem Paranormal Activity kan? Paranormal activity adalah sebuah cerita berkisarkan supernatural aktiviti.

Terbaru adalah, The Marked Ones. Jujur, seperti The Hobbit, ini adalah kali pertama saya menonton Paranormal Activity. Bukanlah sebab takut, tapi tak beberapa suka cara filem ini dirakamkan - style "found footage". 

Tapi kelmarin, saya berkesempatan untuk menonton Paranormal Activity The Marked Ones Premiere Screening yang dianjurkan oleh Nuffnang. Thanks Nuffnang. Sampai on time sebab tersalah tengok venue ingatkan di GSC rupa-rupa di TGV. haha. nasib sempat!


Sinopsis :

Mengisahkan dua orang sahabat karib, Jesse dan Hector yang baru habis belajar. Ketika mereka sedang lepak di bilik, mereka terdengar bunyi aneh dari bawah rumah mereka. Dengan menggunakan kamera Go-Pro, mereka tidak sengaja merakam aktiviti aneh yang dilakukan oleh jiran mereka yang bernama Anna. 

Mereka percaya Anna melakukan aktiviti ritual. Selang beberapa hari, Anna ditemui mati mengejut. Kematian Anna telah mengundang misteri kepada penduduk flat itu. Jesse dan Hector memberanikan diri masuk ke rumah Anna bagi mencari bukti kematian Anna dan mereka telah menemui bukti upacara ritual dan beberapa bahan lain. 

Sehari selepas itu, Jesse mendapati tangannya ada kesan seperti gigitan. Apakah pertalian gigitan itu dengan kematian Anna? haaa, yang ni tak bolehlah cerita sampai habis. Anda kena saksikan sendiri di pawagam nanti. Yang penting filem ni kena bagi tumpuan 100%, kalau tak.. memang takkan faham. 

Filem ni kurang sesuai ditonton oleh remaja kerana terdapat banyak adegan seperti mencarut dan lain-lain lagi. Selain itu, ending cerita ini juga kurang menarik kerana ...................... anda kena tengok sampai habis dulu kalau nak tahu kenapa... HAHAHA

Jangan lupa, cerita ini bakal menghantui pawagam berhampiran anda mulai 2 Januari ini. TUNGGU!

Movie :
Paranormal Activity - The Marked Ones


Tempat :
TGV One Utama

Rating:
3/5

Class:
18

Trailer :


Selamat Menonton (^_^)


Cukup meriah Majlis Pelancaran Program Slot Raudhah 2014 TV9 yang diadakan di Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal baru-baru ini. Dikelilingi pengacara-pengacara anggun dan muslimah, membuatkan hati saya rasa sejuk sekali. Cantik dan sopan. Kagum saya melihat mereka.

Eh, tersasar dari tajuk asal. Sebenarnya, majlis ini adalah untuk memperkenalkan pengacara dan program-program yang bakal menghiasi TV anda tahun hadapan. Program berbentuk ilmiah dan islamik ini bukan sahaja bertumpu pada aspek agama tetapi juga hiburan seperti qasidah, fashion terkini dan banyak lagi.

kata-kata aluan daripada emcee 

Qasidah 

jelitawan-jelitawan program Raudhah Lin Nisa'

Shoutul Quran

Siapa tidak kenal Johan Qariah Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa, Sharifah Khasif. Alunan yang cukup merdu dan lunak tatkala membaca Al-Quran mampu memikat hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Kini, Sharifah Khasif bakal bergandingan dengan dua wanita yang mempunyai peminat tersendiri, iaitu Salima Habibi dan Siti Nordiana dalam rancangan Shoutul Quran.

Rancangan ini bersiaran setiap Jumaat (11 pagi) mulai 3 Januari 2014. Dalam program ini mereka bakal mengetengahkan proses pengajian Al-Quran seperti pengunaan tajwid yang betul, alunan taranum dan Qasidah. Jadi kalau nak tengok kelunakan suara mereka bertiga berqasidah, jangan lupa saksikan Shoutul Quran ini okay?

Pengacara Shoutul Quran : Salima Habibi, Sharifa Khasif dan Siti Nordiana

Hijab Stailista

Tahun 2014 ini, sekali lagi menjadi tuah buat Ameera Zaini apabila dia dikekalkan  sebagai pengacara Hijab Stailista. I admit, she is soooo beautiful dan mempunyai aura untuk membuatkan penonton melekat di hadapan kaca TV. Kali ini, anda bakal menyaksikan program ini terbang dengan lebih jauh bagi meneroka bandar-bandar terkenal dengan fashion seperti Tokyo, Melbourne, Milan dan Los Angeles. Bestnyaaa, tak sabar!

Jangan lupa saksikan Hijab Stailista pada setiap Jumaat, jam 7.30 petang.

Pengacara Hijab Stailista, Ameera Zaini

Safiyya

Antara terpilih dalam pencarian pengacara program Raudhah yang telah diadakan pada bulan September lepas adalah Bella Yunus. Jika musim lepas, anda melihat Liyana Hisham mengacara program ini, tetapi kali ini jom kita saksikan kemampuan dan aura Bella Yunus sebagai pengacara. 

Bella Yunus ni adalah pelajar komunikasi di UITM Shah Alam. (oh junior rupanya) dan masih baru dalam dunia pengacaraan. Okaylah, taknak cerita panjang. Saksikan sendiri program ini pada setiap Ahad pada jam 11 pagi.

Pengacara Safiyya, Bella Yunus

SIS
semangat, intelek, swadaya

Gabungan mereka bertiga ini bakal mencetuskan kehangatan pada program ini. Siapa tidak kenal Diana Amir dan Heliza Helmi. Mereka berdua ini akan digabungkan dengan bakat baru, Emy Ramli.  Tiga jelitawan ini bakal membuatkan anda tidak lekang dari kaca TV. Kenapa kena tengok SIS? Sebab program ini akan membincangkan isu-isu semasa khususnya yang dialami oleh wanita. 

Program SIS akan disiarkan pada setiap Jumaat jam 7 petang.

Pengacara SIS : Emy Ramli, Diana Amir dan Heliza Helmi

Tak sabarnya... Semua program sangat menarik dan sesuai ditonton oleh semua lapisan umur. Berhibur sambil menambahkan ilmu. Mempelajari tentang tajwid, info semasa dan fashion. Eh banyak lagi.. Ayuh, set the date. Jangan miss setiap episod pun. Hehe.

sesi pengenalan pengacara dan program

Selain daripada memperkenalkan pengacara dan program, kami juga sempat beramah mesra bersama selebriti dan juga dihidang dengan jamuan makan tengahari. Makanan kat sini semuanya lazat dan sungguh menyelerakan. 




sesi santai bersama selebriti.. eh bukan. kat sini anda boleh borak-borak dan ambil gambar 

Sharifah Khasif sedang diinterview oleh abang ketaq, Nas Ahmad

Heliza Helmi yang cute and peramah

bloggers

 - Terima kasih TV9 dan Syukri -

American Airliner Plane