Latest Posts

 hi.

sedar tak sedar my last post adalah sebulan yang lalu. phewww. lamanya tak update. busy sangat tu.. apa-apapun, saya nak ucap, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. belum terlambat nak wish anda semua. (raya sebulan kan? hihi.. :p) 

alhamdulillah, rasa puas hati sangat kali ni. persiapan raya berjalan lancar, segala penat lelah membuahkan hasil. FYI, raya tahun ni, kuih semua i buat sendiri dan ada juga yang orang kasi. thank you. (you know who you are)..

untuk persiapan rumah, memang sumpah penat. tapi kami berdua cerewet. kalau boleh, semua nak buat sendiri. kata hubs, lagi puas hati dari upah orang buat. dari kami balik dari london awal julai lalu, sampailah, sehari sebelum raya. haha. next time, kena buat before puasa. nasiblah dapat bertahan... walaupun penat dan haus, tapi dalam hati berkata, "penat lagi orang bertukang buat rumah". hahaha. 

jika anda kawan FB saya, anda mesti tahu.. rumah kami diserang anai-anai. memang trauma habis. lebih-lebih lagi saya .. baru first time tengok anai-anai di depan mata. haha. jakun habis. tapi memang penat, kalau rumah kena serangan anai-anai. kena buat clearance dan upacara cuci rumah secara besar-besaran. *pitam*

serangan anai-anai buat i surrender. lantas upah daily maid 2 orang terus. memang dasyat gila anai-anai ni. 6 bulan bercuti, ha amek kau.. tak terkata kerja berduyun-duyun kena buat. tapi, dua-dua ni bagus. seorang tu memanjat tanpa disuruh dan seorang lagi ni, cekap buat kerja. 

ingat legalah bila rumah dah clean. tapi tidak.. sobssss... 
sehari lepas tu, cina datang pasang buat paip.. oh, tidakkkK!

time tu jugalah, hubby sibuk nak tanam rumput .. T_T

and i pula sibuk mengecat apa yang patut  #outdoor

nasib ade nana. dialah peneman shopping barang-barang rumah
terima kasih nana

dan bermacam-macam lagi persiapan yang kami buat sepanjang ramadan yang lalu. nasiblah preparation start masa kat London tempoh hari. kalau tak, memanglah masa 24 jam tu tak cukup. walaupun masih ada kekurangan, tapi kami redha. siapa suruh tak buat dari awal tahun yang lalu. padan muka!!! booo.. errr...


menanti tetamu ...

homemade by me ..
:: semperit (20% by me & 80% by hubby)
:: pineapple tart (pineapple jam by hubby, and doh by me)
:: biskut cheese 
:: cornflakes chocolate
:: chocolate chip cookies
:: red velvet cupcakes
:: blueberry cheese tartlet
:: biskut arab
:: kek batik (tiada dalam gambar)

almost every night (a week before raya) tak tidur malam menyiapkan kuih-kuih ni.. alhamdulillah sempat siap. hahaha.. suspend jugaklah risau tak sempat siap. hahahaha.. :p



for baju raya, 2 pasang je tempah.. lain-lain beli siap. padan muka!! siapa suruh berjalan sampai tak ingat nak hantar baju raya. sobssss.. so, tahun ni, idea buat baju raya terbantut. 2 pasang tu pun, i main hantar.. nasib siap. tapi apa-apapun baju saya biasa-biasa je. simple dan sederhana. 
:: Jovian Mandagie RTW
:: baju kurung biasa (beli masa pergi hcmc)
:: Chahaya Murni RTW
:: Jovian Mandagie RTW
:: match and mix. kain tempah, blouse beli kat london
:: Hatta Dolmat RTW
:: Koleksi Ibunda RTW
:: baju tempah kat my friend, zayani.
:: hood jubah my SIL beli kat mekah (tq)


banyak lagi gambar yang nak dikongsikan..seronok jumpa kawan lama. ada beraya bawa anak, ada beraya bawa bakal suami dan macam-macam. seronok! i love you guys so much. to all my friends, terima kasih sebab sudi datang. insyallah, ada lagi rumah terbuka yang bakal menyusul especially bagi mereka yang tak dapat hadir tempoh hari. terima kasih chahaya murni dan koleksi ibunda sebab kasi baju raya. selesa sangat! thank you zayani sebab sempat siapkan baju dalam tempoh singkat.. terima kasih emmie, mummy dan suez sebab kasi raya cookies.. kami buat stock untuk makan sendiri. hahaha.  

Raya Kelima, kami balik kampung suami di Terengganu...
mujur ada seat kosong .. =D

tahun ni kami beraya di rumah my PIL di Paka. banyaklah juga ilmu yang saya dapat dari bonda husband. insyallah akan dimanfaatkan. hehehe 

nasi dagang



laksam terengganu

nasi minyak hujan


and perjalanan balik dari terengganu, adalah sangat MENCABAR bila seat kat mas penuh. lantas we all decide beli tiket firefly and burn tiket balik mas. sebab another flight mas petang. oh no! secara kebetulan, my bff bertunang, and another friend, kahwin. so, kena rushing balik. hahaha. memang mencabar. dari subang-kl central = bas rapid, dari kl central-seremban=komuter ktm, dari ktm-rumah=taxi. hahaha... semua kami redah. penat tapi fun.

kami beraya secara bersederhana. anda pula bagaimana?
mesti meriahkan? ;)


~thanks for readinG~
SHOPPING TRIP KE VIETNAM | I .... bukanlah peminat kopi. bila tengok orang addicted dengan kopi, i terus rasa pelik. sedap ke kopi tu sampai ada manusia yang tak minum kopi sehari menggeletar satu badan? o_O

tapi benda ni berubah sekelip mata bila menjejakkan kaki ke vietnam. BENARLAH. kopi vietnam antara yang tersedap. kalau diberi pilihan pergi vietnam just untuk minum kopi pun saya sanggup. sedap sangat! you guys must try. takkan menyesal. :)

dan hari ni, i bukanlah nak buat entry pasal kopi. but i have to admit now, i addicted gila dengan vietnam coffee. muahaha. as you all know, seminggu selepas i balik dari europe tempoh hari, i ke vietnam pula. pada asalnya, ia adalah plan suka suki. tak dirancang dengan betul. perasaan 50-50 nak pergi ke tak.

sebabnya, I jenis judge tempat melalui google. tengok gambar vietnam terus rasa down. yang excitednya pasal geography (well-known Mekong River) and history (Chuchi Tunnel).. the rest, shopping ke, apa ke.. i'm not excited at all. =p

sampailah hari nak pergi, barulah terkial-kial beli tiket beberapa jam sebelum berlepas. (3 hours macam tu.. haha .. crazy!).. and suprised, flight penuh! oh, gosh! matilah. sebab i dah janji dengan haziqah. (she paid for the hotel, taxi and makanan sikit-sikit.. thanks babe.. balas budi belanja dia kat jakarta tempoh hari katanya).. and,  i decided beli je business ticket. secara kebetulan, ada 3 seats kat business. alhamdulillah.

and, hereeee... the Vietnam Story.... ;)

alhamdulillah

excited wei tengok sungai ni... hahaha. so cantik!

populasi yang sangat padat

sampai je sana, i kena tunggu haziqah and her mom kat airport. my flight 3 hours early from them. melanguklah kat airport tu menanti diorang. 

otw from airport to hotel

di luar hotel

malam tu juga we all ke HRC dahulu. muahaha

my travel partner

dari hrc ke diamond .. 

ben thanh @ night

ubi antara rahsia badan kenapa badan diorang ni slim

kopi .. kopi .. make sure HALAL.

okay ni teaser je.. ala-ala mukadimah. cerita seterusnya ...

BERSAMBUNG ~

Travelogue Ho Chi Minh :

BERCUTI KE KOTA PARIS | Dah 5 hari kita berpuasa. Alhamdulillah, seronok sangat. Cuma rasa excited nak sambut raya tu belum muncul lagi. Entahla. Mungkin asyik bercuti, sampai baju raya pun I dah tak fikir, sebaliknya fikir baju nak pergi jalan..OPS! hahaha... 

Sebelum I terlupa pasal Paris, jomla habiskan entry pasal europe ni. Risau lama-lama lupa pula nanti. Maklumla, banyak makan semut. kahkahkah. 


Last day tu, pagi-pagi lagi dah singgah restoran depan hotel kami ni. Kata encik hubby, makan puas-puas. Nanti dah balik rindu. Eh, macam tu pula? hahaha. Tapi restoran ni memang bagus. Bersih dan jauh dari kesibukan. I suka ciri-ciri dalam dia. very privacy dan kami antara pelanggan yang awal datang pagi tu.. Semangat gila kan? Dah addicted punya pasal.

proud to be ex student Dr Alexander Xavier. my french lecturer masa kat Uitm dulu
 :D


Dah puas makan. Perut pun dah kenyang. Kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. quite famous ~"Champs-Élysées". Bagi peminat LV, inilah tempatnya. The price? Ada yang murah, ada yang mahal.. Ada yang so-so. Jadi, anda kenalah rajin godek dan survey. Jangan tertipu dengan istilah, OH made in PARIS, for sure lagi murah. NO! sila survey terlebih dahulu. :D


Cumanya sini meriah seperti Sloane Street London. Meriah dengan jenama-jenama mewah, wanita yang bergaya mewah, kereta mewah dan bermacam-macam  lagi yang boleh anda cuci mata dengan percuma. kehkehkeh. If i'm not mistaken, terdapat juga mereka yang baik hati buat sewa naik kereta mewah such as lamborghini yang anda boleh try naik, pusing bandar dalam 25 minit. Kena bayar berapa.. Tu I tak pasti. 



Selain dari butik-butik mewah, anda yang baru menjejakkan kaki ke Paris..Wajib cuba Laduree Macarons. The Famous Macarons in the world. Katanya, paling sedap. entahlah. I try lain, lain pun sedap juga. hahaha. Alang-alang dah sampai France, silalah cuba. Macarons ni bukan saja kat France, kat London pun ada juga dan beberapa cawangan lain di luar France. Harga? Mahal sikit jika diconvert. 


Selain dari macarons, Laduree juga ada menjual pastries lain yang boleh anda try. Like me, I suka croissant dia. So yummy! Anda juga boleh lepak cafe yang terletak dalam Laduree ni.


Jalan ke hadapan sedikit, anda akan nampak arch ini. arch apa ni? Wajib ke ambil gambar? haaa.. wajib! Antara monumen famous di Paris. Sah-sahla kena ambil gambar kat sini.

Arc de Triomphe
sila beranikan diri, berdiri di tengah... oh maiiii.. X_X

Seterusnya, kami ke Montmatre. Montmatre balik?? Ye saya. Actually kami kesuntukan masa. Sebab selepas ni, kami kena pergi ke tempat lain. But before meninggalkan kota Paris, kenalah enjoy puas-puas dulu. kan? Montmatre ni besar dan terdapat pelbagai tarikan kat sini. Antaranya Basilica of the Sacré Cœur. Sesiapa nak tengok Paris, silalah panjat bukit ini. tak larat nak panjat? tidak mengapa. diorang sediakan tram untuk ke atas. just guna day pass anda.. senang! 


Sacre Cœur Paris
ini belum sampai atas. baru suku atas :p
still di suku atas. haha
gigih mencari rezeki sampai macam ni
inilah dari atas bukit. cantikkan? kalau tengok live lagi cantik
kat atas bukit ni very happening

inilah yang I panggil tram? eh .. ke nama dia lain? hahaha
redah je lah!

Dari sini, kami ke Moulin Rouge. Jangan ingat Amsterdam je ada. Paris pun ada. Walaupun I tak ambil kisah sangat pasal Moulin Rouge. Tengok cerita dia kat wayang pun dah ZzzZZZz. Walau bagaimana pun, Moulin Rouge Paris ni antara tempat wajib bergambar kalau ke Paris.

sepanjang jalan ke moulin rouge. ish.. ish.. ku hengat amsterdam je ..
paris pun sama. (T_T)

inilah Moulin Rouge Paris. cantik sebab ada windmill. 
dan dari sini, anda boleh naik ni untuk ke Basilica Sacre

After puas bersiar-siar, ambil angin dan makan kenyang-kenyang. Kami terus ke Tim Hotel, ambil beg dan naik teksi untuk ke last hotel kami iaitu berdekatan dengan hotel. Bagi siapa yang follow blog ini dari dulu, mesti faham. Saya memang suka tukar-tukar hotel. Untuk mencari pengalaman dengan menginap di tempat yang berbeza. hehehe. Pesanan saya, jika naik teksi kat paris ni, sila hati-hati. terdapat banyak kes scam. Ambil teksi yang menggunakan meter.
Club room with one double bed ... 

As usual, I pilih hotel ni sebab dia ada swimming pool dan berdekatan dengan airport. Tapi malangnya, masa we all sampai.. Swimming pool tengah dalam proses renovation. tsk tsk... Alamatnya sepanjang hari duduk menghadap tingkap dan mengira kapal terbang landingla jawabnya.

Lokasi Hotel Millenium ni terletak di kawasan airport hotel. Terdapat lebih 10 hotel di sekitar ni. Tapi jauh dari mall. Yang penting, kalau nak ke airport, diorang sediakan free shuttle untuk mereka yang menginap di hotel ni. Free of charge!

staff hotel yang dah jadi kawan kitorang
siap bertukar email. katanya, nak datang malaysia tahun depan

rate harga Millenium Hotel .. but this hotel interior dia tersangatlah bosan
i mean sangatlahhhhh OLD fashion. ZzzzZzzz

And brother tu baik hati hantar kami ke airport dengan menaiki kereta dia. Semuanya sebab hubby cakap, Dia nak personal car. Taknak naik shuttle yang disediakan oleh hotel. haiyoooo So cerewetla you hubby. Nasiblah this brother baik hati. :B


TRAVELOGUE PARIS

bye Paris, bye Amsterdam
and see you soon London (not soon la already past) :p

TAMAT KISAH

American Airliner Plane